omniture

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Dr. Paul E. Jacobs Raih Anugerah Pengerusi GSMA 2014

GSMA
2014-02-24 15:00 120

BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan Dr. Paul E. Jacobs, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm Incorporated telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Pengerusi GSMA 2014. Anugerah ini yang telah diwujudkan pada tahun 1995 merupakan anugerah GSMA paling berprestij untuk mengiktiraf sumbangan peribadi yang cemerlang kepada pertumbuhan serta perkembangan komunikasi mudah alih di serata dunia.

Ketika menyampaikan anugerah tersebut kepada Dr. Jacobs dalam majlis khas yang diadakan pada petang Ahad, Pengerusi GSMA, Jon Fredrik Baksaas mengulas, "Bagi pihak GSMA, saya amat berbesar hati untuk menamakan Dr. Paul Jacobs sebagai penerima Anugerah Pengerusi pada tahun ini. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf segala sumbangan jangka panjang Paul serta Qualcomm dalam menyediakan pelaburan ekosistem inovasi yang mampan serta komitmen terhadap penyatuan standard teknologi untuk aspek saling kendali generasi seterusnya. Komitmen beliau terhadap inovasi dan kepimpinan telah memberi banyak manfaat kepada industri mudah alih serta berbilion-bilion individu di serata dunia yang telah mengalami perubahan gaya hidup menerusi kemudahan mudah alih."

Setelah menerima anugerah tersebut, Dr. Jacobs berkata, "Menerima anugerah yang mengiktiraf inovasi serta perkembangan komunikasi mudah alih seluruh dunia merupakan penghormatan yang besar. Warisan Qualcomm sejak sekian lama adalah untuk bekerjasama dengan para pengendali serta ekosistem untuk mengkomersilkan inovasi dan juga bagi membawakan pengalaman baharu kepada para pengguna di serata dunia. Saya amat berbesar hati kerana dapat terlibat dalam perkembangan mudah alih bagi menjadikannya platform teknologi terbesar yang dapat menyediakan maklumat serta perkhidmatan menerusi jalur lebar mudah alih, bagi menambah baik kehidupan berbilion-bilion individu di seluruh dunia."

Sejak ditubuhkan pada tahun 1985, Qualcomm Incorporated telah menjadi salah satu syarikat permulaan dalam industri telekomunikasi yang paling berjaya, dengan menerajui beberapa inovasi serta perkembangan teknikal paling penting dan menerusi model perniagaannya yang tersendiri, turut membuat pelaburan tinggi dalam penyelidikan dan pembangunan serta meluaskan pelesenan harta intelek yang dimilikinya kepada lebih 250 syarikat di seluruh industri. Di bawah kepimpinan Dr. Jacobs, Qualcomm telah merangkum perkembangan standard jalur lebar mudah alih 3G, lalu menjadi peneraju cara untuk mengakses Internet pada peringkat global dan turut memberi sumbangan yang banyak terhadap perkembangan teknologi serta pengkomersilan LTE yang merupakan standard global yang tunggal untuk 4G. Dengan memberi penekanan terhadap komitmen ini, yang mementingkan inovasi serta pendekatan ekosistem yang menyeluruh, Qualcomm telah melabur dengan jumlah kumulatif yang melebihi $28.6 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan bagi penghasilan teknologi mudah alih lanjutan.

Qualcomm turut dikenali sebagai peneraju dunia daripada segi teknologi mudah alih dan juga pembekal yang menerajui untuk cipset kepada industri wayarles. Syarikat ini memainkan peranan penting sejak sekian lama sebagai peneraju perkembangan pelbagai rangkaian teknologi dan penyelesaian, daripada teknologi 3G dan 4G, pengkomputeran mudah alih, keupayaan multimedia dan peranti serta IP, sehinggalah kepada komunikasi mesin ke mesin, perkhidmatan berasaskan lokasi, sistem operasi, platform aplikasi dan banyak aspek penting lain dalam bidang komunikasi mudah alih. Dr. Jacobs turut dianugerahkan dengan lebih 45 paten bagi ciptaan beliau dalam teknologi dan aplikasi wayarles seperti kemasukan keupayaan GPS dalam telefon bimbit.

Anugerah Pengerusi ini merupakan sebahagian daripada Anugerah Mudah Alih Global tahunan, yang akan disampaikan pada hari Selasa, 25 Februari, jam 2:30 petang. Majlis ini akan diadakan di Auditorium 1, Dewan 4, Fira Gran Via dan terbuka kepada semua peserta Kongres Dunia Mudah Alih daripada syarikat yang telah disenarai pendek, tanpa mengira jenis pas, serta kesemua peserta Kongres Dunia Mudah Alih lain yang memegang pas Platinum, Emas, Perak atau Wartawan/Penganalisis.

Ikuti perkembangan serta kemas kini tentang Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) melalui Twitter @GSMA atau menerusi Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.

Latar Belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer Software Telecommunications Telecommunications Equipment Awards Trade show news