omniture

Acision Melesenkan Teknologi Crocodile RCS bagi Membolehkan Perkhidmatan WebRTC yang Bakal Mengubah Hasil Kerja

Acision
2014-02-21 00:54 122

READING, England, 21 Februari 2014 /PRNewswire/ --

API menyediakan 1 bilion titik hujung pengguna berpotensi bagi komunikasi masa sebenar

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan mudah alih, hari ini mengumumkan yang ia akan melesenkan teknologi Crocodile RCS bagi membolehkan perkhidmatan berasaskan WebRTC. Melalui kerjasama bersama Crocodile, Acision kini boleh memudahkan komunikasi masa sebenar dan bebas untuk menambah nilai kepada pelanggan syarikat dan pengendali, sambil turut menyediakan kit alatan bagi membantu pembangun untuk mewujudkan perkhidmatan komunikasi peranti mudah alih serta web lanjutan bagi penglibatan khidmat pesanan, perkongsian fail, persidangan, video dan suara berasaskan IP yang diperhebat.

Sebagai teknologi yang terdiri daripada profil media terbuka dan terpiawai, WebRTC Acision ialah teknologi yang bakal mengubah hasil kerja dengan menyediakan komunikasi selamat sesama rakan setara bergred pembawa. WebRTC Acision membolehkan penjimatan kos dengan memintas rangkaian telekomunikasi yang mahal dan boleh berintegrasi ke dalam infrastruktur serta aplikasi komunikasi syarikat yang sedia ada melalui protokol standard seperti SIP. Para pembangun juga boleh membina aplikasi komunikasi berasaskan web dan mudah alih yang berkuasa melalui SDK WebRTC Acision dengan set APInya yang beraneka, semuanya tanpa memerlukan sebarang infrastruktur tambahan.

JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran Acision memberi komen, "WebRTC menjadikan semua interaksi bersifat konteks dan, sebagai teknologi yang membolehkan, ia bakal menyediakan penjimatan yang banyak untuk sebarang perniagaan yang memerlukan komunikasi masa sebenar. Pusat panggilan yang ingin mengendalikan seluruh operasi mereka melalui pelayar web yang dihubungkan ke Google Chrome boleh berbuat demikian melalui cara yang berkesan kos dengan keterhubungan langsung kepada pelanggan dan juga kemas kini over-the-air. Aplikasi perbankan dalam talian juga boleh dibina dalam laman kewangan bagi membolehkan pelanggan bercakap dengan wakil bank secara terus dan sebaik sahaja mereka mendaftar masuk akaun dalam talian mereka, tanpa perlu menyediakan kata laluan atau pengesahan tambahan. WebRTC turut membolehkan data sesama rakan setara dikongsi secara selamat, tanpa membenarkan pengintipan pihak ketiga, lalu berkebolehan untuk mempunyai impak yang sangat berharga ke atas dunia komunikasi perniagaan. Ini hanyalah sebahagian sahaja daripada banyak faedah menarik yang boleh disediakannya."

Peter Dunkley, Pengarah Teknikal Crocodile RCS berkata: "Hari ini, sebarang peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android, dan sebarang komputer peribadi seluruh dunia dengan Google Chrome atau Mozilla Firefox mempunyai WebRTC terbina dalam, jadi apabila sesuatu pembangun menghasilkan app menggunakan API ini, ia berpotensi untuk menghasilkan lebih satu bilion titik hujung pengguna berpotensi. Dengan mengambil kira perkara ini, teknologi WebRTC bersedia untuk merevolusikan cara orang ramai berkomunikasi menggunakan peranti tetap serta mudah alih. Ia membenarkan aplikasi web untuk mengawal komunikasi suara dan video masa sebenar secara terus daripada pelayar, maka pengguna tidak perlu lagi memuat turun telefon perisian, app atau plugin. Komunikasi jarak jauh dengan mana-mana perniagaan juga diperhebat melalui pertukaran proses dan konteks, lalu menjadikan komunikasi suatu pengalaman yang benar-benar boleh dikongsi bersama. Acision dan Crocodile bersama-sama boleh menyerlahkan potensi penuh WebRTC."

Kata Sullivan lagi, "Syarikat dan pengendali yang memiliki infrastruktur warisan atau teknologi pusat panggilan yang sangat banyak, kini boleh memanfaatkan kelebihan teknologi ini dengan menyepadukan WebRTC ke dalam strategi komunikasi mereka. Contohnya, para pengendali boleh melanjutkan rangkaian teras mereka kepada aplikasi pelayar web dengan pantas dan mudah. Sesiapa yang terlibat dalam perniagaan komunikasi masa sebenar tentu dapat memahami betapa pentingnya perkara ini untuk perniagaan mereka – lalu mewujudkan pilihan baharu untuk penglibatan berasaskan IP."

Acision mempunyai sejarah yang padat dengan penyediaan infrastruktur SMS serta khidmat pesanan mudah alih, dan kini bekerjasama dengan 270 pengendali mudah alih di lebih 100 negara, termasuklah lapan daripada 10 pengendali mudah alih global terbaik dunia. Dengan arah aliran yang semakin meningkat untuk khidmat pesanan beraneka dan melebihi keperluan, Acision mempunyai tumpuan strategik yang telah diperbaharui terhadap penghantaran mesej IP, perkhidmatan pengguna dan syarikat; membolehkan WebRTC adalah penting untuk strategi baharu ini.

Acision bakal mempamer di App Planet di Kongres Dunia Mudah Alih 2014, di tapak pameran 8.1A41, tempat mereka bakal menunjukkan kemampuan WebRTC mereka dengan Crocodile. Acision juga bakal mengadakan Forum khusus bertajuk "Menginovasi untuk Maju dalam dunia Khidmat Digital dan Melebihi Keperluan" di Panggung D, Theater District pada 24 Februari, hari Isnin pada pukul 3 petang. Bagi mendaftar masuk acara ini, lawati http://www.mobileworldcongress.com/acision

Latar belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa khidmat mudah alih lancar dan relevan yang saling kendali merentasi semua platform IP dan turut memperkaya pengalaman pengguna, lalu mewujudkan nilai dan peluang komunikasi baharu untuk pembawa, syarikat dan pengguna seluruh dunia.

Bagi maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel Trade show news