BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Roamware, Inc, hari ini mengumumkan penjenamaan semula syarikatnya kepada Mobileum. Dengan pelancaran logo baharu, Mobileum telah mengambil konsep Just Wisdom® sebagai janji kepada 615 pelanggan pengendali mudah alih miliknya yang mantap, di sekitar 168 negara. Pada tahun lalu, Mobileum (sebagai Roamware) telah memasuki pasaran Analisis Data Besar Telco dan turut mengumumkan teknologi strategik serta perkongsian jualan bersama IBM.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325 )
Mobileum yang dibangunkan daripada legasi jenama Roamware sebagai syarikat penyelesaian perayauan yang menerajui dunia ini bukan sahaja menawarkan pandangan bermaklumat kepada para pelanggan, tetapi juga Just Wisdom® daripada data mereka. Tawaran Just Wisdom® Mobileum ini telah diperakui hasil daripada pengalaman serta penilaian yang diperolehnya menerusi pemprosesan data pengendali mudah alih sehingga mencecah jumlah petabyte secara berterusan selama 13 tahun yang lalu.
Tawaran Analisis Mobileum termasuklah Analisis Pengembara yang membolehkan para pengendali untuk memahami dan turut mengewangkan segmen pengembara dengan lebih baik; Analisis untuk Pengurusan Pengalaman Pelanggan yang menyediakan tinjauan ramalan yang bermaklumat kepada para pengendali bagi memahami pengalaman pelanggan dalam kitaran perhubungan serta melancarkan tindak balas masa sebenar terhadap isu, dan juga Pengewangan Data yang menambahkan aliran pendapatan baharu untuk para pengendali, daripada perkongsian tinjauan segmen sasaran dengan jenama pihak ketiga. Mobileum akan terus berinovasi menerusi portfolio penyelesaian perayauan mudah alih miliknya yang menerajui industri ini sambil perayauan mula memasuki era LTE.
Tawaran Analisis Mobileum ini juga dikuasakan oleh Platform Wisdom® Mobileum, iaitu platform Analisis Data Besar Telco yang dapat memproses data yang statik serta data yang bergerak daripada pelbagai sumber dalam rangkaian pengendali, sistem operasi dan perniagaan serta laman web, media sosial dan juga aplikasi.
"Roamware mempunyai warisan jenama yang mantap dalam sejarah industri mudah alih, sebagai perintis bagi era perayauan dan juga inovator yang menerajui dalam bidang perayauan mudah alih. Sebagai Mobileum, syarikat ini bersedia untuk memasuki era data dan berada dalam kedudukan yang benar-benar sesuai untuk menawarkan nilai yang lebih tinggi daripada aset terbesar mereka yang kurang digunakan iaitu data. Saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada era baharu bagi inovasi analisis data besar bersama Mobileum," jelas Ori Sasson, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum Inc.
Latar Belakang Mobileum
Mobileum menawarkan Wisdom, yang bukan sekadar kepintaran atau pandangan. Penyelesaian Analisis Data Besar Telco kami menjanjikan Just Wisdom® kepada pengendali mudah alih daripada aset terbesar mereka yang kurang digunakan iaitu Data. Penyelesaian Mobileum yang termasuklah Analisis Pengembara, Pengurusan Pengalaman Pelanggan serta Pengewangan Data menganalisis data dalam jumlah petabyte pada setiap hari bagi mewujudkan Wisdom yang menjana pendapatan serta memperhebat pengalaman untuk lebih 615 pengendali di 168 negara. Janji Just Wisdom® Mobileum ini dikuasakan oleh warisan jenama, kepimpinan serta inovasi terbukti Roamware. Mobileum turut menggabungkan penilaian serta pengalaman yang tiada tandingan bagi mendapatkan nilai daripada data pengendali mudah alih dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Dapatkan Just Wisdom® di http://www.mobileum.com
Maklumat Perhubungan Media:
Srinivas B Vijayaraghavan
Pengarah Pemasaran
Tel/E-mel: +919739970225
srinivas.v@mobileum.com
Sumber: Mobileum Inc.