omniture

Rangkaian Keselamatan Mudah Alih Qihoo 360 Dipamerkan di MWC 2014

Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
2014-02-25 15:51 115

BEIJING dan BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Qihoo 360, syarikat Internet yang menerajui di China telah menjadi tumpuan utama di MWC 2014, persidangan komunikasi mudah alih terbesar di dunia. Sebagai penyedia Internet serta produk keselamatan mudah alih nombor satu di China menurut jumlah pengguna asasnya, sepuluh daripada rangkaian produk Qihoo 360 yang terbaharu bakal dilancarkan pada peringkat antarabangsa dengan tumpuan utama diberikan kepada aplikasi keselamatan mudah alih utamanya: 360 Security untuk Android.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/CN68631 )

Keselamatan mudah alih telah menjadi tumpuan utama dalam lingkungan keselamatan Internet. Memandangkan anjakan pengguna kepada mudah alih semakin giat berlaku, kekuatan dan jumlah perisian hasad Android turut meningkat. Pada tahun 2013, 360 Security memintas 671,000 perisian hasad Android baharu, yang mewakili peningkatan sebanyak 440% berbanding tahun sebelumnya. Enjin antivirus dwifungsi berasaskan awan serta QVS menyediakan kebolehan untuk mengatasi ancaman baharu dan lebih berdaya tahan.

Sebagai tindak balas untuk mewujudkan perlindungan yang lebih baik untuk privasi pengguna, 360 Security menawarkan ciri-ciri antikecurian lanjutan seperti pemberitahuan kecurian, pengesanan GPS, pengurusan peranti jarak jauh serta penghapusan data bagi mengelakkan penembusan yang melibatkan data peribadi serta turut meminimumkan kehilangan data. Pada masa yang sama, 360 Security turut menawarkan kemudahan kepada pengguna dengan memberi perlindungan terhadap SMS remeh dan juga panggilan yang mengganggu.

360 Security ini diperakui oleh agensi berdaftar yang menerajui dan telah menduduki tempat pertama bagi aplikasi keselamatan mudah alih oleh AV-TEST menerusi penilaian yang dijalankan secara berturut-turut.

Di samping produk keselamatan mudah alihnya, Qihoo 360 turut memperkenalkan beberapa perisian komputer peribadi seperti 360 Safeguard, 360 Internet Security dan juga 360 Browser. 360 Anywhere WIFI dan 360 Kids Guard pula mewakili perkakasan inovatif serta peranti tahan lasak yang diperkenal oleh Qihoo 360.

Pada bulan Mac 2013, Qihoo 360 telah memperkenalkan strategi globalnya dan sudah pun memperluas operasinya ke Brazil dan Taiwan.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.360safe.com.

Facebook: www.facebook.com/360safecenter

Lihat foto kami daripada MWC 2014 di: www.flickr.com/photos/117945189@N03/

Muat Turun 360 Security menerusi: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.qihoo.security&referrer=104676

Maklumat Perhubungan Akhbar

Olivia Wang
E-mel: pr-global@360safe.com
Talian: +86-10-58781427

Maklumat Perhubungan Perniagaan

Penny Pan
E-mel: partnership@360safe.com
Telefon Bimbit: +86-136-0133-5900

Source: Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
Related Stocks:
NYSE:QIHU
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Multimedia/Online/Internet Trade show news