omniture

CGTN: China, Belarus berjanji rangka pelan tindakan baharu untuk hubungan dua hala

CGTN
2023-03-03 08:25 36

BEIJING, 3 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Selepas mewujudkan perkongsian strategik komprehensif serba cuaca pada September tahun lalu, China dan Belarus berjanji pada hari Rabu bahawa kedua-dua negara akan membangunkan lagi hubungan yang boleh dicontohi bagi perkongsian dalam era baharu ini.

Perjanjian tersebut dicapai dalam satu kenyataan bersama yang ditandatagani selepas perbincangan antara Presiden Cina Xi Jinping dan Presiden pelawat Belarus, Alexander Lukashenko di Beijing.

Kedua-dua ketua negara berkenaan menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasamaa dua hala dalam bidang ekonomi dan perdagangan, industri, pertanian, kastam, sains dan teknologi, kesihatan, pelancongan dan sukan serta hal ehwal tempatan.

Persahabatan China-Belarus 'tidak boleh putus'

Menekankan bahawa persahabatan China-Belarus tidak boleh diputuskan, Xi berkata bahawa kedua-dua pihak harus meningkatkan kepercayaan politik bersama dan kekal menjadi "sahabat sejati dan rakan kongsi yang baik" untuk satu sama lain.

China amat menghargai sokongan padu daripada Belarus untuk pendirian sah China berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Taiwan, Xinjiang, Hong Kong serta hak asasi manusia, kata beliau.

Berhubung pengukuhan kerjasama dua hala, presiden Cina menegaskan untuk melaksanakan usaha yang selanjutnya dalam memperluaskan kerjasama ekonomi dan perdagangan, membina Taman Perindustrian China-Belarus, membina secara bersama Jalur dan Jalan serta memajukan pembinaan keterhubungan seperti kereta api pengangkut China-Eropah.

Lukashenko berkata Belarus bersedia untuk memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang sains dan teknologi, industri, pertanian dan pelancongan, mendorong ke hadapan pembinaan kereta api pengangkut China-Eropah dan taman perindustrian, mengalu-alukan perusahaan Cina untuk melabur di Belarus dan memperkukuh pertukaran tempatan dan budaya.

Great Stone China-Belarus Industrial Park ialah projek terbesar untuk menarik pelaburan di Belarus dan sebuah projek kerjasama mercu tanda dalam kerangka Jalur dan Jalan yang dipromosikan oleh kedua-dua ketua negara tersebut secara peribadi dan dihargai oleh kedua-dua kerajaan.

Sejak pemimpin-pemimpin kedua-dua negara melawat taman perindustrian tersebut pada Mei 2015, pembangunan dan pembinaan projek tersebut telah maju ke hadapan dan hasil yang bermanfaat telah dicapai.

Menurut Jawatankuasa Statistik Kebangsaan Belarus, keuntungan bersih oleh perusahaan daripada taman perindustrian berjumlah 34.1 juta rubel Belarus ($13.51 juta) pada tahun 2022, meningkat 144 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan. Belarus, sebagai hab transit yang penting di Jalur Ekonomi Jalan Sutera, merupakan salah satu daripada negara pertama yang memberi respons dan mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan.

Menerusi pertumbuhan hubungan dua hala, China dan Belarus menyaksikan lonjakan perdagangan sejak beberapa tahun yang lalu. Statistik daripada Pentadbiran Am Kastam China menunjukkan bahawa perdagangan dua hala melangkaui $5 bilion pada tahun 2022, meningkat 33 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Mempertahankan secara bersama kesaksamaan, keadilan antarabangsa

Berhubung hal menjaga keamanan dan pembangunan dunia, Xi berkata China menghargai sokongan daripada Belarus untuk Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Sekuriti Global.

China bersiap sedia untuk memperkukuh koordinasi dan kerjasama bersama Belarus di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan platform-platform pelbagai hala yang lain untuk mengatasi secara bersama cabaran global dan membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, tambah beliau.

Mengambil maklum bahawa China merupakan tunjang dalam menjaga keamanan dunia, Lukashenko berkata bahawa Belarus bersedia untuk memperkukuh koordinasi bersama China berhubung isu-isu antarabangsa dan serantau yang utama serta bersama-sama komited untuk menjaga keselamatan dan kestabilan antarabangsa serta serantau.

Kedua-dua pemimpin turut bertukar-tukar pandangan tentang krisis di Ukraine serta isu-isu lain.

Xi menegaskan bahawa pendirian China terhadap krisis Ukraine adalah konsisten serta jelas dan Beijing telah mengeluarkan satu kertas pendirian berhubung penyelesaian politik terhadap krisis berkenaan.

Negara-negara yang berkaitan harus berhenti mempolitikkan dan memperalatkan ekonomi dunia dan melakukan perkara-perkara yang kondusif untuk gencatan senjata, penghentian peperangan dan penyelesaian krisis secara damai, kata beliau.

Lukashenko berkata Belarus bersetuju sepenuhnya dan menyokong pendirian dan cadangan China mengenai penyelesaian politik krisis Ukraine, menambah bahawa ia sangat penting untuk menyelesaikan krisis.

China mengeluarkan kertas pendirian yang menyatakan pendiriannya berhubung penyelesaian politik krisis Ukraine pada hari Jumaat. Dalam kertas pendirian tersebut, China mencadangkan penyelesaian kepada krisis yang dapat menangani gejala dan punca utama, menegaskan bahawa dialog dan rundingan merupakan satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju untuk krisis Ukraine.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-01/President-Xi-holds-talks-with-Belarusian-President-Lukashenko--1hORkRQCZS8/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service