omniture

IMD Lancarkan Buku "Quest: Leading Global Transformations"

IMD
2014-02-25 22:04 128

LAUSANNE, Switzerland, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Panduan IMD menerusi Tujuh Pencarian bagi Membentuk Semula Syarikat Masa Kini

IMD, pusat pengajian perniagaan yang berpusat di Switzerland dengan kedudukan tertinggi pada peringkat global, hari ini telah menerbitkan buku baharu yang bertujuan untuk membantu para pemimpin perniagaan serta organisasi mereka dalam membuat perubahan besar secara lebih berkesan.

Buku yang bertajuk "Quest: Leading Global Transformations" (http://www.imd.org/research/quest-book/discover-quest-book), menekankan tentang tujuh kaedah yang digunakan oleh organisasi global untuk melakukan transformasi. Buku tersebut turut memaparkan kepakaran praktikal secara kolektif yang melibatkan lebih 50 profesor IMD yang menerajui di dunia dan membantu lebih 8,000 pegawai eksekutif global pada setiap tahun daripada hampir 100 negara yang pernah melibatkan diri dalam program IMD.

Bagi membantu para pemimpin perniagaan global, buku tersebut menyarikan sejumlah besar ilmu pengetahuan yang dikumpulkan agar menceritakan tujuh perjalanan transformasi (http://www.imd.org/research/quest-book), atau "pencarian": yang terdiri daripada Kehadiran Global, Penjanaan Nilai Global, Pembangunan Kepimpinan Global, Penyelesaian Global, Ketangkasan Global, Inovasi Bersama Global dan juga Kemampanan Global.

Setiap satu daripada tujuh bab buku ini bermula dengan membawa para pemimpin meneroka sejarah yang berkaitan dengan salah satu pencarian itu. Kemudiannya, ia menggariskan perkara yang perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan bagi sesuatu organisasi, dengan menyertakan contoh syarikat yang berjaya dengan misi pencarian tersebut serta diakhiri dengan beberapa persoalan untuk para pemimpin bagi menilai kemajuan organisasi mereka sendiri dalam misi pencarian itu.

Buku tersebut turut ditulis bersama Anand Narasimhan, Profesor Shell IMD untuk Kepimpinan Global dan juga Jean-Louis Barsoux, Felo Penyelidik Kanan IMD.

Profesor Narasimhan berkata: "Pendidikan eksekutif merupakan kepakaran IMD. Perhubungan pelanggan, penyampaian program serta usaha penyelidikan oleh profesor kami menawarkan sudut pandangan yang tersendiri untuk memerhatikan proses pencarian transformasi syarikat dari jarak dekat. Kesemua tujuh pencarian itu adalah amat mencabar dan rumit. Kami berharap agar buku ini dapat membantu para pemimpin global serta organisasi mereka untuk benar-benar memahami peringkat masing-masing dalam pencarian tersebut."

Buku tersebut boleh didapati menerusi Amazon:

http://www.presseportal.ch/go2/Quest-Leading-Transformations_amazon

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang IMD: http://www.imd.org/

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
Matthew Mortellaro, IMD Communications
Tel: +41-(0)21-618-03-52                            
matthew.mortellaro@imd.org

SUMBER  IMD

Source: IMD
Keywords: Books Education Publishing/Information Service New products/services