omniture

Datawatch Umumkan Penutupan Tawaran Saham Biasa Bernilai $57.5 Juta

Datawatch Corporation
2014-02-20 22:59 119

CHELMSFORD, Massachusetts, 20 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH), penyedia global yang menerajui bagi penyelesaian penemuan data visual, hari ini mengumumkan penutupan tawaran awam yang ditaja jamin bagi 2,018,250 saham daripada saham biasa miliknya yang bernilai $28.50 bagi setiap saham. Jumlah agregat saham biasa yang telah berjaya dijual menunjukkan pelaksanaan sepenuhnya oleh penaja jamin tentang pilihan mereka untuk membeli sehingga 263,250 saham tambahan daripada saham biasa bagi menampung peruntukan lebihan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO)

Datawatch juga berhasrat untuk menggunakan hasil bersih daripada tawaran tersebut bagi pembangunan produk, pengkomersilan produk, modal kerja dan tujuan korporat am yang lain, termasuk pembayaran balik hutang yang tertunggak.

Canaccord Genuity Inc. dan William Blair & Company, L.L.C. telah bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama bagi penawaran tersebut. Cowen and Company, LLC serta Craig-Hallum Capital Group LLC pula telah bertindak sebagai pengurus bersama bagi penawaran tersebut.

Tawaran awam bagi saham biasa ini telah dibuat selaras dengan prospektus serta tambahan prospektus menurut kenyataan pendaftaran simpanan yang berkuat kuasa oleh Datawatch yang difailkan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC"). Salinan bagi tambahan prospektus akhir dan juga prospektus yang disertakan berhubung dengan tawaran tersebut boleh diperoleh daripada pejabat Canaccord Genuity Inc., Attn: Syndicate Department, 99 High Street, Floor 12, Boston, MA 02110, menerusi talian (617) 371-3900; atau daripada William Blair & Company, L.L.C., 222 W. Adams Street, Chicago, IL 60606, menerusi talian  (800) 621-0687. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan dokumen ini dengan mengunjungi EDGAR melalui laman web SEC di www.sec.gov.

Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual, atau cubaan untuk mendapatkan tawaran untuk membeli, sekuriti ini, dan tidak melibatkan apa-apa jualan bagi sekuriti ini, di mana-mana negeri atau dalam bidang kuasa lain yang tidak membenarkan jualan, tawaran, atau cubaan untuk mendapatkan tawaran seumpamanya.

LATAR BELAKANG DATAWATCH CORPORATION

Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian penemuan data visual yang membantu keputusan yang lebih jelas dibuat menerusi aplikasi analisis generasi seterusnya. Perisian Datawatch ini mampu memperkasa individu, unit perniagaan serta syarikat secara keseluruhannya untuk mengakses dan turut menggambarkan pelbagai jenis data, tanpa mengira sumber dan format, serta untuk menjana pandangan operasi dan strategik masa sebenar daripada Data Besarnya. Datawatch beribu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dan turut mempunyai pejabat di sekitar New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila, serta mempunyai rakan kongsi dan juga pelanggan di lebih 100 negara di serata dunia.

Maklumat Pandang Ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi beberapa "kenyataan pandang ke hadapan" menurut erti kata Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan berhubung jangkaan Datawatch ini berkenaan dengan penyempurnaan tawaran awam. Kenyataan ini adalah berdasarkan jangkaan semasa oleh pihak pengurusan dan sewajarnya adalah tertakluk kepada ketidakpastian dan juga sebarang perubahan keadaan. Keputusan sebenar dan masa peristiwa mungkin benar-benar berbeza berbanding yang dinyatakan atau dibayangkan oleh kenyataan pandang ke hadapan tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor penting termasuk tanpa had, risiko serta ketidakpastian yang berkaitan dengan perniagaan Datawatch dan juga pematuhan syarat penutupan tawaran awam. Maklumat lanjut tentang faktor tersebut telah dinyatakan dalam pemfailan Datawatch bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk laporan tahunan Datawatch pada Borang 10-K, laporan suku tahunan pada Borang 10-Q dan juga laporan semasa pada Borang 8-K. Datawatch tidak bertanggungjawab (dan dengan jelas menafikan apa-apa tanggungjawab) untuk mengemas kini atau meminda kenyataan pandang ke hadapan sama ada berikutan daripada maklumat baharu, peristiwa pada masa hadapan atau sebaliknya.

Maklumat Perhubungan Pelabur:

Perhubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: +1-978-441-2200 samb. 8323

Maklumat Perhubungan Media:

Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: +1-978- 441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2014 Datawatch Corporation. Datawatch dan logo Datawatch merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Semua nama lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik syarikat masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Software Offerings