- Projek Kolaborasi Skype Beri Akses Orang Dalam kepada Dunia Fesyen
PALO ALTO, California, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Skype memberi peluang kepada para peminat untuk berinteraksi bersama Victoria Beckham menerusi mesej video Skype untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman fesyen beliau serta inspirasi kreatif artis tersebut melalui Projek Kolaborasi Skype.
Projek Kolaborasi Skype ini menyerlahkan titik pertemuan antara teknologi dan industri kreatif serta mampu memberikan permulaan yang baik kepada individu kreatif yang bercita-cita tinggi dalam bidang fesyen. Projek ini turut menjadi hos bagi 'Tempoh Lima Tahun – Kisah Dunia Fesyen Victoria Beckham' yang merupakan paparan penerokaan yang mendalam tentang Victoria Beckham dan label fesyen eponim beliau.
"Dengan perkongsian kisah saya ini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada sesiapa yang amat meminati bidang fesyen serta dapat menggalakkan mereka untuk berusaha keras dan mengejar impian mereka sebagaimana yang telah saya lakukan." – Victoria Beckham
Menerusi Projek Kolaborasi Skype ini, orang ramai dapat mengalami sendiri:
"Projek Kolaborasi Skype membolehkan anda mendapat gambaran secara sepintas lalu tentang kehidupan tokoh industri dan pereka fesyen terkenal yang jarang diperlihatkan kepada khalayak ramai. Skype berkisarkan hubungan serta penceritaan, sama ada kepada seseorang ataupun sekelompok individu. Dengan menggunakan teknologi Skype seperti mesej video dan panggilan video berkumpulan, kita sedang meneroka kaedah penceritaan baharu bagi generasi terhubung secara digital ini. Kisah yang dipaparkan adalah interaktif, sahih serta peribadi. Jika anda amat meminati fesyen, pengalaman ini benar-benar boleh mempesonakan anda." - Angie Hill, Pengurus Besar, Bahagian Pemasaran Skype
Sertai Projek Kolaborasi Skype ini untuk mengajukan pertanyaan fesyen anda kepada Victoria Beckham selain untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Anda juga boleh mendapatkan akses dalaman lain daripada Minggu Fesyen New York dan juga London.
http://collaboration.skype.com/
www.victoriabeckham.com
#SkypeCollaboration
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Francisca Fanucchi
Skype PR, francisca.fanucchi@skype.net
Rachna Shah
KCD, shah@kcdworldwide.com
Nota kepada editor:
Projek Kolaborasi Skype
Projek Kolaborasi Skype merupakan hab editorial dalam talian yang menyerlahkan titik pertemuan antara teknologi dan industri kreatif. Projek ini mampu memberikan permulaan yang baik kepada individu kreatif yang bercita-cita tinggi dalam industri fesyen menerusi ilmu pengetahuan orang dalam, kisah yang memberi inspirasi serta akses yang eksklusif kepada pakar dalam industri tersebut. Selain mengandungi kandungan eksklusif yang belum pernah dipaparkan kepada umum dan juga kandungan sedia ada yang bertujuan untuk memberi inspirasi serta menarik perhatian para pengunjungnya, laman web ini turut menekankan bagaimana ciri-ciri Skype mampu membantu industri kreatif ini.