omniture

Projek sumbang saran seluruh dunia: sasaran Lembaga Pelancongan Vienna untuk inovasi terbuka

Vienna Tourist Board
2014-02-20 03:07 119

VIENNA, Austria, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ -

Lembaga Pelancongan Vienna kini bergantung terhadap akses global dalam Strategi Pelancongan Vienna 2020: para pelancong dari serata dunia, pakar pelancongan dan juga penduduk Vienna telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang menjana idea untuk mengemukakan usul yang baharu, luar biasa serta provokatif berkaitan destinasi Vienna. Usul terbaik akan digunakan dalam perancangan strategik Vienna dan akan membantu meningkatkan peluang bagi bandar ini untuk menjadi tumpuan pelancong. Kira-kira 650,000 individu dijemput untuk menyertai projek inovasi terbuka yang dikenali sebagai: "Sekarang atau tidak sama sekali: Idea anda untuk #Vienna2020".

Lembaga Pelancongan Vienna telah mengambil pendekatan untuk turut terlibat dalam acara yang bakal disusuli oleh Strategi Pelancongan Vienna 2020: penduduk Vienna, pelancong yang mempunyai pengalaman berada di Vienna serta sejumlah pendatang baharu telah dialu-alukan untuk menghantarkan usul dalam pertandingan mengemukakan idea tersebut. Kira-kira 650,000 peserta akan dihubungi terus melalui laman web, media sosial dan juga surat berita. Persoalan utama ialah: "Apakah faktor yang dapat menjadikan Vienna sebagai bandar yang paling menarik di Eropah menjelang tahun 2020?" Sebarang usul yang ingin dikemukakan boleh dihantarkan dalam bahasa Inggeris atau bahasa Jerman ke http://2020.vienna.info sehingga 18 Mac 2014.

Pengalaman makan angin yang istimewa, perkhidmatan baharu atau acara luar biasa, idea pelancongan, penginapan, hidangan atau penggunaan teknologi maklumat – pihak penganjur mahukan idea asli diungkapkan dalam perkataan atau menerusi gambar yang juga boleh dinilai oleh peserta lain. "Objektif pendekatan inovasi terbuka kami adalah untuk menetapkan standard baharu dalam membangunkan destinasi pelancongan serta meneroka peluang baharu dalam pemasaran," jelas Pengarah Pelancongan, Norbert Kettner. Hadiah akan diberikan kepada idea terbaik yang dapat membantu membentuk masa depan Vienna secara aktif sebagai metropolis pelancongan.

"Sekarang atau tidak sama sekali: Idea anda untuk #Vienna2020" – bagi sebarang maklumat lanjut dan maklumat penyertaan, layari http://2020.vienna.info

Maklumat lanjut:

Vienna Tourist Board
Isabella Rauter
Tel.: +43/1/211 14-301
E-mail: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info 

SUMBER  Vienna Tourist Board

Source: Vienna Tourist Board
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services