omniture

PENGELUARAN PLASTIK GUNA SEKALI MASIH MENINGKAT; MENGANCAM UNTUK MENJAUHKAN LAGI MASYARAKAT DARIPADA MATLAMAT IKLIM SIFAR-BERSIH

Minderoo Foundation
2023-02-24 09:14 44

SINGAPURA, 24 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Indeks Pembuat Sisa Plastik (PWMI) 2023 perintis Minderoo Foundation menunjukkan bahawa masalah pencemaran plastik planet ini semakin teruk dan anggaran baharu emisi gas rumah hijau kitaran hayat daripada plastik guna sekali menunjukkan sejauh mana pengeluar plastik guna sekali turut menyumbang kepada krisis iklim ini.

Penemuan penting dalam laporan tersebut mendedahkan:

·  Walaupun kesedaran pengguna, perhatian korporat dan peraturan semakin meningkat, terdapat lebih banyak sisa plastik guna sekali berbanding sebelum ini – tambahan 6 juta tan metrik (bersamaan dengan hampir 1 kg setiap orang di planet ini) dihasilkan pada tahun 2021 berbanding pada tahun 2019 – hampir keseluruhannya masih dibuat daripada bahan api fosil.

·  Plastik guna sekali bukan sahaja merupakan krisis pencemaran tetapi juga krisis iklim. Emisi gas rumah hijau kitaran hayat (Skop 1, 2 dan 3) daripada plastik guna sekali pada tahun 2021 bersamaan dengan emisi keseluruhan United Kingdom (450 juta tan metrik CO₂e).

·  Kitar semula gagal meningkat dengan cukup pantas dan kekal menjadi aktiviti marginal untuk sektor plastik – dari tahun 2019 hingga 2021, pertumbuhan bagi plastik guna sekali yang diperbuat daripada bahan api fosil adalah 15 kali ganda berbanding plastik kitar semula. Hanya intervensi kawal selia penentu boleh menyelesaikan kegagalan pasaran untuk meningkatkan kitar semula. Hanya intervensi kawal selia penentu boleh menyelesaikan kegagalan pasaran untuk meningkatkan kitar semula.

·  Dalam industri petrokimia, dua unsur luaran yang benar-benar komited terhadap kitar semula dan pengeluaran polimer kitar semula secara meluas: Far Eastern New Century Taiwan dan Indorama Ventures Thailand.

Indeks Pembuat Sisa Plastik 2023 menjadikan penanda aras terkini dengan data hingga penghujung tahun 2021 (edisi pertama merangkumi tahun 2019). Didapati bahawa populasi global menggunakan 139 MMT (juta tan metrik) plastik guna sekali pada tahun 2021, meningkat daripada 133 MMT pada tahun 2019.

Komposisi 100 syarikat petrokimia teratas dengan jejak sisa plastik terbesar adalah sangat serupa dengan PWMI pertama. ExxonMobil U.S adalah pengeluar terbesar polimer yang digunakan untuk plastik guna sekali – bertanggungjawab untuk 6.0 MMT pada tahun 2021 – diikuti oleh Sinopec China (5.8 MMT) dan Dow third di U.S (5.3 MMT)

Dr Andrew Forrest AO, Pengerusi Minderoo Foundation berkata: "Lebih plastik, lebih sisa dan lebih pencemaran. Syarikat-syarikat gergasi bahan api fosil tidak menangani masalah plastik – sebaliknya yang berlaku, mereka mengeluarkan lebih banyak produk yang mengancam penduduk dan planet kita. Untuk industry petrokimia berpendapatan sebaliknya adalah cucian hijau urutan tertinggi."

"Kami memerlukan pendekatan yang berbeza secara asasnya yang dapat menghentikan proses pengeluaran plastik baharu. Kami memerlukan 'polimer premium' bagi setiap kilogram polimer plastik yang diperbuat daripada bahan api fosil. Kami memerlukan insentif kewangan yang menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula serta pembinaan infrastruktur kritikal yang baharu.

"Sekiranya anda melabur dalam pengeluar polimer ketika ini apabila premium polimer masih lagi tidak ada, maka anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kemusnahan alam semula jadi."

