HAMBURG dan KIEL, 21 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Dalam Ulasan Lautan Dunia 3, maribus telah menerbitkan analisis mendalam tentang peluang dan risiko yang dikaitkan dengan penggunaan lautan.
Kerakusan manusia untuk mencari sumber mentah tiada berpenghujung. Penggunaan minyak telah bertambah sebanyak dua kali penggunaan sebelumnya sejak awal tahun 1970-an, manakala permintaan untuk sumber mineral sedang meningkat dengan penggunaan yang sentiasa bertambah untuk logam seperti tembaga, nikel atau kobalt, dalam produk elektronik seperti telefon pintar, panel suria atau kereta hibrid. Enapan bahan mentah di dasar lautan semakin menjadi tumpuan minat. Tetapi sampai bilakah perlombongan boleh dianggap sebagai aktiviti yang boleh diterima daripada segi ekonomi? Apakah risiko terhadap alam sekitar yang perlu dipertimbangkan? Dan juga, siapakah yang layak menuntut enapan yang ada di dasar lautan antara negara?
» Ulasan Lautan Dunia 3 – Bahan mentah dari Laut – Peluang dan Risiko« (WOR 3), yang diterbitkan oleh organisasi tanpa untung maribus gGmbH dengan sokongan majalah »mare«, Institut Lautan Antarabangsa (IOI) dan juga Kluster Kecemerlangan » Lautan Masa Hadapan«, menggambarkan secara terperinci komoditi logam serta tenaga yang diketahui terdapat di dalam lautan dan turut mengetengahkan peluang dan risiko pengendalian perlombongan dan juga penggunaan bahan mentah di dalam laut dengan cara yang kukuh daripada segi saintifik serta boleh difahami oleh orang biasa. Laporan baharu ini menyediakan fakta tentang jumlah simpanan minyak dan gas yang diketahui serta enapan hidrat gas pejal di bawah dasar laut. Selain itu, laporan itu menghuraikan tentang potensi sumber mineral seperti nodul mangan, kerak kobalt serta sulfida yang sangat banyak. Tambahan lagi, laporan itu memberi tumpuan terhadap tanggungjawab komuniti antarabangsa untuk eksploitasi yang tidak menjejaskan alam sekitar serta cabaran perundangan antarabangsa untuk pengagihan sumber lautan antara negara yang adil secara sosial.
» Penggunaan lautan akan meningkat pada masa hadapan. Jika perlombongan sumber dari laut dan kawasan pinggir laut yang mampan daripada segi persekitaran ingin dilakukan, semua pihak berkepentingan mesti bekerjasama bagi mencapai penyelesaian mampan.« kata Martin Visbeck daripada Pusat Penyelidikan Lautan Kiel GEOMAR Helmholtz dan jurucakap Kluster Kecemerlangan »Lautan Masa Hadapan«.
Berbeza daripada sumber yang boleh diperbaharui dengan pantas seperti ikan atau kerang-kerangan, sumber mineral dan tenaga hanya terbentuk dalam masa jutaan tahun. Bilangan sumber yang hanya boleh dilombong dengan usaha teknikal rumit adalah sangat terhad.
» Apabila peluang perniagaan lumayan menggoda pertimbangan kita, akan wujudnya risiko bukan hanya terhadap alam sekitar tetapi juga terhadap hak asasi manusia serta keadilan sosial. Khususnya, syarikat besar – yang telah mengeluarkan minyak di Afrika Barat selama bertahun-tahun – dahulunya tidak pernah mengendahkan untuk melindungi alam sekitar atau memberi populasi tempatan peluang yang adil bagi menyertai usaha pendapatan berkaitan minyak,« kata Nicholas Gelpke, penerbit »mare« dan juga pengasas maribus gGmbH.
Maklumat Latar Belakang
maribus gGmbH telah diasaskan oleh penerbit »mare« Nikolaus Gelpke pada tahun 2008. Ia bertindak sebagai organisasi tanpa untung dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran umum tentang hubungan saintifik marin dan turut menyumbang terhadap kempen pemuliharaan marin yang lebih berkesan. Penerbitan maribus yang pertama, »Ulasan Lautan Dunia 1« (WOR 1), telah pun berjaya dalam menyampaikan laporan yang menyeluruh serta tersendiri yang menunjukkan keadaan lautan dan juga hubungan antara lautan dan keadaan ekologi, ekonomi serta sosiopolitik. Sehingga ke hari ini, kira-kira 70,000 salinan ulasan ini dalam Bahasa Jerman dan Bahasa Inggeris mendapat permintaan seluruh dunia.
Penerbitan maribus yang ketiga, »Bahan mentah dari Laut – Peluang dan Risiko«, telah meneruskan kerjasama dengan rakan kongsi WOR yang mewakili komitmen bertahun-tahun terhadap lautan serta standard akademik bertaraf tinggi:
Sebanyak 45,000 salinan »Ulasan Lautan Dunia 3« diedarkan (dalam Bahasa Jerman/Inggeris). Terbitan ini tidak dijual tetapi diedarkan secara percuma, tanpa sebarang objektif mencari keuntungan. Selain versi Bahasa Jerman, edisi Bahasa Inggeris akan dikeluarkan tidak lama lagi. Keseluruhan terbitan diterbitkan secara serentak di Internet di http://www.worldoceanreview.com.
»Ulasan Lautan Dunia 3 – Bahan mentah dari Laut – Peluang dan Risiko«, ed. maribus gGmbH, Hamburg, 2014, 164 halaman, dengan banyak ilustrasi dan foto, berkulit lembut.
Pautan:
http://www.worldoceanreview.com
Maklumat perhubungan dan salinan sampel:
maribus gGmbH
Stephanie Haack
Hubungan Awam & Media
Telefon: +49-40-368076-22
E-mel: haack@maribus.com
Christian-Albrechts Universiti Kiel
Kluster Kecemerlangan »Lautan Masa Hadapan«
Friederike Balzereit, Hubungan Awam
Telefon: +49-431-880-3032
E-mel: fbalzereit@uv.uni-kiel.de
Sumber: maribus gGmbH