BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Pandangan dapat membantu Airtel Afrika mewujudkan pengalaman pelancongan dan perayauan yang disesuaikan untuk para pelanggan
Bharti Airtel ("Airtel"), penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menerajui dengan operasinya di 20 negara seluruh Asia dan Afrika, bersama Mobileum, Inc. (sebelum ini dikenali sebagai Roamware), syarikat Analisis Data Besar Telco yang menerajui telah mengumumkan permulaan projek Analisis inovatif yang dapat mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap tujuan pelancongan pelanggan, corak perjalanan serta tabiat penggunaan perkhidmatan ketika melancong. Ini dapat membantu Airtel untuk mewujudkan pengalaman pelancongan serta perayauan yang lebih menyeronokkan untuk para pelanggan Airtel.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325 )
Mobileum akan menganalisis data komersil, rangkaian dan pelanggan Airtel Afrika bagi menjana pandangan inovatif tentang populasi pelanggan pelancongan Airtel Afrika seperti jangkaan pelancongan, pengesanan perayau serta pembahagian perayau. Setiap pandangan ini dapat membantu Airtel Afrika untuk menciptakan pengalaman pelancongan dan perayauan khusus buat para pelanggannya. Airtel Afrika beroperasi di 17 negara di sekitar Afrika dengan asas pelanggan yang melebihi 68 juta di seluruh Afrika. Mobileum pula merupakan rakan kongsi strategik Airtel dan telah memasang penyelesaian perayauan ke dalam operasi Airtel di seluruh Afrika serta Asia.
"Airtel membuat pelaburan tinggi dalam usaha memanfaatkan kuasa teknologi bagi menyediakan pengalaman perayauan yang lebih baik untuk para pelanggan kami. Analisis dapat membantu kami untuk menggunakan data yang diperoleh daripada para pelanggan, rangkaian dan juga operasi supaya kami dapat mengetahui sejauh mana kami telah menjalankan perniagaan kami serta bagaimana para pelanggan kami menggunakan perkhidmatan kami. Ini dapat membantu kami berkhidmat untuk para pelanggan perayauan kami dengan lebih baik," kata Andre Beyers, Ketua Pegawai Pemasaran, Airtel Afrika.
"Airtel merupakan pengendali terkenal pada peringkat global dan juga merupakan pengguna awal teknologi inovatif serta model perniagaan. Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan mereka menerusi Analisis Data Besar Telco. Kami telah menyediakan pelbagai penyelesaian perayauan inovatif kepada Airtel dan kami juga merupakan pilihan terbaik bagi membantu Kumpulan ini memanfaatkan kuasa data dalam rangkaiannya berdasarkan portfolio analisis penjana Wisdom kami yang inovatif. Kami amat berharap dapat membuka lembaran baharu hasil daripada kerjasama kami dengan Airtel Afrika menerusi Analisis Data Besar Telco," jelas Ori Sasson, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum Inc.
Latar Belakang Airtel Afrika
Airtel didorong oleh wawasan untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih inovatif kepada semua. Airtel beroperasi di sekitar Afrika iaitu di: Burkina Faso, Chad, Republik Demokratik Kongo dan juga Republik Kongo, Gabon, Ghana, Kenya, Malawi, Madagascar, Niger, Nigeria, Rwanda, Seychelles, Sierra Leone, Tanzania, Uganda serta Zambia.
Latar Belakang Bharti Airtel
Bharti Airtel Limited merupakan syarikat telekomunikasi global yang menerajui dan beroperasi di 20 negara di sekitar Asia dan Afrika. Syarikat yang beribu pejabat di New Delhi, India ini menduduki salah satu daripada empat tempat teratas sebagai penyedia perkhidmatan mudah alih pada peringkat global daripada segi pelanggan yang dimiliki. Di India, tawaran produk syarikat ini termasuklah perkhidmatan wayarles 2G, 3G dan 4G, perdagangan mudah alih, perkhidmatan talian tetap, jalur lebar DSL berkelajuan tinggi, IPTV, DTH, serta perkhidmatan syarikat yang termasuk perkhidmatan jarak jauh dalam negara & antarabangsa untuk para pembawa. Sehingga akhir Disember 2013, Bharti Airtel mempunyai lebih 287 juta pelanggan di seluruh operasinya.
Latar Belakang Mobileum
Mobileum menawarkan Wisdom, yang bukan sekadar kepintaran atau pandangan. Penyelesaian Analisis Data Besar Telco kami menjanjikan Just Wisdom® kepada pengendali mudah alih daripada aset terbesar mereka yang kurang digunakan iaitu Data. Penyelesaian Mobileum yang termasuklah Analisis Pengembara, Pengurusan Pengalaman Pelanggan serta Pengewangan Data menganalisis data dalam jumlah petabyte pada setiap hari bagi mewujudkan Wisdom yang menjana pendapatan serta memperhebat pengalaman untuk lebih 615 pengendali di 168 negara. Janji Just Wisdom® Mobileum ini dikuasakan oleh warisan jenama, kepimpinan serta inovasi terbukti Roamware. Mobileum turut menggabungkan penilaian serta pengalaman yang tiada tandingan bagi mendapatkan nilai daripada data pengendali mudah alih dengan cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini. Dapatkan Just Wisdom® di http://www.mobileum.com
Maklumat Perhubungan Media:
Srinivas B Vijayaraghavan, Pengarah Pemasaran
Tel: +91-9739970225 / srinivas.v@mobileum.com
Sumber: Mobileum Inc.