LONDON, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Penyelesaian penghalaan yang dinamik dan pintar dengan perlindungan beban lampau awal dan juga pengurusan Kualiti Perkhidmatan (QoS) pintar, memastikan ketersediaan dan keuntungan tinggi bagi rangkaian LTE
Acision, peneraju global dalam perkhidmatan mudah alih, hari ini melancarkan Alat Kawalan Pengisyaratan Pintar Diameter Acision (DiSC) yang membolehkan para pengendali melancarkan rangkaian teras Evolved Packet Switched dan LTE secara besar-besaran untuk mengawal dan menguruskan trafik data yang kian meningkat secara dinamik bagi memacu kecekapan serta melindungi sumber pendapatan mereka.
Langganan LTE dan jumlah data bagi rangkaian tersebut sedang berkembang dengan signifikan, dengan GSMA menjangka akan terdapat 465 rangkaian LTE menjelang tahun 2017. Sebagai sebahagian daripada pengeluaran besar-besaran ini, para pengendali mula beralih kepada reka bentuk rangkaian IP, lalu menggabungkan LTE dengan rangkaian 3G sedia ada bagi memenuhi permintaan untuk data yang lebih banyak dan lebih pantas. Hasilnya, para pengendali perlu mengoptimumkan infrastruktur rangkaian, meningkatkan kawalan serta keselamatan rangkaian pengisyaratan Evolved Packet Core dan turut mengurangkan tekanan akibat trafik yang semakin meningkat, di samping membolehkan kebolehskalaan rangkaian.
Acision DiSC mampu mengawal trafik pengisyaratan Diameter LTE 4G dengan memanfaatkan mekanisme penghalaan berbilang lapisan yang dinamik. Ini membolehkan para pengendali untuk mewujudkan rangkaian Evolved Packet Switched Core yang cekap berdasarkan reka bentuk dengan masa depan yang terjamin melalui peningkatan daya tahan serta kawalan saluran pengisyaratan yang pintar. Sebagai contoh, perlindungan beban lampau awal dapat membantu untuk mengekalkan tahap kecekapan pengurusan trafik Diameter ketika kemuncak trafik yang tidak diduga atau dikenali sebagai "ribut pengisyaratan". Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (QoS) Pintar kami turut membantu untuk memastikan saluran pengisyaratan yang terjamin untuk para pelanggan dan perkhidmatan yang paling berharga bagi pengendali dalam apa jua situasi bebanan.
Adolfo Hernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Acision mengulas, "Para pengendali benar-benar menghadapi kesukaran mengawal trafik data. Memandangkan penggunaan telefon pintar dan tablet semakin meningkat, di samping penggunaan aplikasi dengan kepadatan data yang tinggi seperti saluran video dan media sosial, rangkaian ini menghadapi kesukaran untuk beroperasi pada standard yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, para pengendali perlu mengimbangkan keperluan mereka untuk menjana keuntungan daripada rangkaian tersebut di samping mengekalkan kualiti perkhidmatan. Sebagai penyelesaian penghalaan diameter yang paling lengkap dalam pasaran, Acision DiSC bukan sahaja dapat melindungi aset rangkaian, bahkan membolehkan para pengendali untuk menguruskan kualiti perkhidmatan dengan lebih fleksibel, menerusi penghalaan trafik secara dinamik bagi melindungi para pelanggan serta aplikasi mereka yang paling penting."
Menerusi mekanisme kawalan antara muka Diameter lanjutan, Acision DiSC juga dapat membolehkan pelbagai senario saling hubungan serta perayauan LTE. Dengan kepelbagaian ciri keselamatan seperti kawalan akses sambungan, penyembunyian topologi, pengukuran trafik volumetrik dan juga pengesahan protokol bersyarat, pengendali dapat memastikan sambungan yang lancar dengan penyedia perkhidmatan lain tanpa mengira kombinasi rangkaian mereka, sama ada 2G, 3G atau 4G dengan selamat.
JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran Acision turut berkata: "Pelaburan dalam LTE adalah penting untuk para pengendali pada masa kini bagi memastikan mereka sedang memenuhi kehendak para pengguna yang mahukan lebih banyak data dan kelajuan. Namun, pengurusan rangkaian yang lebih baik juga bermaksud para pengendali dapat memberi tumpuan terhadap keuntungan pengeluaran LTE besar-besaran mereka.
"Gabungan penghala DiSC dan broker tidak bergantung terhadap perkakasan, lalu memberikan kebebasan sepenuhnya kepada para pengendali untuk memilih pembekal perkakasan mereka. Ia juga boleh digunakan dalam persekitaran awan milik pengendali, di samping terus menyampaikan perkhidmatan berprestasi telekomunikasi. Antara muka pengurusan yang intuitif juga memberikan paparan masa sebenar bagi status sambungan dan beban terkini pada kesemua pautan diameter, lalu membolehkan konfigurasi semula yang mudah serta tidak mengganggu perkhidmatan. Dengan menambah baik pengurusan, kecekapan dan kebolehskalaan rangkaian menerusi produk penyelesaian kami, para pengendali mampu membuat pelaburan jangka panjang dalam LTE."
Bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut bersama Acision, sila kunjungi tapak pameran 8.1A41, Dewan 8 (App planet) di Kongres Dunia Mudah Alih.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia melalui pemerkasaan perkhidmatan mudah alih yang relevan dan juga lancar yang dapat dikendalikan menerusi kesemua platform IP serta mampu memperkayakan pengalaman pengguna, lalu menghasilkan nilai dan peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, syarikat serta para pengguna di serata dunia.
Bagi maklumat lanjut, layari Acision di http://www.acision.com
Sumber: Acision