NEW ORLEANS, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Peak Sport Products Co., Limited ("Peak" atau "Syarikat" dan syarikat subsidiarinya, dikenali sebagai "Kumpulan", Kod Stok: 1968.HK) dengan bangganya mengumumkan pelancaran dua kasut siri TP9 All-Star Tony Parker yang pernah dipakai oleh atlet tersebut semasa Perlawanan All-Star di New Orleans, Louisiana pada 16 Februari lalu.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140219/CN67720 )
Bagi meraikan kemunculan ke-6 Tony Parker dalam Perlawanan All-Star itu, Peak telah mencipta dua pasang kasut terkini berwarna ungu dan merah yang merupakan lambang kepada warna "masyhur dan hebat" dalam budaya masyarakat Cina. Pelapik kasut tersebut turut dipaparkan dengan imej Menara Eiffel, jersi bola keranjang Tony Parker bernombor #9 dan juga logo All-Star Weekend dengan 6 bintang yang setiapnya melambangkan salah satu daripada 6 penampilan Perlawanan All-Star beliau. Slogan "GO SPURS GO" turut dicetak pada tapak kedua-dua kasut tersebut yang menunjukkan komitmen dan kesetiaan Tony Parker terhadap pasukan beliau.
Siri kasut TP9 Lightening sebelum ini telah mendapat sambutan yang baik di pasaran. Reka bentuk khas kasut ini telah berjaya menjadikannya benar-benar laris di China, Amerika Utara dan juga Eropah. Siri TP9 Parker terkini merupakan produk khusus kedua untuk Tony Parker dengan menggunakan teknologi "Dwi Gradien" Peak yang terkini dengan peningkatan ketahanan, rintangan kejutan dan juga perlindungan yang tidak dapat ditandingi oleh apa-apa kasut sukan utama lain yang berada di pasaran.
En. Xu Zhida, Pengarah Eksekutif Peak mengulas, "Kerjasama dengan pemain bola keranjang terbaik dunia telah menunjukkan kemampuan Peak yang hebat daripada segi reka bentuk serta kemajuan produk." Kedua-dua kasut All-Star baharu ini boleh diperoleh dengan prapesanan menerusi kedai dalam talian rasmi Peak.
Latar Belakang Peak Sport Products Co., Limited (Kod Stok: 1968.HK)
Peak merupakan syarikat pakaian sukan berjenama yang menerajui di China dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada 29 September 2009. Kumpulan ini pada dasarnya memberi tumpuan terhadap reka bentuk, pembangunan, penghasilan, pengedaran serta pemasaran produk sukan (termasuk kasut, pakaian dan juga aksesori) di bawah jenama "PEAK". Sehingga 30 September 2013, cawangan kedai Peak adalah berjumlah 6,088 di China. Produk Kumpulan ini turut dieksport ke lebih 80 negara. Peak turut melaksanakan strategi penjenamaan antarabangsa bertumpu dan telah menjadi rakan rasmi pemasaran bagi NBA di China sejak Oktober 2007. Kumpulan ini juga telah mengekalkan perkongsian kerjasama jangka panjang bersama pelbagai penganjur pertandingan sukan yang terkemuka seperti Federation Internationale de Basketball (FIBA), Persatuan Tenis Wanita (WTA) dan juga Stankovic Cup.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Michael Zhang
+86-010-5792-5070
zhangml@chinapeak.com