MIAMI, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --
Salah satu daripada pertandingan koktel paling berprestij dunia akan menelusuri lautan lepas bagi mengubah pelayan bar terapung menjadi pakar campuran handalan. Pasukan Diageo Global Travel hari ini mengumumkan pelancaran program DIAGEO RESERVE WORLD CLASS™ yang terbesar sekali setakat ini, dengan kerjasama empat kapal persiaran yang menerajui di dunia: Princess Cruises, Norwegian Cruise Line, Royal Caribbean International dan Celebrity Cruises.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671640-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671640-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671640-c)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671640-d)
Tahun ini program itu bakal menyaksikan lebih 5,500 pelayan bar kapal persiaran (hampir 15 kali jumlahnya berbanding daripada jumlah penyertaan tahun 2013) yang terlatih dalam seni campuran minuman diadili sehingga tinggal empat orang peserta sahaja melalui siri pertandingan yang menghangatkan keadaan. Mereka berempat ini bakal beradu kemahiran di acara separuh akhir yang penuh glamor DIAGEO RESERVE WORLD CLASS GLOBAL TRAVEL yang akan diadakan di Miami, Florida pada 5 Jun. Pemenangnya akan bertanding dalam pertandingan akhir peringkat global Pelayan Bar Terbaik di Dunia DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, menentang pelayan bar dari empat penjuru dunia.
Pengurus program latihan tahun ini ialah Pemenang Global World Class untuk Amerika Latin dan Caribbean 2013, Mario Seijo, dibantu pakar campuran yang menerajui iaitu Julio Cabrera, Joseph Brooke dan Michael Parish. Dalam sesi yang akan diadakan di serata dunia, dari Shanghai ke Sydney dan Naples ke Cozumel, mereka akan melatih pelayan bar kapal persiaran dengan kemahiran menghibur dan arah aliran penghasilan campuran koktel terkini seperti 'Mediterranean Mastery' dan juga 'Gin and the Secrets of Distillation' bagi mencipta minuman yang lazat untuk para penumpang kapal persiaran. Melangkaui sempadan koktel berkelas mewah, para pelayan bar digalakkan untuk mencetuskan inovasi dan turut melakukan eksperimen dengan menggunakan antara koleksi minuman keras yang menerajui di dunia: portfolio Diageo Reserve Brands.
Berikutan perkongsian yang berjaya dengan Princess Cruises serta Norwegian Cruise Line pada tahun lepas, WORLD CLASS menggandakan saiznya dan mengalu-alukan Royal Caribbean International dan juga Celebrity Cruises pada tahun 2014. DIAGEO RESERVE WORLD CLASS bakal menaikkan taraf seni pelayan bar kapal persiaran, merevolusikan pengalaman minuman keras atas kapal persiaran dan turut memastikan pelayan bar kapal persiaran berada di hadapan dengan arah aliran campuran terkini.
Kini dalam tahun kelimanya, DIAGEO RESERVE WORLD CLASS telah melatih lebih 15,000 pelayan bar dalam 50 pasaran seluruh dunia, dengan menggunakan minuman keras paling berkualiti tinggi dan memenangi anugerah daripada koleksi Diageo Reserve. Ia telah pun mengubah wajah budaya koktel dengan mencipta pengalaman baharu bagi peminum bercita rasa tinggi seluruh dunia.
Louise Higgins, Pengarah Pemasaran, Diageo GTME Western, berkata: "Nama WORLD CLASS telah menjadi sinonim dengan kreativiti, gaya dan keunggulan, sentiasa melangkaui sempadan budaya koktel kontemporari serta bereksperimen. Melalui DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, pelaburan terbesar industri minuman dalam pengalaman minuman mewah, kami gembira dapat bekerjasama dengan kapal persiaran terbaik dalam industri bagi mengubah aktiviti minuman mewah untuk para pelayar. Inilah tahun terbesar kami dalam beberapa segi dan kami teruja untuk melihat semua pelayan bar ini mengambil kemahiran pengadunan koktel mereka ke peringkat baharu dalam pertandingan koktel paling berwibawa di dunia."
Jonathan Wilson, Naib Presiden, Khidmat dan Pembangunan Produk Makanan dan Minuman, Princess Cruises pula berkata: "Sebagai kapal persiaran perintis yang memecah kebiasaan dengan penyertaan kami dalam program ini pada tahun 2012 dan turut mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemenang Cruise Channel untuk DIAGEO RESERVE WORLD CLASS 2013, kami sangat teruja dapat kembali untuk satu lagi tahun penyertaan penuh kecemerlangan. Pengaruh latihan campuran minuman mengikut arah aliran daripada para selebriti terkenal industri koktel telah mencetuskan api keghairahan dan semangat baharu untuk krew kami."
