SAN JOSE, California, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- FICO (NYSE: FICO), syarikat perisian pengurusan keputusan dan analisis ramalan yang menerajui, hari ini mengumumkan yang syarikat penerbangan yang menerajui dari seluruh dunia sedang menggunakan FICO® Xpress Optimization Suite, perisian pengoptimuman matematik unggul untuk tujuan pemodelan dan penyelesaian masalah yang sangat kompleks. Syarikat penerbangan ini menggunakan FICO Xpress bagi menambah baik pengendalian dan turut menyediakan pengangkutan yang selamat dan andal kepada jutaan penumpang.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20111010/CG83314LOGO)
"Industri penerbangan hari ini adalah sangat sengit, harga bahan api begitu tinggi manakala syarikat penerbangan beroperasi di atas margin yang sangat nipis," kata Daniel McConaghy, presiden FICO Asia Pasifik. "Cabaran ini memerlukan syarikat penerbangan untuk membina kecekapan ke dalam setiap bahagian pengendalian mereka, dan mereka semakin kerap beralih kepada analisis bagi melakukan perkara ini. Syarikat penerbangan menggunakan FICO Xpress Optimization Suite bagi membantu untuk membuat keputusan kritikal dalam perancangan dan juga penjadualan kapal terbang, penyelenggaraan, kerja pembaikan dan pembaikpulihan, perancangan kapasiti, perancangan penerbangan, pengagihan krew, pengoptimuman harga serta kawalan pengendalian."
"Kadang-kadang apa yang membezakan sama ada penerbangan itu memberi keuntungan atau kerugian adalah hanya satu atau dua tempat duduk yang tidak terjual," kata Cik Guitao Yu, timbalan pengarah Pusat Maklumat di China Southern Airlines. "Sebagai syarikat penerbangan terbesar di China, adalah penting bagi kami untuk terus mencari jalan bagi mengoptimumkan perniagaan dan menggunakan analisis bagi menyelesaikan masalah rumit."
FICO juga bekerjasama dengan penyedia penyelesaian pengangkutan yang menerajui dan menggunakan FICO Xpress Optimization Suite sebagai sebahagian daripada teras tawaran mereka seperti Constraint Technologies International yang beribu pejabat di Melbourne, Australia.
"Bagi pelanggan syarikat penerbangan kami, contohnya seperti Malaysian Airlines, adalah penting bagi mereka untuk menjana penyelesaian berpasangan, pengagihan tugas dan pengurusan gangguan yang optimum, prestasi penyelesai dan juga sokongan kelas pertama," kata Julian Warner, naib presiden, Airline Systems, Constraint Technologies. "Kemampuan FICO untuk membantu kami memberikan pengurangan waktu jalan yang banyak membenarkan pelanggan kami menjana lebih banyak penyelesaian dalam kerangka masa yang sama, lalu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Gabungkan ini dengan sokongan mereka yang cemerlang, ternyata FICO ialah penyedia yang sempurna dalam kerja kami di seluruh rantau ini."
FICO telah menyediakan perkhidmatan pengoptimuman kepada syarikat penerbangan merentasi Asia, negara benua Amerika dan Eropah sejak tahun 2008.
FICO® Xpress Optimization Suite ialah perisian pengoptimuman pertama dengan pengoptimuman berskala ultra besar 64 bit bagi menyelesaikan masalah yang sangat besar, dan juga versi 7.5 yang menjadikannya lebih mudah lagi untuk menggunakan perkhidmatan pengoptimuman berasaskan awan yang telah diagihkan untuk mengunyah nombor. FICO Xpress juga merupakan enjin pengoptimuman di dalam penyelesaian FICO seperti FICO® Decision Optimizer dan FICO® Analytic Offer Manager.
Latar belakang FICO
FICO (NYSE: FICO) ialah syarikat perisian analisis yang menerajui dan membantu perniagaan di lebih 80 negara untuk membuat keputusan yang lebih baik yang memacu kadar pertumbuhan, keberuntungan serta kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Penggunaan Data Besar dan algoritma matematik oleh syarikat itu yang memecah kebiasaan bagi meramal kelakuan pengguna telah mengubah beberapa industri secara keseluruhannya. FICO menyediakan perisian dan alatan analisis yang digunakan merentasi pelbagai industri bagi menguruskan risiko, memerangi pemalsuan, membina perhubungan pelanggan yang lebih menguntungkan, mengoptimumkan pengendalian dan turut memenuhi peraturan kerajaan yang ketat. Banyak produk kami telah digunakan secara meluas dalam industri – seperti FICO® Score, ukuran standard bagi risiko kredit pengguna di Amerika Syarikat. Penyelesaian FICO memanfaatkan standard sumber terbuka dan juga pengkomputeran awan bagi memaksimumkan kelenturan, pengaturan kepantasan dan mengurangkan kos. Syarikat itu turut membantu jutaan orang menguruskan kesihatan kredit peribadi mereka. FICO: Make every decision count™. Ketahui lebih lanjut di www.fico.com.
FICO dan "Make every decision count" ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar untuk Fair Isaac Corporation di Amerika Syarikat dan di dalam negara lain.