omniture

Peti Sejuk dan Mesin Basuh Pintar Hisense Terima Pensijilan ETSI EN 303 645 oleh TÜV Rheinland

Hisense
2023-03-02 04:17 63

Mereka menjadi yang pertama di dunia menerima ETSI EN 303 645 dikeluarkan oleh TÜV Rheinland dalam kategori mereka.

QINGDAO, China, 2 Mac 2023 PRNewswire/ -- TÜV Rheinland Rantau Besar China menganugerahkan pensijilan Piawaian Keselamatan Siber dan Perlindungan Privasi Peranti IoT Pengguna ETSI EN 303 645 kepada rangkaian peti sejuk pintar dan mesin basuh pintar Hisense. Hisense menjadi jenama peti sejuk dan mesin basuh pertama di dunia menerima pensijilan ETSI EN 303 645 yang dikeluarkan oleh TÜV Rheinland untuk kategori ini.

Foto berkumpulan TÜV Rheinland dan Hisense
Foto berkumpulan TÜV Rheinland dan Hisense

Dr. Chen Weikang, Naib Presiden Perkhidmatan Perindustrian & Keselamatan Siber Aliran Perniagaan di TÜV Rheinland Rantau Besar China dan Jurutera Kanan berkata: "TÜV Rheinland dan Hisense telah bekerjasama dalam bidang keselamatan siber dan perlindungan privasi sejak tahun 2017. Pemberian sijil pada hari ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam kerjasama kami. Bukan sahaja menyaksikan lanjutan kerjasama kami daripada televisyen pintar kepada perkakas rumah pintar, tetapi turut mengetengahkan penekanan yang diberikan oleh Hisense terhadap perlindungan privasi pengguna dan usaha yang tidak putus-putus dalam keselamatan siber."

TÜV Rheinland menganugerahkan pensijilan ETSI EN 303 645 kepada Hisense
TÜV Rheinland menganugerahkan pensijilan ETSI EN 303 645 kepada Hisense

Melalui pensijilan ini, TÜV Rheinland menilai dan menguji produk peti sejuk dan mesin basuh pintar Hisense mengikut kes-kes ujian yang ditakrifkan dalam ETSI TS 103 701, yang menyediakan metodologi penilaian pematuhan untuk peranti IoT pengguna dalam skop ETSI EN 303 645.

Hisense dan TÜV Rheinland akan terus bekerjasama dalam bidang keselamatan siber bagi membantu Hisense mengejar standard kualiti yang lebih tinggi dan meningkatkan daya saingnya dalam pasaran global.

Latar Belakang Hisense

Hisense beribu pejabat di Qingdao, China. Sejak 54 tahun yang lalu, Hisense sentiasa berpegang kepada nilai-nilai teras iaitu "Integriti, Inovasi, Tumpuan Pelanggan dan Kelestarian" serta strategi pembangunan "Asas Teknologi yang Bagus dan Operasi yang Mantap". Perniagaan ini meliputi bidang-bidang termasuk industri multimedia, perkakas rumah, maklumat pintar IT dan perkhidmatan moden. Dengan pembangunan yang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, perniagaan Hisense diperluaskan ke lebih daripada 160 negara dan wilayah. TV Pintar, yang merupakan teras perniagaan B2C Hisense, sentiasa berada di barisan hadapan dalam industri global. Selain B2C, Hisense turut berada di kedudukan utama global dalam industri-industri B2B termasuk Pengangkutan Pintar, Perubatan Jitu dan Komunikasi Optik.  

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components High Tech Security Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements