omniture

Microsoft menambah sembilan rakan perkakas baharu Windows Phone

Microsoft Corp.
2014-02-24 13:48 129

-- Rakan perkakas dan alatan baharu bakal memecut skala global

BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. pada hari Ahad telah mengumumkan sembilan rakan perkakas baharu untuk Windows Phone dan akses terus kepada alatan yang akan meluaskan portfolio peranti untuk pengguna dan turut memperkenalkan titik harga baharu bagi memecut pertumbuhan dalam pasaran penting. Selain rakan kongsi sedia ada – Nokia, Samsung, HTC serta Huawei – Microsoft telah mengumumkan ia kini juga bekerjasama dengan Foxconn, Gionee, Lava (Xolo), Lenovo, LG, Longcheer, JSR, Karbonn dan juga ZTE bagi proses pembangunan atas platform Windows Phone.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO)  

Dengan berita terkini ini, Microsoft kini bekerjasama dengan tujuh daripada 10 pengeluar telefon pintar terbaik dunia selain jenama yang menerajui di China, India dan Taiwan, dengan mewakili lebih 56 peratus pasaran boleh sasar pada peringkat global (Penjejak Telefon Mudah Alih Seluruh Dunia IDC, 2013). Para pelanggan boleh menantikan rangkaian peranti yang lebih berkepelbagaian, daripada pilihan ikonik hinggalah kepada pilihan kos lebih rendah untuk muncul dalam pasaran.

"Kami gembira dapat menambah rakan kongsi baharu ini kepada ekosistem Windows Phone kami yang semakin berkembang, Mereka akan menjadi penyumbang penting kepada pertumbuhan berterusan merentasi titik harga dan geografi untuk Windows Phone," kata Nick Parker, naib presiden korporat Divisyen OEM di Microsoft.

Windows Phone ialah sistem operasi telefon pintar yang paling pantas berkembang, menurut IDC, dan turut mengumumkan kenaikan tertinggi untuk tahun 2013 (90.9 peratus), lebih dua kali pertumbuhan pasaran keseluruhan sewaktu tahun itu.

Microsoft turut memperkenalkan sokongan perkakas diperhebat yang menyediakan lebih fleksibiliti agar rakan kongsi Windows boleh membina peranti bagi memenuhi keperluan tersendiri rantau mereka atau segmen pelanggan mereka. Microsoft sedang menambah sokongan untuk pemproses 200 dan 400 Qualcomm Snapdragon™ oleh Qualcomm Technologies Inc. dengan pilihan yang menyokong pelbagai teknologi selular besar, termasuk LTE (TDD/FDD), HSPA+, EVDO serta TD-SCMA. Windows Phone juga akan menyokong kekunci lembut dan SIM duaan, keperluan yang penting khususnya dalam pasaran Asia. Perubahan ini membenarkan rakan kongsi pengeluar dengan mudahnya memanfaatkan pelaburan reka bentuk sedia ada bagi mempelbagaikan portfolio mereka untuk merangkumkan peranti Windows Phone, termasuk phablet dengan skrin lebih besar.

Pada hari Ahad, Microsoft melancarkan Gerbang Rakan Perkakas Windows, yang direka bagi mempercepatkan pengkomersilan peranti sambil meminimumkan kos pembangunan. Kepantasan dan juga ekonomi adalah sangat penting bagi pengeluar yang perlu bersaing dan menang dalam segmen telefon pintar berkepadatan tinggi yang dinamik. Gerbang Rakan Perkakas Windows kini dibuka kepada semua pengeluar peranti telefon pintar bagi mempelajari dan turut memulakan proses pembangunan atas platform Windows Phone. Pengeluar peranti Windows Phone juga boleh memanfaatkan perkhidmatan hebat yang ditawarkan oleh Microsoft dalam pasaran itu, yang juga termasuklah Office Mobile, Skype, Xbox serta Bing; katalog app yang semakin berkembang; dan ciri-ciri seperti Live Tiles dan People Hub, yang menjadikan Windows Phone bersifat peribadi secara begitu tersendiri.

Bagi membantu membolehkan lagi pengeluar peranti telefon pintar untuk memperluaskan portfolio mereka dengan pantas dan mudah untuk merangkumkan peranti Windows Phone, Microsoft dan juga Qualcomm Technologies sedang berkolaborasi bagi memberi OEM serta ODM yang berfungsi dengan pelbagai Reka Bentuk Rujukan Qualcomm untuk pemproses 200 dan 400 Snapdragon akses terus kepada alatan, kandungan dan kit adaptasi Microsoft bagi membina peranti pada platform Windows Phone. Rakan perkakas Microsoft boleh memberi tumpuan terhadap usaha membezakan tawaran mereka berdasarkan app dan perkhidmatan dengan Microsoft dan Qualcomm Technologies, melalui program Reka Bentuk Rujukan Qualcomm, dengan menyediakan blok binaan untuk membantu mereka bentuk dan turut membina Windows Phone. Pengeluar peranti kini boleh memilih daripada ratusan cara untuk menyuai khusus peranti Windows Phone mereka namun masih mengekalkan pengalaman berkualiti tinggi secara konsisten yang disediakan oleh platform Windows Phone.

"Kami sedang memudahkan, menjadikan lebih pantas dan lebih mampu milik untuk rakan kongsi ini membangunkan Windows Phone," kata Parker.

Program Reka Bentuk Rujukan Qualcomm yang sudah mantap itu menawarkan inovasi teknikal yang menerajui, perkakas dan perisian khusus, dan juga pilihan penyuaian khusus mudah Qualcomm Technologies yang menjimatkan kos kejuruteraan, akses kepada ekosistem penyedia perkakas dan ujian serta kesediaan penerimaan untuk keperluan pengendali serantau dan yang menerajui.

Ekosistem Windows Phone yang diperluaskan ini juga akan menyediakan peluang tambahan kepada pengendali mudah alih dan rakan kongsi jualan bagi menawarkan peranti Windows Phone penjenamaan semula di bawah jenama mereka sendiri. Pengendali mudah alih juga akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk membina app serta perkhidmatan rekaan khas untuk peranti Windows Phone mereka yang meningkatkan kepuasan pelanggan, kadar pengekalan dan juga aliran hasil.

Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") ialah peneraju seluruh dunia daripada segi perisian, perkhidmatan serta penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.

Maklumat yang terdapat dalam siaran akhbar ini berkaitan dengan produk perisian yang belum dilancarkan dan mungkin akan mengalami perubahan besar sebelum pelancaran komersilnya yang pertama. Sejajar dengan itu, maklumat ini tidak boleh menggambarkan atau mencerminkan produk perisian ini dengan tepat apabila ia dilancarkan secara komersil kelak. Siaran akhbar ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja, dan Microsoft tidak membuat sebarang jaminan, sama ada dinyatakan atau dibayangkan, berkaitan dengan siaran akhbar ini atau maklumat yang terdapat di dalamnya.

Nota kepada editor: Bagi maklumat, berita serta perspektif lanjut daripada Microsoft, sila lawati Pusat Berita Microsoft di http://www.microsoft.com/news. Pautan web, nombor telefon dan juga tajuk adalah betul pada masa penerbitan, tetapi mungkin telah diubah. Bagi bantuan lanjut, wartawan dan juruanalisis boleh menghubungi Pasukan Respon Pantas Microsoft atau perhubungan lain yang bersesuaian seperti yang disenaraikan di http://www.microsoft.com/news/contactpr.mspx.

 

 

 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Contracts Trade show news