Antara cadangan penting dalam laporan tersebut ialah seruan tegas kepada pelabur dan institusi kewangan untuk menggunakan strategi penglibatan, pengundian proksi dan pemberhentian pelaburan bagi memberi tekanan kepada syarikat-syarikat petrokimia yang membina kemudahan pengeluaran polimer berasaskan bahan api fosil baharu.

"Laporan yang komprehensif ini menyediakan penanda aras yang berguna untuk memulakan kajian berkaitan plastik dan iklim serta usaha penglibatan pemegang saham," kata Casey Clark, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Rockefeller Asset Management. "Pelabur, badan kawal selia dan masyarakat awam telah menekankan keperluan untuk mengurangkan penggunaan plastik, meningkatkan usaha pengurusan sisa dan peralihan kepada cara hidup 'lingkaran'. Biarpun dengan latar belakang tersebut, pengambilan global bagi bahan asli mentah dan plastik guna sekali terus meningkat."

Mr Clark berkata: "Dalam edisi kedua Indeks Pembuat Sisa Palstik, Minderoo Foundation, bersama rakan kongsi penyelidikan, menyerlahkan hubungan kritikal antara plastik dan matlamat pelepasan karbon bersih-sifar."

Pemancar gas rumah hijau terbesar yang dikaitkan dengan plastik guna sekali juga merupakan pengeluar polimer terbesar. Mengikut data yang dianalisis oleh Carbon Trust dan Wood Mackenzie, gas rumah hijau pelepasan dari pengunaan plastik guna sekali adalah bersamaan dengan kira-kira 450 juta tan metric karbon dioksida, lebih daripada jumlah keseluruhan GHG pelepasan daripada United Kingdom.

Indeks mendapati bahawa walaupun kitar semula menawarkan penyelesaian untuk kedua-dua krisis iklim dan sisa – bila dibandingkan dengan membuat polimer daripada bahan api fosil, menjadikannya daripada (secara mekanikal) sisa plastik yang dikitar semula boleh juga menggantikan sekurang-kurangnya separuh daripada pelepasan gas rumah hijau – kitar semula gagal untuk skala pada kadar yang diperlukan untuk mengurangkan pergantungan kepada plastik yang di perbuat daripada bahan api fosil. Dari 2019 hingga 2021, pertumbuhan jisim plastik sekali guna daripada polimer dara melebehi daripada bahan mentah kitar semula dengan faktor lima belas berbanding satu (6 MMT berbanding 0.4 MMT).

KPMG meberikan jaminan terhad kepada analisis dalam laporan, dan ini menawarkan harapan berhati-hati untuk industry petrokimia memainkan peranan dalam peralihan daripada ekonomi plastik berasaskan bahan api fosil. Far Eastern New Century Taiwan dan Indorama Ventures Thailand telah membuat ikrar yang besar untuk meningkatkan usaha kitar semula mereka dan telah membuat polimer kitar semula berkualiti tinggi pada skala perindustrian.

Dominic Charles, pengarang bersama Indeks, digalakkan oleh kemajuan yang dibuat oleh penentu arah aliran industry tetapi berkata ini tidak sepatutnya mengurangkan magnitud tugas dihadapan untuk sebahagian besar pengeluar polimer. "Mengimbas kembali sepanjang dua tahun sejak kami mula-mula menyoroti punca krisis plastik sekali guna, ia membimbangkan sebilangan besar daripada 50 pengeluar polimer teratas tidak mencapai skor pekeliling yang lebih tinggi. Semetara penyelidikan kami menyediakan bukti yang deperlukan oleh penggubal undang-undang untuk membangunkan peraturan industri yang bermakna pada skala global, ia juga harus membimbing syarikat tentang keperluan untuk tahap ketelusan yang lebih tinggi mengenai cita-cita dan tindakan pekeliling plastik mereka," Mr Charles berkata.

Penyelidikan itu juga mengkaji bagaimana skor pekeliling mengukur terhadap tuntutan awam yang dibuat oleh 20 pengeluar polimer teratas. Saudi Aramco, Borealis, Dow dan Braskem menonjol dari segi ketidakpadanan antara kekerapan tinggi tuntutan awam mereka tentang pekeliling plastik dan kelayakan pekeliling sebenar mereka.

Muat turun laporan penuh di sini.

Pertanyaan media sila emel media@minderoo.org 

Source: Minderoo Foundation
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Environmental Issues Survey, Polls & Research