omniture

Chromalloy memperbaharui perjanjian jangka panjang dengan Solar Turbines bagi menyediakan pembaikan komponen serta sokongan penghasilan baharu untuk turbin dalam industri minyak, gas asli dan penjanaan kuasa

Chromalloy
2014-02-24 23:02 177

PALM BEACH GARDENS, Florida, 24 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, Chromalloy mengumumkan syarikat ini telah memperbaharui perjanjian selama 10 tahun bersama Solar Turbines Incorporated untuk menyediakan perkhidmatan pembaikan komponen serta sokongan penghasilan baharu untuk sistem kuasa yang menerajui milik pengeluar tersebut. Menerusi perjanjian tersebut, Chromalloy akan menjadi pembekal tetap bagi beberapa pembaikan komponen termasuk bilah turbin, muncung dan juga sarung.

"Perjanjian ini membolehkan kerjasama selama 20 tahun antara Chromalloy dan Solar untuk menuju peringkat seterusnya. Kini, kami sedang bekerjasama dengan Solar bagi rangkaian produk yang lebih luas," kata Carlo Luzzatto, Presiden Chromalloy. "Dengan kemampuan teknologi kami, Chromalloy kini akan menyokong penghasilan sistem kuasa Solar, sambil kami menyediakan perkhidmatan pembaikan bertaraf dunia."

Kerja akan dilaksanakan di lokasi Chromalloy serata dunia.

Chromalloy merupakan pembekal yang menerajui daripada segi perkhidmatan, penuangan lilin, penyalutan dan juga pembaikan berteknologi tinggi untuk aerofoil turbin serta komponen enjin penting yang lain. Syarikat ini turut menyediakan perkhidmatan bagi para pengendali dan pengeluar enjin dalam industri aeroangkasa, pertahanan serta tenaga. Kemudahan Chromalloy termasuklah pejabat jualan, ruang tambahan dan operasi di 17 negara serata dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati www.chromalloy.com.

Chromalloy telah berkembang daripada perniagaan pembaikan bahagian turbin gas kepada pembekal OEM untuk bahagian penghasilan serta pembaikan dan perkhidmatan lanjutan bagi turbin gas yang digunakan dalam aplikasi penerbangan dan juga darat. Chromalloy turut menyediakan perkhidmatan untuk segmen penerbangan, ketenteraan, marin dan tenaga dengan kepelbagaian perkhidmatan di beberapa lokasi seluruh dunia. Chromalloy mendapat pengiktirafan daripada FAA, EASA dan banyak NAA lain serta memperoleh pensijilan daripada ISO dan juga NADCAP. Chromalloy juga merupakan syarikat subsidiari milik Sequa Corporation.

Sequa Corporation merupakan syarikat perindustrian yang berkepelbagaian dengan beberapa operasi dalam industri aeroangkasa, tenaga serta salutan logam. Sequa juga merupakan syarikat milik Carlyle Group. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.sequa.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Cathy Gedvilas
+1-718-974-9595
cathy_gedvilas@sequa.com

Source: Chromalloy
Keywords: Aerospace/Defense Alternative Energies Oil/Energy Utilities Contracts