omniture

Huawei Melangkaui Had Kemungkinan dengan HUAWEI MediaPad X1 di MWC 2014

Huawei Consumer Business Group
2014-02-24 14:07 152

-- Huawei turut memperkenalkan phablet MediaPad baharu dan boleh pakai pertama bagi kehidupan yang benar-benar terhubung

BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini memperkenalkan dua penambahan kepada rangkaian peranti MediaPad mereka dan juga peranti boleh pakai mereka yang pertama di Kongres Dunia Mudah Alih GSMA 2014. Dengan HUAWEI MediaPad X1, phablet semua dalam satu dibolehkan Cat4 LTE 7 inci yang paling nipis di dunia, HUAWEI TalkBand B1, peneman 'cakap sambil menjejak' hibrid yang sempurna, dan juga HUAWEI MediaPad M1, penjana hiburan 8 inci, Huawei memungkinkan lagi kehidupan tanpa sempadan dinikmati oleh lebih ramai orang.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140223/HK69414)

"Kami teruja dapat memperkenalkan MediaPad dibolehkan LTE 4G baharu kami yang dapat menyediakan asas penting kebahagiaan manusia tanpa sempadan bersama HUAWEI TalkBand B1. Ini termasuklah kesihatan, hubungan dengan keluarga, hubungan dengan kawan dan juga akses kerja," kata Richard Yu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer Business Group. "Budaya inovasi Huawei meletakkan kami dalam kedudukan yang unggul untuk membangunkan peranti yang membawakan manfaat dan keriangan teknologi kepada orang ramai melalui keterhubungan LTE 4G."

HUAWEI MediaPad X1
HUAWEI MediaPad X1 menggabungkan fungsian telefon pintar dan juga tablet dalam badan aloi aluminium penuh, lalu menyediakan keselesaan luar biasa serta kemudahan penggunaan dengan hanya seberat 239g dan senipis 7.18mm. Paparan sentuh FHD LTPS 1200 x 1920 seluas 7 inci yang dimilikinya pula mempunyai nisbah skrin ke badan sebanyak 80%.

Dengan dikuasakan pemproses teras empat 1.6 GHz dan turut menggunakan Android 4.2 Jelly Bean, bateri tahan lama 5000 mAh peranti itu menyediakan tempoh hidup selama 21 hari, sepanjang lima hari penuh dengan penggunaan berterusan dan pengecasan terbalik.

MediaPad X1 mempunyai kamera 13MP menghadap belakang Sony Exmor R BSI dan ciri penangkapan panoramik. Kamera 5MP menghadap hadapannya dengan tip fokus kendiri milik Huawei, skrin pratonton, 10 peringkat penambahbaikan auto-wajah dan juga penangkapan gambar tanpa tangan diaktifkan suara adalah sempurna untuk mengambil gambar 'selfie' yang terbaik. Fungsi 'Foto Suara' mengambil foto yang diiringi klip audio selama 10 saat yang boleh dikongsi melalui Facebook dan WeChat.

HUAWEI TalkBand B1
HUAWEI TalkBand B1 mempunyai ciri pemanggilan wayarles dengan cuping telinga elektronik Bluetooth™ 4.1, yang boleh menampung pemanggilan sehingga tujuh jam serta paparan OLED fleksibel 1.4 inci. Ia menyokong peranti yang serasi dengan Android 2.3+ dan iOS 5.0+, dan juga boleh disegerakkan dengan mudah melalui NFC.

TalkBand B1 menjejak masa dan perjalanan aktiviti secara wayarles, termasuk bilangan langkah yang diambil, jarak yang dilepasi daripada segi ukuran batu dan juga kalori yang telah dibakar. Ia merakam tempoh dan kualiti tidur secara pintar, sementara penggera pintar serta fungsi lelap mata membantu waktu rehat.

Dengan hanya seberat 26g dan senipis 14.6mm, TalkBand B1 mempunyai reka bentuk lengkung boleh lentur dengan cuping telinga elektronik seberat 9.4g yang boleh ditanggalkan. Bateri 90mAh peranti ini boleh bertahan selama enam hari dan dicas dalam masa dua jam menggunakan penghubung USB.

HUAWEI MediaPad M1
HUAWEI MediaPad M1 mempunyai skrin kapasitif berbilang sentuhan IPS 800 x 1280 HD seluas 8 inci dengan teknologi Huawei SWS, pembesar suara duaan menghadap hadapan dan juga mikrofon bagi pengalaman audiovisual yang diperhebat. Dengan dikuasakan oleh pemproses teras empat 1.6GHz dan bateri berkapasiti 4800 mAh, ia menyokong tontonan video selama 8 jam dengan hanya sekali cas.

Ultra nipis dengan ukuran 7.9mm, badan aluminium MediaPad M1 seberat 329g yang anggun boleh diselitkan dengan mudah ke dalam kocek atau tas tangan. Kamera autofokus 1MP yang menghadap hadapan dan 5MP yang menghadap belakang membolehkan penangkapan gambar dan perkongsian foto yang mudah.

MediaPad X1 dan M1 LTE yang dibolehkan Cat4 memuat turun fail kerja dalam beberapa saat sahaja manakala filem 1GB dalam masa seminit dengan kepantasan sehingga 150 Mbps. Penghala WiFi terbina dalam dan juga sokongan WiFi mod duaan 2.4/5G dengan panggilan suara dan kemampuan SMS menyediakan hubungan serta-merta. Fungsi AirSharing membolehkan perkongsian skrin dan pemindahan imej melalui perkongsian foto awan. MediaPad X1 dan MediaPad M1 mempunyai antara muka intuitif terkini, Emotion UI 2.0, dengan skrin mula boleh tersuai khusus, UI 'Standard' serta 'Simplicity' yang diperhebat dan juga lebih 1,000 tema yang berkepelbagaian.

Ketersediaan

  • HUAWEI MediaPad X1 boleh didapati di China, Rusia, Eropah Barat, Timur Tengah, Jepun dan Amerika Latin mulai Mac 2014.
  • HUAWEI TalkBand B1 boleh didapati di China mulai Mac 2014, dan di Jepun, Timur Tengah, Rusia serta Eropah Barat mulai suku kedua tahun 2014.
  • HUAWEI MediaPad M1 boleh didapati mulai suku pertama tahun 2014 di Eropah, Rusia, Timur Tengah, China, Jepun, Asia Pasifik, Australia dan juga Amerika Latin

Latar belakang Huawei Consumer Business Group
Setakat penghujung tahun 2013, produk dan perkhidmatan Huawei digunakan di lebih 170 negara, berkhidmat untuk lebih satu pertiga populasi dunia. Huawei juga telah mewujudkan lebih 16 pusat Penyelidikan & Pembangunan di seluruh dunia di negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Sweden, Rusia, India serta China. Sebagai salah satu daripada tiga kumpulan perniagaan Huawei, Huawei Consumer Business Group (BG) menyediakan pelbagai produk termasuk telefon bimbit, peranti jalur lebar mudah alih (MBB), peranti kediaman dan juga perkhidmatan awan. Dengan pengalaman kepakaran perniagaan beraneka selama lebih 20 tahun dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), rangkaian global yang menyeluruh, pengendalian perniagaan global yang luas dan rakan kongsi, Huawei Consumer BG dikhususkan bagi membawakan teknologi terkini kepada para pengguna, dengan menawarkan pelbagai kemungkinan dan turut mencipta pengalaman luar biasa bagi semua orang di mana-mana sahaja.

Lawati Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/

 

Source: Huawei Consumer Business Group
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news