omniture

Peneraju Pengendali Mudah Alih Memperkenalkan Inisiatif Mobile Connect bagi Menyediakan Pendekatan Konsisten dan Saling Kendali bagi Menguruskan Identiti Digital

GSMA
2014-02-25 10:25 231

- Pemain Ekosistem Mudah Alih Bekerjasama bagi Menyampaikan Perkhidmatan Identiti Mudah Alih Lancar dan Selamat bagi Pengguna

BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan pelancaran inisiatif kolaboratif, yang disokong oleh pengendali mudah alih yang menerajui termasuk Axiata Group Berhad, China Mobile, China Telecom, Etisalat, KDDI, Ooredoo, Orange, Tata Teleservices, Telefonica, Telenor, Telstra serta VimpelCom, bagi membangunkan perkhidmatan baharu inovatif yang akan membenarkan pengguna mengakses dengan selamat pelbagai perkhidmatan digital menggunakan akaun telefon bimbit mereka untuk pengesahan. Perkhidmatan Mobile Connect ini akan mempermudah kehidupan pengguna, dengan menawarkan penyelesaian pengesahan berasaskan nombor telefon bimbit tunggal yang andal dan benar-benar menghormati privasi dalam talian mereka. Selain pengendali mudah alih yang menerajui, pemain utama merentasi ekosistem ini adalah antara penyokong awal inisiatif ini, termasuk Dailymotion, Deezer, Gemalto, Giesecke & Devrient, Morpho, Oberthur dan juga VALID.

"Sambil kita bergerak maju menuju dunia yang semakin terhubung, lebih ramai pengguna berbanding sebelum ini sedang mengakses maklumat dan menggunakan pelbagai perkhidmatan dalam talian merentasi rangkaian mudah alih serta talian tetap," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Kehidupan digital ini membawakan manfaat besar kepada pengguna, tetapi turut memperkenalkan kerisauan baharu tentang keselamatan identiti dalam talian. Pengendali mudah alih berada dalam kedudukan yang ideal bagi menyediakan kemampuan pengesahan yang perlu bagi membolehkan pengguna, perniagaan dan kerajaan berinteraksi serta mengakses perkhidmatan dalam persekitaran peribadi, dipercayai dan selamat. Inisiatif Mobile Connect yang kami perkenalkan hari ini bakal memenuhi keperluan yang sangat penting ini."

Bagi pengguna, penyelesaian identiti digital seperti Mobile Connect menawarkan perlindungan privasi, mengurangkan risiko kecurian identiti dan turut meringkaskan pengalaman log masuk untuk pelbagai perkhidmatan, seperti peruncitan, penjagaan kesihatan, kerajaan dan perbankan, antara lainnya. Mobile Connect akan menyediakan pengalaman lancar untuk para pengguna; mereka tidak perlu lagi mencipta dan turut menguruskan nama dan kata laluan pengguna yang banyak kerana penyelesaian pengesahan dan pengenalpastian yang sedang dibangunkan ini akan menggunakan nombor telefon bimbit pelanggan atau nama pengguna mudah alih serta maklumat yang terkandung dalam kad SIM yang selamat. Perkhidmatan Mobile Connect berasaskan standard ini akan menggunakan protokol OpenID Connect, menawarkan kebolehan saling kendali yang luas merentasi pengendali mudah alih dan juga penyedia perkhidmatan, yang memastikan lagi pengalaman yang lancar bagi para pengguna.

Sokongan Industri untuk Mobile Connect
Pengendali dan syarikat mudah alih yang menerajui serata ekosistem mudah alih menyuarakan sokongan mereka untuk penyelesaian Mobile Connect:

Jamaludin Ibrahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Berhad, berkata: "Axiata berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif Mobile Connect yang diselaraskan oleh GSMA dan tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan pengendali lain, penyedia perkhidmatan, vendor SIM dan bahagian lain ekosistem identiti mudah alih bagi melancarkan perkhidmatan yang menawarkan manfaat sebenar untuk pengguna daripada segi kemudahan dan keselamatan, sambil menghormati privasi mereka. Kami mengalu-alukan penyedia perkhidmatan bekerjasama rapat dengan kami bagi memastikan penyelesaian ini memenuhi keperluan mereka. Kami sudah pun melancarkan perkhidmatan identiti mudah alih di Sri Lanka melalui Dialog, dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan pengendali kami yang lain agar Mobile Connect boleh tersedia kepada semua pengguna di semua negara tempat kami beroperasi."

