TOKYO, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Corvil, penyedia bagi Pemantauan Prestasi Operasi untuk syarikat serta institusi kewangan yang menerajui di dunia, telah mengumumkan Bursa Saham Tokyo ("TSE") akan mula menawarkan pengurusan prestasi kependaman CorvilClear sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna rangkaian arrownet yang dimilikinya. Menerusi perkhidmatan baharu ini, pihak perdagangan di arrownet akan beroleh pandangan yang lebih mendalam terhadap kualiti perdagangan serta komunikasi data pasaran antara TSE dan juga sistem mereka sendiri.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120605/537402 )
CorvilClear merupakan penyelesaian yang dapat memberi penjelasan tentang prestasi pemprosesan pesanan kepada pelaksanaan serta kependaman bagi perdagangan elektronik dan juga data pasaran menerusi pihak yang saling berhubung dalam rangkaian perdagangan. Dengan menjadikan CorvilClear sebagai terasnya, perkhidmatan pengurusan prestasi kependaman baharu ini akan disediakan oleh TSE menerusi menu dalam arrownet. Perkhidmatan ini juga dapat mempertingkat kecekapan operasi rangkaian serta meningkatkan ketelusan pasaran perdagangan TSE untuk para pengguna.
Sejak tahun 2012, TSE telah pun memanfaatkan Corvil untuk pengurusan prestasi kependaman bagi sistem dagangan arrowhead dan Tdex+, di samping arrownet yang menghubungkan kesemua sistem ini kepada pihak yang terlibat dalam pasaran. Menerusi Corvil, bursa ini telah memperoleh manfaat daripada pengurusan prestasi yang dipertingkat bagi pemprosesan pesanan serta pengedaran data pasaran.
"Dengan membekalkan pengukuran kependaman serta perkhidmatan pengurusan prestasi yang memanfaatkan peneraju industri CorvilClear, kami mampu untuk menambahkan nilai kepada infrastruktur rangkaian kami dan seterusnya dapat memperhebat sifat mesra pengguna dalam pasaran serta mampu memenuhi keperluan pengurusan kependaman dalam kalangan peserta pasaran kami. Kami akan terus berusaha untuk menghasilkan infrastruktur pasaran yang sangat andal dan cekap bagi mencapai matlamat kami untuk menjadi bursa yang paling diberi keutamaan di Asia," kata Yoshinori Suzuki, Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Maklumat TSE.
"Kami amat berbesar hati dapat menyediakan CorvilClear kepada Bursa Saham Tokyo. Kami akan mempergiat usaha kami bagi memperluas infrastruktur IT berterusan yang dimiliki Bursa Saham Tokyo dan turut memperhebat pengaruhnya di Asia," kata Donal Byrne pula, Ketua Pegawai Eksekutif Corvil Ltd.
Latar Belakang Corvil
Corvil merupakan penyedia pemantauan prestasi operasi masa sebenar. Platform Corvil mengubah penstriman data kepada kejelasan operasi, pandangan serta maklumat. Produk ini turut menyediakan lensa yang membolehkan kakitangan IT untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kesemua aktiviti, kegiatan serta analisis yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan serta aplikasi perniagaan yang amat penting daripada segi prestasi. Platform masa sebenar Corvil juga digunakan untuk memantau dan turut menganalisis berbilion-bilion urus niaga pada setiap hari di institusi kewangan yang menerajui di dunia dan amat dipercayai bagi menyediakan maklumat serta kejelasan operasi masa sebenar yang dapat memacu tindakan memandangkan beratus-ratus juta dolar menjadi pertaruhan pada setiap saat. Penyelesaian Corvil ini juga terbukti mampu mengendalikan permintaan persekitaran IT intensif data yang berprestasi tinggi dan mempunyai kependaman rendah.
Sumber: Corvil