Michael Flesch, Naib Presiden Kanan Pengendalian Hotel, Norwegian Cruise Line: "Di Norwegian Cruise Line, kami telah melihat kejayaan cemerlang dengan program DIAGEO RESERVE WORLD CLASS dan tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan penyertaan kami sekali lagi tahun ini, pada peringkat yang lebih luas. Program ini membenarkan kami menyediakan latihan yang menyeluruh, mempertingkatkan kemahiran campuran kami dan akhirnya memperhebat pengalaman persiaran para tetamu atas kapal kami."
"Royal Caribbean International gembira dapat menjadi sebahagian daripada program campuran minuman DIAGEO RESERVE WORLD CLASS," kata Brian Abel, Naib Presiden Makanan & Minuman Royal Caribbean International. "Program ini akan membantu untuk memperhebat pengalaman minuman para tetamu kapal persiaran serta mengagumkan para tetamu kami dengan kehebatan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia akan membantu untuk mendedahkan para pelayan bar berbakat kami dan kakitangan minuman kami, serta kreativiti dan juga kemahiran individu mereka dalam menghidangkan koktel lazat kepada para tetamu percutian Royal Caribbean."
"Kolaborasi Celebrity Cruises dengan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS ialah peluang yang bagus bagi menunjukkan program minuman yang progresif dan memenangi anugerah bagi dinikmati para tetamu kami sambil belayar atas kapal kami yang moden dan mewah," kata Chanelle Duarte, pengurus Pembangunan Minuman, Celebrity Cruises. "Kerjasama dengan WORLD CLASS juga akan meningkatkan pengalaman bar kami melalui latihan khas yang menekankan inovasi serta perkhidmatan tanpa cacat cela – dua ciri pengalaman percutian Celebrity Cruises yang dikenali."
Nota kepada editor
Ikuti pertandingan ini di Facebook melalui laman 'Global WORLD CLASS Finals': http://www.facebook.com/WorldClass
LATAR BELAKANG DIAGEO RESERVE WORLD CLASS
Sepanjang program ini, pelayan bar WORLD CLASS dilatih menggunakan koleksi minuman keras daripada portfolio mewah Diageo Reserve – Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™, Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® PLATINUM LABEL™, Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® GOLD LABEL RESERVE™, Wiski Scotch Malt SINGLETON™, Vodka CIROC®, Vodka KETEL ONE®, Gin TANQUERAY® No.TEN™, Tequila DON JULIO®, Rum ZACAPA®, Bourbon Bulleit®, dan Wiski Scotch Malt Talisker.
DIAGEO RESERVE WORLD CLASS sedang mengubah pengalaman minuman mewah dan budaya koktel seluruh dunia dan di dalam rumah. Sebagai pelaburan terbesar dan paling berwibawa industri itu dalam perdagangan kemewahan, ia menemui generasi seterusnya bagi bakat pencampuran minuman yang menetapkan arah aliran campuran terkini dan turut membawakan semua ini ke semua bar terbaik seluruh dunia. Terasnya terdiri daripada program latihan global yang hebat dan juga platform yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang mempertingkatkan seni layanan bar dan turut membina kerjaya dalam industri yang tiba ke puncaknya pada minggu penting yang sarat dengan kemewahan diadakan setiap tahun, iaitu semasa Pelayan Bar Terbaik Tahun ini DIAGEO RESERVE WORLD CLASS diumumkan. Dilancarkan pada tahun 2009, lebih 15,000 pelayan bar telah mendapat ilham dan dididik dalam seni campuran minuman menggunakan minuman keras terbaik dalam koleksi DIAGEO RESERVE. Perkongsian dan kolaborasi dengan pakar, media, rakan kongsi serta pemilik, DIAGEO RESERVE WORLD CLASS diiktiraf sebagai tanda keunggulan dan juga cita rasa budaya minuman mewah antarabangsa oleh para pelayan bar serta pelanggan mereka.
Sebagai lanjutan program latihan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, pada tahun 2011 Diageo telah melancarkan Akademi Bar Diageo di Asia Pasifik, kursus campuran minuman terbesar rantau itu yang diakreditasi oleh Dana Pendidikan Wain dan Minuman Keras (WSET), yang setakat ini telah melatih 27,000 pelayan bar.
WORLD CLASS dibawakan kepada anda oleh syarikat minuman keras terbesar dunia dengan koleksi minuman keras mewah yang memenangi anugerah, termasuklah: Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™, Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® PLATINUM LABEL™, Wiski Scotch Teradun JOHNNIE WALKER® GOLD LABEL RESERVE™, Wiski Scotch Malt SINGLETON™, Vodka CÎROC®, Vodka KETEL ONE®, Gin TANQUERAY® No.TEN™, Tequila DON JULIO®, Rum ZACAPA®, bourbon Bulleit®, dan Wiski Scotch Malt Talisker. Semua perkataan dan logo berkaitan ialah tanda dagangan © DIAGEO 2014.
Sila minum dengan berhemah, lawati DRINKiQ.com.
SUMBER Diageo