"Etisalat telah membuktikan yang teknologi mudah alih boleh menjadi selamat dan mengubah hidup dalam jejak kesannya. Dalam pasaran tempatan kami di UAE, Etisalat menyokong wawasan dan pelan kerajaan untuk memindahkan perkhidmatan kerajaan ke dunia elektronik. Tidak lama lagi telefon bimbit warga UAE juga boleh digunakan sebagai Kad Pengenalan Negara, dan pengguna boleh melog masuk dan mengakses lebih 100 perkhidmatan kerajaan dengan menggunakan peranti mudah alih mereka. Dalam cara yang sama, kami juga sedang berusaha dalam perniagaan menegak lain termasuk mCommerce serta mHealth bagi menyediakan perkhidmatan berasaskan Data Peribadi bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin bertambah di serata negara tempat kami beroperasi," kata Ahmad Abdulkarim Julfar, Ketua Pengarah Eksekutif Etisalat Group.

Tadashi Onodera, Pengerusi, KDDI, berkata: "Di Jepun, kami sudah pun melancarkan perkhidmatan identiti mudah alih, au ID, yang tersedia untuk semua pelanggan kami. Inilah pemboleh penting bagi perkhidmatan tambah nilai dan kandungan kami yang sangat berjaya. Kini kami menyokong inisiatif Mobile Connect oleh GSMA dengan aktif bersama pengendali lain, berkongsi pengalaman kami dan turut mencari jalan bagi memberikan tawaran konsisten merentasi pengendali."

Dr. Nasser Marafih, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ooredoo, berkata: "Data peribadi ialah isu yang penting untuk pelanggan kami di Timur Tengah, Afrika Utara dan Asia Tenggara, lalu membuatkan inisiatif ini peluang strategik yang penting bagi kami. Kami komited untuk bekerjasama dengan GSMA bagi pelbagai usul yang berkaitan dengan Mobile Connect, kerana kami percaya yang perkhidmatan digital boleh memperkaya kehidupan orang ramai. Set perkhidmatan Mobile Connect yang pertama akan dilancarkan oleh syarikat Ooredoo, Indosat di Indonesia seawal tahun 2015 kelak."

Stephane Richard, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Orange, memberi komen: "Mobile Connect ialah penyelesaian yang mudah, selamat dan sejagat untuk pelanggan menghubungkan diri dengan semua perkhidmatan digital. Bagi Orange, inilah peluang untuk mempamerkan kemampuannya untuk menginovasi melalui perkhidmatan ringkas sambil menambah baik perlindungan data peribadi."

Axel Dauchez, Ketua Pegawai Eksekutif Deezer, berkata: "Inovasi baharu daripada GSMA ini bakal menyediakan pengalaman yang jauh lebih mudah untuk pengguna Deezer, bermakna orang ramai boleh memberi tumpuan terhadap apa yang penting buat mereka – menerokai muzik baharu yang menghiburkan. Dengan kira-kira 65 peratus daripada semua muzik yang didengari di Deezer adalah melalui telefon bimbit, Mobile Connect akan membantu untuk menyediakan pengalaman mudah alih yang lancar bagi peminat muzik serta meningkatkan kesenangan penggunaan dalam peranti lain."

Olivier Piou, Ketua Pegawai Eksekutif Gemalto, berkata: "Penyelesaian Mobile Connect berasaskan SIM berfungsi melalui apa-apa telefon bimbit manakala penggunaannya boleh diaturkan pada bila-bila masa asalkan mempunyai isyarat, lalu membolehkan ia mencapai kebanyakan kad SIM yang sedia ada. Ia menyediakan pengalaman pengguna yang konsisten dan akses satu klik merentasi pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, walau apa pun tahap keselamatan yang diperlukan. Bagi merangsang penggunaan Mobile Connect, Gemalto akan membenamkan applet Mobile Connect dalam kod ROM semua kad SIM baharu tanpa mengenakan sebarang bayaran kepada para pengendali, sebaik sahaja penyelesaian GSMA ini tersedia. Memandangkan Mobile Connect mematuhi standard industri, penyepaduan oleh penyedia perkhidmatan sangat mudah untuk dilakukan."

Dr. Walter Schlebusch, Ketua Pegawai Eksekutif Giesecke & Devrient, berkata: "G&D telah membina pengalaman yang sangat luas sejak bertahun-tahun lalu dalam penyepaduan penyelesaian ID mudah alih berasaskan SIM. Kami telah menguruskan banyak projek yang berjaya dengan beberapa pengendali rangkaian seluruh dunia. Kad SIM adalah salah satu kaedah yang paling selamat dan juga semula jadi bagi menyimpan identiti dalam mudah alih. Kami dengan sukacitanya menyokong inisiatif ini dengan pengalaman yang kami peroleh dan bagi mencapai penyelesaian yang diselaraskan bagi seluruh industri."

