NUREMBERG, Jerman, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Peranti kesihatan mudah alih, seperti monitor tekanan darah dan alat timbang peribadi sedang menunjukkan pertambahan yang mantap daripada segi jualannya di negara Eropah walaupun masih merupakan pasaran minoriti.
Menurut data pasaran daripada GfK, bilangan monitor tekanan darah mudah alih yang telah dibeli pada tahun lalu telah meningkat sebanyak 42% di Great Britain, Jerman, Perancis dan juga Belanda, berbanding pada tahun 2012, manakala jualan alat timbang peribadi pula meningkat secara mendadak sebanyak 88%.
Walaupun berlakunya perkembangan yang mantap ini, peranti terhubung hanya menyumbangkan peratusan yang rendah daripada keseluruhan pasaran masa kini. Pada tahun lalu, peranti terhubung yang dijual adalah sebanyak 5.5% daripada jumlah monitor tekanan darah yang dijual di empat negara tersebut, setelah meningkat daripada 3.7% pada tahun 2012. Alat timbang peribadi pula menyumbang sebanyak 3.3%, setelah meningkat daripada 1.8%. Walau bagaimanapun, bagi setiap negara berkenaan, alat timbang peribadi telah pun mewakili sebanyak 6.3% nilai saham di Jerman manakala 12.1% nilai saham pula di Belanda. Di Perancis pula, monitor tekanan darah terhubung mewakili sebanyak 17.4% nilai saham.
Udo Jansen, Pengarah Global di GfK percaya pasaran peranti terhubung mampu membuka peluang pasaran yang signifikan, lalu beliau berkata, "Para pengguna sanggup membayar sehingga lebih 100EUR lagi untuk mendapatkan alat timbang peribadi terhubung dan juga lebih 50EUR lagi bagi memiliki monitor tekanan darah terhubung, berbanding model tidak terhubung. Memandangkan tahun 2014 merupakan tahun 'kesihatan mudah alih' serta peranti teknologi boleh pakai, perbualan media yang popular tentang topik tersebut mampu memberikan kesan positif terhadap kesedaran pengguna tentang manfaat berpotensi yang ditawarkan. Pada masa kini, para pengguna mahukan jawapan yang pantas serta dapat mengakses maklumat dengan segera menerusi telefon pintar atau tablet mereka. Ini juga termasuklah keadaan kesihatan serta tahap kecergasan individu mereka. Dalam konteks ini, Pengesan Kecergasan mewakili arah aliran seterusnya, seperti yang sedang kita alami pada masa kini."
Pengesan Kesihatan & Kecergasan merupakan kumpulan produk baharu yang sedang diaudit oleh GfK dan dapat membantu setiap individu untuk memantau tahap aktiviti seharian menerusi kiraan langkah, jarak perjalanan, kalori yang dibakar dan juga tempoh waktu tidur. Ini bukanlah sekadar alat kawalan peribadi, malahan merupakan produk gaya hidup. Pada masa kini, semakin banyak produk seumpamanya memasuki pasaran daripada pengeluar terkemuka dalam pelbagai industri.
GfK akan berkongsi lebih banyak data pasaran dan juga pendapat tentang isu ini serta topik mudah alih lain di Kongres Mudah Alih Dunia 2014 yang bertempat di Barcelona bermula pada 24 hingga 27 Februari. Kunjungi GfK di tapak pameran F50, Dewan 8.1 App Plant atau hubungi Arndt Polifke menerusi Talian +49 1 718 643 257 / Arndt.Polifke@gfk.com
Latar Belakang GfK
GfK merupakan sumber dipercayai bagi maklumat pengguna dan pasaran yang relevan dan turut membantu para pelanggannya untuk membuat keputusan yang lebih bijak. Lebih 13,000 pakar penyelidikan pasaran menggabungkan kepakaran mereka bersama 80 tahun pengalaman sains data milik GfK. Ini membolehkan GfK untuk menyampaikan pendapat global yang penting berserta kepintaran pasaran tempatan dari lebih 100 negara. Dengan menggunakan sains data serta teknologi inovatif, GfK mampu mengubah data besar menjadi data pintar, lalu membolehkan para pelanggannya untuk meningkatkan daya saing dan turut memperkayakan pengalaman serta pilihan para pengguna.
Bagi maklumat lanjut, sila layari http://www.GfK.com
atau ikuti GfK melalui Twitter: https://twitter.com/GfK_en
Hubungi:
GfK
Udo Jansen
Pengarah Global
Udo.Jansen@gfk.com
+49-911-395-2936
GfK
Karen A lscher
Perunding Pemasaran
Karen.Alscher@gfk.com
+49-911-395-3890
Sumber: GfK