- Prosedur Bukan Pembedahan Menawarkan Pemulihan Simptom yang Signifikan dan Penyingkiran atau Pengurangan Ubat-ubatan untuk Pesakit, serta Kemerosotan Metaplasia Barrett
NORWALK, Connecticut, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Kajian klinikal yang baru diterbitkan yang telah disemak rakan setara telah menilai 217 pesakit sebelum menjalani rawatan dan menjejaki keadaan mereka selama sepuluh tahun selepas menerima Terapi Stretta bagi merawat penyakit refluks gastroesofagus (GERD). Kajian itu, yang bertajuk "Long-term maintenance effect of radiofrequency energy delivery for refractory GERD: a decade later" (Kesan pengekalan jangka panjang oleh pemberian tenaga radiofrekuensi untuk GERD refraktori: satu dekad kemudian), telah diterbitkan dalam jurnal Surgical Endoscopy edisi Februari dalam talian dan turut menggariskan hasil rawatan jangka panjang bagi pesakit GERD refraktori yang menerima Terapi Stretta. Dalam kajian ini, para penulis mengakui wujudnya keperluan untuk pilihan rawatan yang tidak dipenuhi dalam 40 peratus pesakit GERD yang tidak memberi tindak balas yang mencukupi terhadap ubat-ubatan, dan menilai pilihan Stretta bagi populasi pesakit yang kurang diberi perhatian ini. Kajian ini berjaya mencapai semua matlamat utama dan sekunder, dengan peningkatan yang signifikan daripada segi, markah kualiti kehidupan berkaitan kesihatan (HRQL) GERD, kepuasan pesakit, serta penggunaan PPI dengan hasil keputusan mampu tahan sehingga 10 tahun bagi kebanyakan pesakit. Tambahan lagi, kajian itu mendapati wujudnya kemerosotan dalam metaplasia Barrett, dan tiada kesan buruk akibat rawatan itu, lalu mengesahkan keselamatan jangka panjang prosedur ini.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130211/NY56794 )
Kesan pengekalan jangka panjang oleh Stretta yang dilihat dalam kajian ini termasuklah:
"Kajian susulan setelah 10 tahun ini mengesahkan penemuan keselamatan, keberkesanan serta ketahanan Stretta yang telah ditunjukkan dalam banyak lagi kajian lain yang diterbitkan sejak tahun 2001," kata penulis utama kajian ini, Mark Noar, MD, Sarjana Kesihatan Awam Endoscopic Microsurgery Associates PA, Pusat Kajian Pedih Ulu Hati & Refluks. Beliau menyatakan yang setakat hari ini, ada 33 kajian klinikal Stretta dengan subjek manusia yang telah disemak rakan setara yang telah diterbitkan, oleh 28 penyelidik kajian berbeza, melaporkan tentang 2,400 pesakit yang termasuklah empat ujian rawak terkawal dan juga tiga lagi kajian jangka panjang selama empat tahun. "Hasil kajian ini, yang dihasilkan dalam pelbagai kemudahan akademik dan masyarakat di seluruh dunia, menunjukkan ketekalan yang mengagumkan dalam pengurangan simptom dan pengurangan dalam pendedahan terhadap asid selepas Stretta," kata beliau.
Penilaian data klinikal yang sangat banyak ini telah melayakkan Stretta untuk mendapat saranan gred tertinggi dalam garis panduan Clinical Spotlight Review daripada Persatuan Pakar Bedah Gastrousus dan Endoskopik Amerika (SAGES) pada tahun 2013.
Kajian Stretta juga telah menunjukkan mekanisme tindakan di sebalik pemberian tenaga RF (radiofrekuensi) sebagai pengurangan dalam pengenduran sementara otot sfinkter esofagus bawah (LES), pematuhan tisu lebih rendah tanpa fibrosis, dan juga penebalan otot sfinkter, lalu memperbaiki fungsi penghalang dan mengurangkan simptom.
"Apa yang menjadikan kajian 10 tahun ini begitu signifikan adalah ia menunjukkan yang Stretta memenuhi keperluan untuk kawalan selamat dan jangka panjang untuk punca refluks yang tersembunyi – tanpa pembedahan," nyata Dr. Noar. "Apabila melihat kepada data ini dalam konteks rawatan lain untuk GERD, kepuasan pesakit dengan Stretta adalah lebih tinggi berbanding sama ada penggunaan PPI jangka panjang atau pembedahan antirefluks. Jika melihat kepada kerisauan tentang penggunaan jangka panjang PPI, ketahanan jangka panjang Stretta seperti yang dilihat dalam kajian ini mencadangkan yang terapi ini merupakan cara bagi memulihkan refluks, mengurangkan pengambilan ubat-ubatan, dan turut memperbaiki kualiti kehidupan untuk semua pesakit ini."
Subset Esofagus Barrett
Dalam kajian ini, pesakit dengan segmen pendek esofagus Barrett telah disertakan dan bagi pesakit yang turut sama dalam kajian susulan selepas 10 tahun itu, 28 daripada 33 pesakit itu tidak mempunyai displasia dan/atau metaplasia lanjutan, manakala lima pesakit lagi tidak mengalami keparahan penyakit. "Inilah kajian yang pertama seumpamanya yang menjejaki pesakit seperti ini selama 10 tahun. Data ini dengan jelas mencadangkan yang Stretta boleh memberi kesan perlindungan kepada tisu Barrett lalu membenarkan proses penyembuhan berlaku," kata Dr. Noar. "Tambahan lagi, memandangkan tiada kejadian kanser esofagus telah direkodkan selepas 10 tahun dalam semua pesakit Barrett ini, ia menimbulkan persoalan sama ada pengurangan kejadian refluks itu yang disebabkan oleh Stretta boleh membantu mengehadkan perkembangan penyakit yang boleh bertambah parah ini bagi pesakit yang menghidap refluks."
Bagi kajian dalam talian yang telah diterbitkan sila ke: http://link.springer.com/article/10.1007%2Fs00464-014-3461-6
LATAR BELAKANG STRETTA®
Stretta ialah rawatan dengan kadar invasif minimum untuk GERD yang terbukti sebagai alternatif yang selamat dan berkesan untuk terapi ubat jangka panjang atau pembedahan antirefluks. Stretta melibatkan pemberian radiofrekuensi kepada otot sfinkter esofagus bawah dan otot kardia gastrik, yang menawarkan pilihan terapeutik tahan lama yang tidak menghalang langkah lanjut dilakukan dengan prosedur yang lebih invasif sekiranya diperlukan. Stretta diliputi banyak pelan insurans.
LATAR BELAKANG MEDERI®
Mederi Therapeutics menghasilkan Stretta dan Secca – peranti perubatan inovatif yang memberikan tenaga radiofrekuensi bagi merawat penyakit sistem penghadaman. Terapi Mederi boleh dilakukan sebagai pesakit luar, mempunyai kadar invasif yang minimum dan juga boleh didapati seluruh dunia.
Bagi maklumat lanjut lawati www.stretta-therapy.com.
Hubungi:
Julia Brannan
+1-908-464-2470
julia@pascalecommunications.com