-- Penyedia Perkhidmatan Wayarles yang Menerajui Pilih Produk Utama Openet bagi Memenuhi Permintaan Pelanggan Dengan Lebih Baik
DUBLIN, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ -- KONGRES DUNIA MUDAH ALIH –– Openet, peneraju global bagi penyelesaian dan perkhidmatan perniagaan telekomunikasi, hari ini mengumumkan Orange Slovakia telah menggunakan infrastruktur Kawalan Caj dan Dasar (PCC) Openet bagi membolehkan pengeluaran besar-besaran bagi berkas data kongsi lanjutan. Penggunaan ini membolehkan Orange Slovakia untuk menentukan tawaran data bersegmen dengan pantas dengan baki yang berkaitan, pemberitahuan serta peraturan dasar.
Produk penyelesaian Openet ini turut menyokong pelan data baharu serta inovatif daripada Orange Slovakia yang ditawarkan kepada 2.8 juta pelanggannya. Memandangkan kehendak pengguna menjadi semakin berkepelbagaian dan sukar untuk dipenuhi, penyelesaian teknikal unggul daripada Openet ini mampu membolehkan para pengendali untuk mengekalkan ketangkasan komersil dan turut menentukan serta melancarkan tawaran bersegmen dengan pantas.
"Kepuasan pelanggan merupakan keutamaan kami. Kami amat berbangga dapat mengambil serius terhadap keperluan pelanggan kami dan turut menghasilkan penyelesaian serta perkhidmatan baharu secara besar-besaran agar memenuhi kehendak mereka," ujar Peter Varga, Timbalan Pengarah ITN, Kejuruteraan Perkhidmatan dan IT di Orange Slovakia.
"Keperluan terhadap lebih banyak pelan data yang dikhususkan merupakan sesuatu yang Orange Slovakia ingin memanfaatkan dengan segera serta menawarkannya kepada para pelanggan asas," kata Philip Hogan Naib Presiden Global bagi Jualan dan Perkhidmatan di Openet. "Para pengendali mendapati Openet merupakan vendor yang dapat memenuhi keperluan kualiti dan juga jadual waktu. Tawaran data kongsi baharu ini turut membolehkan Orange Slovakia untuk menjawab panggilan para pelanggannya, daripada keluarga sehinggalah kepada perniagaan kecil-kecilan, dan dapat memberikan kepada mereka kawalan yang lebih baik terhadap pelan mereka."
Latar Belakang Openet
Sejak memperkenalkan perkhidmatan data mudah alih pada tahun 1998, Openet telah membantu para penyedia perkhidmatan untuk memanfaatkan peluang yang ada serta mengatasi cabaran. Dengan tekanan persaingan yang kian meningkat, penyedia perkhidmatan pada masa kini bergantung terhadap perisian Openet bagi memajukan model perniagaan berkaitan telefon pintar berangkaian, peranti M2M dan juga perkhidmatan pihak ketiga. Portfolio Openet pula menggabungkan kawalan caj serta dasar melalui interaksi antara peranti dengan pihak ketiga bagi membolehkan model inovatif yang mengenakan cas, untuk mengawal kos operasi dan turut mengkhususkan perkhidmatan. Lebih 80 penyedia perkhidmatan terbesar dunia di lebih 30 negara menggunakan perisian Openet yang berprestasi tinggi ini.
Openet juga telah membantu para pengendali di seluruh dunia untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan dengan memajukan platform legasi untuk menyediakan kebolehan mengenakan caj/OCS masa sebenar yang fleksibel dan disepadukan dengan kawalan dasar (PCC). Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.openet.com.
Hubungi: |
|
Barry Marron |
Jena Rossi |
Openet |
SHIFT Communications |
+353-16-204662 |
+1-617-779-1878 |