omniture

Fuze daripada Acision merupakan Pelanggan Komunikasi Beraneka Pertama di Dunia dengan Integrasi WebRTC

Acision
2014-02-25 03:05 128

BARCELONA, Sepanyol, Kongres Dunia Mudah Alih, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Aplikasi OTT Acision menyediakan kemudahan penghantaran mesej, perkongsian dan pelbagai lagi bagi mewujudkan pengalaman pengguna yang unggul serta peluang baharu untuk menjana keuntungan

Acision, peneraju global bagi perkhidmatan mudah alih, hari ini mengumumkan pelancaran Fuze, pelanggan komunikasi beraneka semua dalam satu baharu yang mesra telekomunikasi bagi penghantaran mesej, perkongsian maklumat serta pelbagai lagi. Fuze menggabungkan kesemua kebolehan penghantaran mesej terunggul (OTT) pada masa kini seperti perbualan, perkongsian fail, video dan juga VoIP, di samping integrasi WebRTC, saluran kandungan dan See-What-I-See serta pengalaman pengguna (UX) skrin pisah tersendiri bagi perkongsian media dan juga kemudahan seret dan lepas kandungan. Fuze adalah serasi dengan RCS, maka turut memenuhi standard yang ditetapkan oleh GSMA, termasuk sandaran SMS serta MMS, lalu membolehkan para pengguna untuk berinteraksi bersama teman tanpa menggunakan Fuze atau apabila tiada sambungan data jalur lebar.

Sebagai penyelesaian penjenamaan semula, Fuze daripada Acision ini boleh didapati untuk iOS serta Android dan juga boleh disesuaikan serta dijenamakan oleh para pengendali dan syarikat, sama ada bagi pelanggan asas pengendali ataupun pengguna atau pekerja sesuatu jenama. Ciri-ciri dan kandungan aplikasi ini boleh dikonfigurasi secara tersendiri dan mengikut kehendak serantau untuk bahasa dan juga ikonografi. Skrin pisah berbilang dimensi yang tersendiri menyediakan pengalaman yang telah dioptimumkan, lalu membolehkan pengguna untuk mempunyai dua perbualan peribadi secara serentak ataupun paparan kandungan serta perbualan secara serentak dengan perkongsian segera menerusi pilihan seret dan lepas antara skrin – fungsi yang benar-benar membolehkan berbilang penugasan dilakukan. Di samping itu, pengguna boleh mendaftar untuk mendapatkan suapan RSS dan jenama serta saluran kandungan media kegemaran mereka, lalu menyediakan peluang pengewangan menerusi tawaran kandungan yang ditaja mahupun yang premium.

Fuze daripada Acision ini juga dilengkapi dengan Acision Fusion yang menyediakan infrastruktur awan bahagian belakang dan menjadikannya penyelesaian komunikasi hujung ke hujung yang paling menyeluruh yang berada dalam pasaran pada masa kini. Acision Fusion turut menyokong ciri-ciri seperti simpanan dan ke hadapan, sandaran SMS, simpanan mesej dan juga sandaran pemberitahuan. Walau bagaimanapun, salah satu ciri penting penyatuan Fuze dan Fusion ialah integrasi kepada WebRTC yang menyokong komunikasi kontekstual masa sebenar dan juga menyediakan penjimatan kos yang tinggi bagi apa-apa perniagaan yang sentiasa perlu berkomunikasi antara satu sama lain tanpa melibatkan infrastruktur telekomunikasi yang berkos tinggi. Penting juga untuk komuniti pembangun dan syarikat yang Fuze SDK akan turut didapati menerusi platform API Acision Forge, yang akan dilancarkan serentak dengan Fuze. Ini bermakna, penyesuaian dan pembangunan asal bagi aplikasi dapat dipercepat untuk digunakan pada sistem operasi iOS dan juga Android.

Ketika mengulas tentang pelancaran Fuze, Adolfo Hernandez, Ketua Pegawai Eksekutif Acision berkata: "Dengan Fuze, kami menjadikan maksud sebenar bagi komunikasi 'di mana-mana, pada bila-bila masa' suatu kenyataan dengan menawarkan pengalaman pengguna yang paling berkepelbagaian menerusi WebRTC yang disepadukan sepenuhnya. Fuze turut disokong oleh Acision Fusion yang menjadikannya yang pertama seumpamanya di dunia untuk industri ini, memandangkan ia mampu menggabungkan kesemua fungsian pelanggan OTT dalam pasaran pada hari ini, di samping penambahan ciri-ciri penting yang amat dinantikan oleh pengguna akhir, pengendali serta syarikat."

"Pada era baharu bagi pengguna ini, para pengendali telah lama menghadapi masalah daripada segi kurangnya ketangkasan berbanding penyedia OTT lain serta telah lama mencari suatu penyelesaian yang dapat membantu mereka untuk melancarkan perkhidmatan terunggul yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang semakin meningkat serta mampu menyokong mereka untuk menerajui industri komunikasi yang berkepelbagaian. Fuze bukan sahaja menyediakan peluang untuk memanfaatkan jumlah pengguna asas mereka yang banyak, bahkan memberikan mereka penyelesaian pelanggan yang paling canggih serta saluran untuk berkomunikasi bersama para pelanggan dan juga menjana keuntungan tambahan dalam persekitaran industri yang amat mencabar ini," ujar JF Sullivan, Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Produk dan Ketua Pegawai Pemasaran Acision.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang Fuze atau melihat demo secara langsung kami, sila kunjungi Acision di Kongres Dunia Mudah Alih di Dewan 8, tapak pameran 8.1A41 (App planet).

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan menjanakan perkhidmatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling beroperasi menerusi kesemua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna dengan mewujudkan nilai serta peluang komunikasi baharu bagi para pembawa, syarikat serta pengguna di serata dunia.

Bagi maklumat lanjut, sila layari Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services