NOVI, Michigan, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Maxion Wheels ("Maxion" atau "Syarikat") dengan bangganya mengumumkan Pieter Klinkers telah bersetuju untuk dilantik dan memikul beban tugas tambahan sebagai Presiden bagi Eropah, Afrika dan Asia Pasifik serta Inovasi Global yang berkuat kuasa pada 1 Mac 2014.
Pieter akan terus melapor kepada Fred Bentley, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat itu. "Pieter telah bekerja bersama beberapa mentor hebat bagi memperkasa pembangunan diri beliau," kata Bentley. "Beliau juga yang telah mula memberi tumpuan terhadap inovasi dan mewujudkan kumpulan kecil yang terdiri daripada pekerja bersilang fungsian untuk bersama-sama menerajui masa depan inovasi dalam pasaran ini serta aplikasinya dalam Maxion Wheels."
Sejak tahun lalu, di samping menguruskan separuh daripada urus niaga Maxion Wheels, Klinkers turut memimpin kumpulan bersilang fungsian pertama itu dan mewujudkan Pasukan Inovasi Syarikat untuk memberi tumpuan terhadap pembangunan Syarikat untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang. "Pieter telah memainkan peranan penting dalam memotivasikan kumpulan penting tersebut serta melibatkan pekerja lain dalam urus niaga berkaitan bagi mewujudkan beberapa inisiatif utama yang berhubung dengan inisiatif pertumbuhan," kata Bentley lagi.
Pasukan Inovasi ini sedang mengusahakan beberapa inisiatif penting dan hasilnya telah dimanfaatkan untuk mempercepat proses penstrukturan, penumpuan dan juga pertumbuhan dalam organisasi ini serta pembangunan profesional beberapa ahli pasukan ini. Pasukan ini pantas berkembang dan turut memotivasikan beberapa rakan sekerja dalam pembangunan teknikal, jualan serta urus niaga untuk terus berusaha secara bersama menerusi proses membentuk masa depan perniagaan yang lebih gemilang. Klinkers dan pasukan awal ini akan terus mengajak rakan sekerja lain untuk terlibat sama memandangkan struktur dan tumpuan inovasi masa depan syarikat akan terus berkembang.
"Ini merupakan contoh terbaik yang menunjukkan Pieter terus memajukan diri beliau dengan memperluas tumpuan beliau dan menjadi contoh terbaik bagi seluruh organisasi ini," kata Bentley. "Pieter telah berusaha keras dan akhirnya berjaya menguruskan perniagaan beliau sendiri, di samping terus memajukan diri sendiri dengan cara yang amat memberi manfaat kepada Syarikat, bagi kemajuan peribadi beliau sendiri dan juga kemajuan rakan sekerja beliau yang lain di serata dunia. Saya amat gembira untuk mengumumkan tentang pelantikan ini. Lebih penting lagi, saya amat teruja Pieter akan memainkan peranan penting dalam fasa baharu untuk pembangunan produk dan proses, suatu fasa yang dapat meneruskan kegemilangan kami selama lebih 100 tahun dalam menerajui inovasi dalam pasaran roda."
Klinkers juga akan terus menguruskan pejabat utama beliau di Konigswinter, Jerman.
Maxion Wheels merupakan pengeluar sedunia yang menerajui bagi roda aluminium dan keluli untuk kenderaan penumpang dan juga trak ringan. Syarikat ini mempunyai lebih 100 tahun pengalaman dalam menghasilkan roda dan turut merupakan pengeluar roda terbesar di dunia dengan menghasilkan sebanyak 65 juta roda setiap tahun. Maxion turut mengeluarkan tayar keluli untuk trak dan treler komersil, untuk tujuan pertanian dan lain-lain aplikasi luar lebuh raya. Syarikat ini juga beroperasi secara global menerusi 25 kemudahan yang terletak di 15 negara di seluruh dunia, serta tiga pusat teknikal yang canggih di Amerika, Eropah dan juga Asia. www.iochpe-maxion.com.br, www.maxionwheels.com