NEW YORK, 21 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Avon Products, Inc. dan Coty Inc. telah menyerahkan surat hasrat tentang penyusunan komersil yang membolehkan Avon Brazil untuk memasarkan dan turut menjual wangian Coty pilihan serta produk sampingan menerusi 1.5 juta Wakil Jualan bebas Avon di Brazil.
Walaupun maklumat lanjut masih belum dimuktamadkan, tujuan penyerahan surat hasrat ini adalah supaya Avon dapat membawakan koleksi wangian gaya hidup serta selebriti Coty dalam Brosur Avon di Brazil.
Pengaruh mantap Avon daripada segi jualan langsung, liputan geografi yang luas serta model perkhidmatan yang menyeluruh di Brazil bakal membolehkan para pengguna Brazil untuk mendapat akses yang ditambah baik kepada portfolio wangian yang diperluaskan. Portfolio meluas yang terdiri daripada jenama gaya hidup dan selebriti Coty mempunyai permintaan tinggi daripada para pengguna, lalu membolehkan Wakil Jualan Avon untuk memenuhi keperluan pengguna mereka dengan lebih baik, menambahkan bilangan pengguna dan juga meningkatkan pendapatan mereka.
Persetujuan ini adalah tertakluk kepada dokumentasi akhir yang akan disempurnakan oleh syarikat berkenaan dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Maklumat Berpandangan Ke Hadapan
Beberapa kenyataan yang dibuat dalam kenyataan bersama ini, termasuk rancangan untuk melengkapkan dokumentasi akhir, boleh menjadi kenyataan berpandangan ke hadapan menurut erti kata Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Risiko, ketidaktentuan serta faktor lain yang wujud boleh menyebabkan keputusan benar-benar berbeza daripada yang telah dinyatakan dalam kenyataan berpandangan ke hadapan tersebut. Apa-apa kenyataan berpandangan ke hadapan hanya merujuk kepada tarikh kenyataan tersebut dinyatakan. Avon Products, Inc. dan Coty Inc. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan itu.