-- Skala Perkhidmatan Wang Mudah Alih Terus Meningkat sambil 13 Perkhidmatan Kini Mempunyai Lebih 1 Juta Akaun Aktif Masing-masing
BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Program Wang Mudah Alih bagi yang Tiada Akaun Bank (MMU) GSMA hari ini mengeluarkan Laporan Keadaan Industri Perkhidmatan Kewangan Mudah Alih tahunannya yang ketiga, lalu menyediakan penilaian kuantitatif tentang keadaan perkhidmatan kewangan mudah alih, termasuk wang mudah alih, insurans mudah alih, kredit mudah alih serta penjimatan. Laporan itu menggunakan hasil keputusan Kaji Selidik Penggunaan Global MMU tahunan, serta data daripada Penjejak Pengaturan Penggunaan MMU dalam talian dan juga maklumat kualitatif tentang prestasi perkhidmatan kewangan mudah alih daripada penglibatan Program MMU dengan industri ini sepanjang tahun lepas.
"Laporan tahunan ini menekankan impak besar wang mudah alih terhadap pasaran baharu, dengan menyediakan akses kepada semakin banyak produk dan juga perkhidmatan dan turut membantu jutaan individu menguruskan kehidupan seharian mereka serta menambah baik mata pencarian mereka," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "Setiap tahun penilaian kami menunjukkan maklumat yang lebih berharga tentang pelbagai penggunaan wang mudah alih dan tentang cara pengendali sedang bekerjasama dalam membangunkan perkhidmatan wang mudah alih bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat."
Perkhidmatan yang Semakin Bertumbuh dan Berkembang
Laporan itu menunjukkan bilangan pengguna wang mudah alih aktif terus meningkat dengan pesat berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas, dengan lebih 61 juta akaun aktif setakat Jun 2013, berbanding 37 juta pada Jun 2012. Tambahan lagi, bilangan akaun wang mudah alih berdaftar meningkat hampir tiga kali bilangan sebelumnya daripada 71 juta pada bulan Jun 2011 menjadi 203 juta pada bulan Jun 2013. Perkhidmatan telah diluaskan merentasi lebih banyak rantau, dengan 219 perkhidmatan di 84 negara pada penghujung tahun 2013, berbanding 179 perkhidmatan di 75 negara pada penghujung tahun 2012.
Pembaharuan kawal selia positif yang membolehkan perkhidmatan wang mudah alih menyumbang kepada pertumbuhan industri daripada segi bilangan pengaturan penggunaan. Kebanyakan perkhidmatan masih berada di sub-Sahara Afrika, dengan 52 peratus daripada semua pengaturan penggunaan wang mudah alih langsung terletak di rantau itu. Namun begitu, wang mudah alih juga sedang berkembang ke luar rantau itu, dengan 19 pelancaran wang mudah alih telah dirancang di Amerika Latin sebagai contohnya.
Perkhidmatan Wang Mudah Alih Memperluas Rangkuman Kewangan
Laporan Keadaan Industri Perkhidmatan Kewangan Mudah Alih 2013 MMU telah menggariskan yang semakin ramai penyedia sedang mengatasi cabaran pengendalian bagi mewujudkan rangkaian pengedaran yang mantap dan jumlah pelanggan asas aktif yang besar. Pada hari ini, setiap satu daripada 13 perkhidmatan mempunyai lebih 1 juta akaun wang mudah alih aktif manakala perkhidmatan yang telah mencipta asas yang mantap sedang bergerak maju ke hadapan dengan produk baharu seperti pembayaran pukal dan juga pembayaran pedagang.
Bilangan pengguna wang mudah alih dan pusat akses yang telah meningkat menunjukkan peranan penting yang dimainkan perkhidmatan kewangan mudah alih dalam memacu rangkuman kewangan di negara membangun. Pada penghujung tahun 2013, sembilan pasaran, Cameroon, Republik Demokratik Congo, Gabon, Kenya, Madagascar, Tanzania, Uganda, Zambia serta Zimbabwe, sudah pun mempunyai lebih akaun wang mudah alih berbanding akaun bank, dibandingkan dengan hanya empat pasaran pada tahun lepas. Dalam pasaran ini, industri wang mudah alih telah menjadikan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh lebih ramai orang berbanding industri perbankan tradisional. Pembangunan perkhidmatan kewangan mudah alih lain, termasuk 123 insurans mudah alih, kredit mudah alih dan juga perkhidmatan simpanan, dengan 27 daripadanya telah dilancarkan pada tahun 2013, akan membenarkan penyedia perkhidmatan untuk mendalamkan lagi rangkuman kewangan dengan menawarkan perkhidmatan kewangan yang bukan sekadar pemindahan wang dan pembayaran.
Pembangunan Ekosistem
Memandangkan wang mudah alih kian menjadi produk aliran utama untuk semakin ramai pengendali, persaingan juga semakin meningkat. Pada penghujung tahun 2013, 52 pasaran mempunyai dua atau lebih perkhidmatan wang mudah alih berbanding 40 pada tahun 2012. Pada bulan Jun 2013, urus niaga yang melibatkan syarikat luaran serta menggunakan wang mudah alih sebagai platform bagi menerima dan membuat pembayaran telah memacu pertumbuhan wang mudah alih secara global, dengan mewakili 29 peratus jumlah nilai urus niaga. Urus niaga ini juga sedang bertumbuh lebih pantas berbanding penambahan nilai masa bercakap serta pemindahan dalam talian. Pada bulan Jun 2013, 53,000 pedagang sudah pun menerima pembayaran melalui wang mudah alih manakala 16,000 organisasi menggunakan wang mudah alih sebagai platform pembayaran bagi menerima pembayaran bil atau melakukan bayaran gaji.
Phillips berkata lagi, "Sambil industri wang mudah alih kian bertumbuh, kami sedang menyaksikan bagaimana semua perkhidmatan ini sedang memberi manfaat kepada kehidupan jutaan rakyat di negara membangun seluruh dunia. Kami akan terus menjejak semua kemajuan yang menakjubkan ini dan juga bekerjasama dengan para pengendali mudah alih serta ekosistem yang lebih luas bagi memperluas skop perkhidmatan yang sedia ada dan turut melanjutkan perkhidmatan kepada lebih ramai populasi dunia."
Nota kepada Editor
Laporan Keadaan Industri 2013 MMU mengandungi data daripada Penjejak Pengaturan Penggunaan MMU yang memantau bilangan perkhidmatan wang mudah alih langsung dan yang dirancang untuk orang yang tidak mempunyai akaun bank di seluruh dunia. Laporan itu juga mengandungi data daripada Kaji Selidik Penggunaan Global 2013 MMU untuk Khidmat Kewangan Mudah Alih, yang mempunyai sejumlah 110 peserta dari 56 negara. Anggaran untuk bilangan akaun yang berdaftar dan aktif telah dibuat menggunakan alatan pemodelan data yang dirumus khas bagi melengkapkan set data ini.
Laporan penuh boleh didapati di: http://www.gsma.com/mobilefordevelopment/state-of-the-industry-2013. Maklumat lanjut tentang projek MMU boleh didapati di: http://www.gsma.com/mobilefordevelopment/programmes/mobile-money-for-the-unbanked/about
Latar belakang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.