-- Huawei memperkenalkan telefon pintar LTE 4G yang berwarna-warni serta mudah diakses di MWC 2014
BARCELONA, Sepanyol, 23 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada peringkat global yang menerajui, hari ini memperkenalkan telefon HUAWEI Ascend G6 4G di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) GSMA 2014. Telefon pintar 4G dibolehkan LTE Huawei yang baharu ini membawakan ciri kemudahan penggunaan kepada pemilikan telefon pintar dan turut membuka dunia yang penuh dengan keseronokan serta cara baharu yang berwarna-warni untuk kekal terhubung tanpa sempadan. Dengan paparan qHD seluas 4.5 inci, kamera 5 megapiksel menghadap depan dan juga Emotion UI 2.0[1], HUAWEI Ascend G6 4G ialah peneman ideal bagi mereka yang ingin berkongsi dengan lebih mudah.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140223/HK68703)
"HUAWEI Ascend G6 4G ialah telefon pintar yang bergaya, berwarna-warni dan berfungsi sepantas kilat yang direka bentuk bagi memecahkan sempadan," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Consumer Business Group. "Dengan keterhubungan 4G LTEnya yang berguna, antara muka yang mudah digunakan serta kamera dinamik yang menawarkan pelbagai peluang fotografi, Huawei menepati janji kami bagi 'Menjadikannya Mungkin' untuk lebih ramai orang di seluruh dunia."
HUAWEI Ascend G6 4G menghidupkan warna dengan paparan LCD 960 x 540 qHD seluas 4.5 inci yang jelas umpama kristal dan 245PPI. Senipis 7.85mm dan seberat 115g, Ascend G6 4G ialah lanjutan daripada reka bentuk 'C berganda' telefon pintar Ascend P6 yang popular dan boleh didapati dalam warna hitam dengan sentuhan rona kelabu besi cerah atau rona emas merah jambu, atau dalam warna putih dengan sentuhan rona merah jambu atau kuning emas kilau[2]. HUAWEI Ascend G6 juga ditawarkan dalam versi 3G 7.5mm yang boleh didapati dalam warna hitam, putih, merah jambu, emas atau biru.
Dengan pemproses 1.2 GHz teras empat berkuasa dan juga bateri polimer litium 2000 mAh yang kuat dengan penjimatan kuasa sehingga 30 peratus, HUAWEI Ascend G6 4G adalah 4G dibolehkan LTE untuk keterhubungan yang lebih pantas dan andal. Filem boleh dimuat turun dalam masa beberapa minit sahaja manakala fail kerja pula boleh dimuat naik dalam masa beberapa saat sahaja dengan kepantasan sehingga 150 Mbps. Pengurusan kebenaran, pemberitahuan, Internet dan album foto pintar memberikan kawalan penuh. Fungsi 'imbas dengan satu kekunci' mengekalkan prestasi puncak melalui 'penjejakan kepantasan telefon', 'penyimpanan kuasa', 'pembersihan tempat simpanan' serta 'penapis bahan gangguan'. Ascend G6 4G turut menyokong perkongsian NFC[3] untuk pembayaran mudah alih.
Dengan versi terkini Emotion UI 2.0 yang intuitif, HUAWEI Ascend G6 4G memudahkan penggunaan telefon pintar. Skrin utama yang boleh disuai khusus serta UI 'Standard' dan juga 'Keringkasan' yang diperhebat menjadikan navigasi begitu lancar, manakala hampir 1,000 tema dalam talian disediakan bagi memenuhi kehendak peribadi.
Ascend G6 4G menawarkan pengalaman kamera telefon pintar diperhebat dengan skrin pratonton dan tip fokus kendiri milik Huawei. Lensa empat elemen plastik (4P) yang ada dalam kamera 5 megapiksel menghadap depan itu membolehkan penangkapan gambar spontan yang dikawal audio, pengenalpastian latar automatik dan juga penambahbaikan wajah automatik. Dengan penangkapan foto sudut luas 88 darjah, Ascend G6 4G membolehkan foto yang memuatkan semuanya dan bakal mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Di samping itu, fungsi 'Foto Suara' pula menangkap foto dan turut merakam klip audio selama 10 saat bagi mengiringinya, yang boleh dikongsi melalui Facebook dan WeChat.
Terdapat juga peluang yang tidak berpenghujung untuk menerokai pemandangan sekeliling dengan penangkapan gambar berbilang tangkapan, penangkapan gambar melintang dan juga fungsi panorama, semuanya dengan lensa lima elemen plastik (5P) kamera menghadap belakang 8 megapiksel apertur AF BSI f/2.0. Sebagai alternatif, terdapat fungsi 'selfie' tanpa tangan yang diaktifkan dengan suara yang boleh menghasilkan gambar sempurna. Merakam video atau mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan suram juga sudah tidak menjadi masalah dengan sensor Sony IMX134 terbina dalam Ascend G6 4G, penapis inframerah kaca biru serta denyar kamera bersepadu bagi imej yang jelas dan tajam.
HUAWEI Ascend G6 boleh didapati mulai suku pertama tahun 2014 manakala Ascend G6 4G boleh didapati mulai April 2014.
Latar Belakang Huawei Consumer Business Group
Pada penghujung tahun 2013, produk dan perkhidmatan Huawei digunakan di lebih 170 negara, berkhidmat untuk lebih satu pertiga populasi dunia. Huawei menduduki tempat ketiga dalam penghantaran telefon pintar global pada tahun 2013. Huawei juga telah memantapkan lebih 16 pusat penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia di dalam negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India dan China. Sebagai salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, Huawei Consumer Business Group (BG) menyediakan pelbagai produk termasuk telefon bimbit, peranti jalur lebar mudah alih (MBB), peranti kediaman dan juga perkhidmatan awan. Dengan lebih 20 tahun pengalaman perniagaan beraneka dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), rangkaian global menyeluruh, pengendalian perniagaan global yang luas dan juga rakan kongsi serta pengalaman dalam telekomunikasi, Huawei telah memantapkan rangkaian global, kemampuan pengendalian dan rakan kongsi kerja. Huawei Consumer BG dikhususkan untuk menyampaikan teknologi yang terkini kepada pengguna, lalu menawarkan pelbagai pilihan dan turut mencipta pengalaman luar biasa bagi semua orang di mana-mana sahaja.
Bagi maklumat lanjut, lawati Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/
Bagi kemas kini tetap Huawei Consumer BG, ikuti kami melalui:
Facebook: facebook.com/huaweidevice
Twitter: twitter.com/HuaweiDevice
Google+: plus.google.com/+HuaweiDevice
YouTube: youtube.com/user/HuaweiDeviceCo
Flickr: flickr.com/photos/huaweidevice
[1] Versi Emotion UI mungkin akan berbeza mengikut rantau. |
[2] Ketersediaan warna mungkin akan berbeza mengikut rantau. |
[3] Tidak boleh didapati pada versi 3G. |