omniture

SSAB Raih Pengiktirafan sebagai "Pembekal Peringkat Rakan Kongsi" John Deere, Pembekal Hall of Fame dan Pembekal Terbaik

SSAB AB
2014-02-19 22:32 104

LISLE, Illinois, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- SSAB telah beroleh pengiktirafan sebagai pembekal peringkat Rakan Kongsi bagi tahun 2013, dimasukkan ke dalam senarai Pembekal Hall of Fame dan turut dinamakan sebagai Pembekal Bahagian Perhutanan dan Pembinaan Terbaik dalam Program Meraih Kecemerlangan John Deere. Status peringkat Rakan Kongsi ini merupakan peringkat tertinggi dalam penilaian pembekal Deere & Company. Status Hall of Fame pula diberikan setelah pembekal tersebut berjaya meraih peringkat Rakan Kongsi itu selama lima tahun berturut-turut. The Lisle, syarikat yang berpangkalan di Illinois turut diberi penghormatan atas dedikasinya dalam menyediakan produk serta perkhidmatan yang amat berkualiti dan juga komitmennya untuk terus berkembang maju. Kakitangan syarikat ini telah menerima pengiktirafan tersebut pada majlis rasmi yang diadakan pada 18 Februari 2014 di Davenport, IA.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140219/670891 )

"SSAB Amerika amat berbesar hati dengan penghormatan serta anugerah berprestij yang telah diterima daripada John Deere," kata Jeff Moskaluk, Ketua Pegawai Komersil, SSAB. "Kami amat berterima kasih kerana mempunyai pelanggan yang benar-benar menghargai usaha inovasi dan ciptaan. Kami di SSAB tetap memberi tumpuan terhadap penambahbaikan berterusan dan kami turut berbangga dapat menjadi pembekal kepada John Deere."

SSAB merupakan pembekal plat keluli diskret gulung kepada operasi John Deere di Davenport serta Dubuque, IA dan Thibodaux, LA.

Para pembekal yang menyertai program Meraih Kecemerlangan tersebut turut dinilai setiap tahun dalam beberapa kategori prestasi utama termasuklah kualiti, pengurusan kos, penghantaran, sokongan teknikal dan jarak gelombang yang merupakan ukuran terhadap tindak balas. Pengurusan Bekalan John Deere mewujudkan program tersebut pada tahun 1991 dengan tujuan untuk menyediakan proses maklum balas serta penilaian pembekal yang dapat menggalakkan penambahbaikan bekalan secara berterusan.

Gambar boleh dilihat menerusi laman web bank Media SSAB.

SSAB is a global leader in value added, high strength steel. SSAB offers products developed in close cooperation with its customers to create a stronger, lighter and more sustainable world. SSAB has employees in over 45 countries and operates production facilities in Sweden and the US. SSAB is listed on the NASDAQ OMX Nordic Exchange, Stockholm. http://www.ssab.com.

Hubungi

Andrea Drobnik
Pengurus Komunikasi
+1-630-810-4774
andrea.drobnik@ssab.com

Marie Elfstrand
Pengarah Komunikasi Luar
+46(0)845-45-734
Marie.Elfstrand@ssab.com

Sumber: SSAB AB

Source: SSAB AB
Keywords: Construction/Building Mining/Metals Awards