Philippe d'Andrea, Naib Presiden Eksekutif, Divisyen Penyelesaian Perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Morpho Cards GmbH, berkata: "Sebagai salah satu pemain penting dalam keselamatan digital, Morpho berbangga dapat menyumbang kepada inisiatif yang menyokong pengaturan penggunaan perkhidmatan identiti mudah alih. Ia akan membolehkan pelanggan kami, pengendali rangkaian mudah alih serta penyedia perkhidmatan untuk menguruskan semua jenis perkhidmatan dalam talian dan turut menawarkan perkhidmatan tersebut kepada jutaan pengguna. Kami percaya keyakinan dalam keselamatan perkhidmatan akan dibina berdasarkan pendaftaran yang mantap, unsur selamat yang kuat dan pengesahan yang kukuh. Aplikasi Mobile Connect akan dimasukkan sekali dalam tawaran SIM standard kami sebaik sahaja penyelesaian itu tersedia."

"Inisiatif Connect GSMA ialah langkah yang besar bagi memperhebat pengalaman pengguna dalam awan, melindungi privasi serta data pengguna. OT menyumbang kepada Mobile Connect dan turut membawakan pilihan tambahan dengan pelaksanaan pengesahan FIDO dalam SIM. Penyelesaian ini menyediakan peringkat keselamatan yang tinggi dan pengalaman pengguna beraneka bagi pengguna mudah alih kerana ia boleh digabungkan dengan biometrik mudah alih," kata Didier Lamouche, Ketua Pegawai Eksekutif Oberthur Technologies. "Pengguna dan penyedia perkhidmatan mahukan lebih keselamatan dan juga kemudahan bagi memperhebat pengalaman digital mereka dalam mobiliti. Inisiatif Mobile Connect GSMA akan membolehkan para pengendali Mudah Alih untuk mengaturkan penggunaan perkhidmatan identiti berasaskan SIM yang saling kendali untuk penggunaan meluas."

Projek Pengenalan Mobile Connect di Barcelona
Projek pengenalan menjalankan inisiatif Mobile Word Capital di Mobile World Capital Barcelona dan melibatkan GSMA, Orange, Morpho serta perkhidmatan penjagaan kesihatan Catalonia juga telah bersetuju untuk menguji mekanisme pengesahan dalam persekitaran langsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Fundacio TICSalut, Dr. Francesc Garcia Cuyas, berkata: "Saya dengan sukacitanya mengumumkan yang perkhidmatan Rekod Kesihatan Peribadi Catalan, yang mempunyai pengguna asas berpotensi seramai lima juta rakyat, akan mendapat manfaat daripada penyelesaian Mobile Connect, dengan membolehkan mereka mengakses data perubatan mereka dan turut berinteraksi dengan golongan profesional penjagaan kesihatan. Saya percaya Mobile Connect ialah salah satu daripada unsur penting yang bakal menerajui masa hadapan dalam mHealth. Ini akan menguatkan lagi bagaimana rakyat memainkan peranan yang aktif dalam menguruskan kesihatan mereka. Orange, sebagai pemain penting dalam mHealth, akan memudahkan akses kepada rekod perubatan lalu mencipta persekitaran yang mencukupi untuk perkhidmatan dan aplikasi baharu disediakan kepada rakyat."

Pengarah Pusat Kecekapan mHealth di Mobile World Capital, Dr. Joan Cornet pula berkata: "Akses selamat kepada rekod kesihatan persendirian ialah keutamaan kami. Kami gembira Orange dan Morpho sedang menerajui usaha ini bagi menyediakan penyelesaian yang mudah dan saling kendali."

Pelancaran Pengendali Mobile Connect
Sejajar dengan komitmennya bagi menyediakan tahap keselamatan setinggi yang boleh untuk pelanggan, Orange ingin menyediakan penyelesaian berasaskan Mobile Connect di seluruh jejak kesannya di Eropah dan juga Afrika serta Timur Tengah menjelang tahun 2015. Ooredoo juga menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan yang serupa di Asia Tenggara kira-kira pada masa yang sama. GSMA menjangkakan mereka akan menyaksikan pelancaran pengendali tambahan untuk Mobile Connect pada tahun 2015.

"Kami menyeru pengendali mudah alih, pengeluar kad SIM, penyedia perkhidmatan dan juga peserta industri mudah alih penting yang lain agar bekerjasama dengan GSMA bagi memacu skala untuk inisiatif yang menguja ini," kata Ketua Pengarah GSMA Anne Bouverot.

Bagi maklumat lanjut tentang Mobile Connect, sila lawati www.gsmamobileconnect.com.

Latar belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce High Tech Security Mobile Entertainment Trade show news