-- Jenama Baharu Dilancarkan bagi Gabungan Urus Niaga Antara Rochem, Membran Sepro dan APTwater
LONG BEACH, California, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Tiga syarikat yang telah mantap dalam urus niaga membran: Rochem, Sepro dan APTwater, hari ini telah dilancarkan semula menerusi jenama gabungan baharu – ULTURA™.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/LA70155LOGO)
Pada majlis pelancaran itu, John Kaestle, Ketua Pegawai Eksekutif ULTURA Inc. telah mengumumkan gabungan ini akan mewujudkan kuasa baharu dalam teknologi membran dengan pemulihan tinggi, khususnya yang melibatkan sumber air yang paling sukar dirawat namun bernilai tinggi. Beliau turut menyatakan pasaran utama ULTURA akan melibatkan nadir bumi dan perlombongan, rawatan bagi koktel kompleks bahan larut lesap di tapak pelupusan, rawatan air kelabu/hitam atas kapal serta penyahgaraman bagi ekosistem marin yang rumit, penyalutan elektro bagi industri automotif, makanan dan juga hasil tenusu serta proses lanjutan pengasingan bagi sains hayat.
Michael Froud, Ketua Pegawai Pertumbuhan ULTURA mengulas, "Portfolio produk dan perkhidmatan gabungan kami akan memudahkan kami untuk mencapai wawasan kami sebagai satu-satunya syarikat teknologi membran dengan perkhidmatan penuh, khususnya dalam segmen air yang sukar dirawat namun bernilai tinggi. Dengan lebih 2500 pemasangan yang telah dilakukan di serata dunia, kehadiran yang mantap di benua Amerika serta EMEA dan juga peluasan pasukan Asia kami yang berpusat di Singapura dan Shanghai ini, kami akan menyediakan salah satu kumpulan terbesar di dunia dengan kepakaran khusus untuk para pelanggan kami."
Pengumuman bagi pembangunan produk baharu dalam ruang lingkup membran yang berfungsi serta tawaran perkhidmatan baharu seperti pembiayaan luar lembaran imbangan bagi skim reka-bina-miliki-kendali-senggara (DBOOM) dijangka akan dijalankan tidak lama lagi memandangkan ULTURA mula beroleh manfaat daripada penyelidikan membran secara dalaman serta kemudahan pembangunannya di Oceanside, California.
Latar Belakang ULTURA
ULTURA mewakili keunggulan teknologi membran pemulihan tinggi untuk kawasan yang terdedah kepada masalah yang paling mencabar di dunia melibatkan sisa buangan serta pemprosesan air. Walaupun teknologi membran lain masih sukar untuk beroleh hasil, ULTURA sudah mampu untuk memastikan kadar pemulihan terbaik di dunia yang konsisten menerusi reputasinya dalam memberikan perkhidmatan dengan penyelenggaran yang rendah serta luar biasa dan sangat fleksibel dalam memberi sokongan kepada para pelanggan bagi mempertingkat kecekapan menerusi persetujuan pelepasan yang ketat serta pulangan yang lebih baik dalam pelaburan. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.ulturawater.com.
Maklumat Perhubungan Media: Andrew Simon, ULTURA, +1 (562) 661-4999