- Lencana NFC akan Disertakan Dengan Ciri Pengesahan Identiti Mudah Alih Baharu
LONDON, 19 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan yang, berikutan kejayaan Lencana NFC Kongres Dunia Mudah Alih pada tahun 2013, pelanggan Bouygues Telecom, Bharti Airtel, Dialog, Du, Etisalat, KT Corp., Orange, Tata dan Telstra boleh melancarkan lagi kemasukan mereka ke Kongres Dunia Mudah Alih dengan menyertai percubaan yang menggunakan kelulusan pengenalan pengendali mudah alih mereka bagi mengesahkan identiti mereka.
Proses pengesahan identiti Lencana NFC itu memeriksa maklumat ringkas yang dipegang oleh pengendali, seperti nama dan nombor telefon, sebelum menggabungkan maklumat ini dengan pemeriksaan foto pengenalan berautomasi. Proses ini akan mengesahkan identiti pengunjung itu, lalu membolehkan pengesahan Lencana NFC sebelum pengunjung itu tiba ke acara itu. Prapengesahan Lencana NFC melalui cara mudah alih, akan menyingkirkan prosedur untuk menunjukkan dokumen pengenalan bagi dibenarkan masuk ke Fira Gran Via.
"Di Kongres Dunia Mudah Alih kami bukan hanya dikhususkan untuk mempamerkan teknologi mudah alih yang terkini, tetapi juga menggunakannya bagi memperhebat pengalaman pengunjung," kata Michael O'Hara, Ketua Pegawai Pemasaran GSMA. "Dengan menggunakan penyelesaian identiti pengendali mudah alih baharu ini, pengunjung yang layak boleh membuat prapengesahan Lencana NFC mereka, dan dibenarkan melalui titik akses tapak itu tanpa perlu menunjukkan foto pengenalan mereka berulang-ulang kali. Kami teruja dengan semua kemungkinan yang dibolehkan oleh penyelesaian ini dan gembira dapat bekerjasama dengan pengendali mudah alih yang menerajui bagi membolehkan ciri ini untuk pelanggan mereka."
Bagi menggunakan kemampuan identiti mudah alih untuk membuat prapengesahan Lencana NFC, pelanggan berkelayakan yang melanggan dengan pengendali yang tersenarai di atas mesti:
Sebaik sahaja semua langkah pengesahan identiti itu telah dilengkapi dan disahkan, Lencana NFC akan diaktifkan dan pengunjung boleh memasuki Kongres Dunia Mudah Alih di Fira Gran Via tanpa perlu menunjukkan foto pengenalan di tapak itu. GSMA telah bekerjasama dengan Apigee bagi menyediakan fungsi tambahan ini untuk kedua-dua sistem operasi Android serta iOS. Apigee menyediakan platform API dasar yang membolehkan perkongsian selamat maklumat identiti pengendali serta kesalingkendalian pengendali silang melalui Bursa OneAPI GSMA.
Jika pengguna iPhone ingin mengalami perkhidmatan NFC, sarung bilangan terhad yang dibolehkan NFC Cashwrap percuma untuk model iPhone 4, 4s, 5 dan 5s boleh didapati secara siapa cepat dia dapat daripada Penaja Bersama Kongres Dunia Mudah Alih Incipio. Apabila sarung itu dipakaikan pada telefon iPhone, dan dengan App Mudah Alih GSMA sudah dimuat turun serta dibuka pada telefon bimbit itu, Lencana NFC itu boleh digunakan untuk memasuki acara itu dan juga untuk menyertai aktiviti Pengalaman NFC lain di Kongres Dunia Mudah Alih. Pengunjung yang melanggan pengendali yang tidak menyertai percubaan pengesahan identiti mudah alih Lencana NFC perlu menyediakan foto pengenalan di tapak itu.
Libatkan diri dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2014
Bagi maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk cara untuk mengunjunginya, mempamer atau menaja, lawati www.mobileworldcongress.com. Ikuti perkembangan dan kemas kini Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) di Twitter @GSMA atau di Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.
Kongres Dunia Mudah Alih ialah batu asas bagi Pusat Dunia Mudah Alih, yang akan dianjurkan di Barcelona mulai tahun 2013 sehingga 2018. Pusat Dunia Mudah Alih merangkumi program dan juga aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada rakyat Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, tetapi juga kepada industri mudah alih seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut tentang Pusat Dunia Mudah Alih, lawati www.mobileworldcapital.com.
Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.