omniture

Pemimpin Agama Dunia Menyeru untuk Kebebasan Hati Nurani dan Menamatkan Fahaman Pelampau

Ahmadiyya Muslim Association UK
2014-02-19 21:34 107

LONDON, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Persidangan Penting di London berkisarkan Tuhan pada Kurun ke-21

Kira-kira 500 delegasi dari 26 negara menyertai persidangan penting, termasuk pemimpin agama dari pelbagai negara, ahli politik, pegawai kerajaan, ahli kor diplomatik, para ilmuwan dan juga wakil daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan. Persidangan itu juga menerima banyak pesanan sokongan daripada tokoh penting termasuk Duli Yang Maha Mulia Baginda Ratu Elizabeth II, Ketua Biskop York, Ketua Biskop Wales, Vatican serta Perdana Menteri David Cameron.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140218/671074-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140218/671074-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140218/671074-c )

'Persidangan Agama Sedunia' yang diadakan di Guildhall di London itu, telah dianjurkan oleh Komuniti Muslim Ahmadiyya UK, sebagai sebahagian daripada sambutannya yang keseratus. Tema acara itu ialah 'Tuhan pada Kurun ke-21'. Panel penceramah yang terdiri daripada pelbagai pemimpin agama telah membincangkan peranan yang boleh dimainkan oleh agama dalam dunia masa kini dan sama ada agama boleh terus menjadi kuasa demi kebaikan.

Ketua sedunia untuk Komuniti Muslim Ahmadiyya UK, Yang Mulia Hazrat Mirza Masroor Ahmad (Khalifah Islam), telah menyampaikan ucapan dasar. Beliau menekankan semua agama utama dunia mengajar pengikutnya agar menyembah Tuhan serta mengamalkan kasih sayang dan belas kasihan untuk seluruh umat manusia. Beliau berkata jika semua ajaran asal ini diamalkan hari ini, ia akan menghasilkan masyarakat yang harmoni, bebas daripada konflik dan juga peperangan. Perkara yang amat merisaukan ialah kerajaan seluruh dunia mengutamakan perbelanjaan untuk pertahanan dan ketenteraan melebihi kebajikan sosial dan juga projek kemanusiaan.

Yang Mulia telah menyeru semua pemimpin negara agar mementingkan kebajikan sosial dan keadilan untuk semua serta menamatkan perlumbaan persediaan ketenteraan.

Hazrat Mirza Masroor Ahmad dipetik sebagai berkata:

"Keperluan yang penting dan kritikal untuk dunia hari ini adalah untuk menetapkan keamanan dan kepercayaan kepada Tuhan. Jika dunia memahami realiti ini, semua negara, tidak kira kecil atau besar, tidak akan memperuntukkan jutaan dan berbilion dolar kepada perbelanjaan pertahanan bagi memperluaskan lagi kemampuan ketenteraan mereka. Sebaliknya, mereka akan membelanjakan semua kekayaan itu untuk memastikan tiada orang yang kebuluran, menyediakan pendidikan sejagat dan turut memperbaiki standard kehidupan dalam dunia membangun."

Khalifah Islam itu menyimpulkan ucapan beliau dengan menegaskan Tuhan adalah "Tuhan Berzat" yang sentiasa mendengar doa umat manusia:

"Jika kita mahu melindungi diri sendiri dan mahu menyelamatkan umat manusia, kita mesti berserah kepada Tuhan yang Maha Besar dan kita mesti merapatkan diri kita kepada Tuhan Berzat yang tidak mengabaikan Nabi Musa serta umat baginda, dan tidaklah pula Dia mengabaikan Nabi Isa serta para pengikut baginda. Tidaklah pula umat Islam sebenar pernah ditolak daripada menerima rahmat Tuhan dan melihat doa mereka diterima."

Pemimpin penting lain juga telah menyampaikan ucapan dalam persidangan itu termasuklah:

Ketua Biskop Kevin McDonald, mewakili Gereja Katolik, telah berucap tentang Hari Doa Sedunia untuk Keamanan yang dianjurkan oleh mendiang Paus John Paul II pada tahun 1986 dan berkata yang "persidangan hari ini ialah satu lagi saat penyatuan para penganut agama berbeza demi keamanan dan keadilan." Ketua Biskop itu juga telah membacakan mesej sokongan daripada Kardinal Peter Turkson, Presiden Majlis Paus untuk Keamanan dan Keadilan.

Profesor Rabai Daniel Sperber, yang mewakili Ketua Rabai Israel dipetik sebagai berkata:

"Umat manusia bukanlah tuan empunya dunia ini, sebaliknya hanya penjaganya sahaja. Marilah kita kembali kepada tanggapan ringkas untuk kepercayaan dan kesucian Tuhan."

Yang Amat Berhormat Baroness Warsi, Menteri Kanan di Jabatan Asing, dipetik sebagai berkata:

"Malam ini ialah peluang yang hebat bagi menunjukkan khidmat yang tidak mementingkan diri yang telah diberikan oleh penganut semua agama dan bagi menunjukkan yang semua pengikut Tuhan beramal baik".

Yang Amat Berhormat Dominic Grieve QC MP, Peguam Negara dipetik sebagai berkata:

"Hak untuk hati nurani seseorang individu ialah asas bagi semuanya, jadi memang penting agar orang ramai dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka tanpa sebarang jenis paksaan sekali pun. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Mulia (Hazrat Mirza Masroor Ahmad) serta Komuniti Muslim Ahmadiyya di atas sumbangan mereka yang luar biasa kepada United Kingdom."

Antara tokoh lain yang turut sama memberi ucapan ialah Sheikh Moafaq Tarif, Ketua Kerohanian Druze Community of Israel, Umesh Sharma, Ketua Majlis Hindu UK, Rabai Jackie Tabick, Presiden Bersama Kongres Kepercayaan Dunia, Dr Katrina Lantos-Swett, Naib Pengerusi Suruhanjaya Amerika Syarikat untuk Kebebasan Beragama Antarabangsa, Baroness Berridge, Pengerusi Kumpulan Berparlimen UK untuk Kebebasan Beragama Antarabangsa.

Klip video pendek boleh didapati di sini dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Bahasa Rusia, Bahasa Turki, Bahasa Bangladesh, Bahasa Urdu dan banyak lagi: http://goo.gl/1ojvS9

Hubungi
Basharat Nazir
media@ahmadiyya.org.uk
Tel. +44(0)7703-483-384

Mahmood Rafiq
Tel. +44(0)7971-060-962
http://www.loveforallhatredfornone.org
http://www.alislam.org

Masjid Baitul Futuh, 181 London Road, Morden, Surrey SM4 5PT

Sumber: Persatuan Muslim Ahmadiyya UK

Source: Ahmadiyya Muslim Association UK
Keywords: Education Religion Trade show news