omniture

GSMA Mengumumkan Pemenang Anugerah Mudah Alih Global 2014

GSMA
2014-02-25 23:30 171

BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari ini, GSMA mengumumkan pemenang anugerah Mudah Alih Global Tahunan ke-19, yang diadakan di Kongres Dunia Mudah Alih GSMA di Barcelona. Para pemenangnya diraikan dalam majlis tengah hari yang diacarakan oleh pelakon, penulis, penyampai serta pelawak Britain, James Corden.

Corden menghibur calon anugerah dan juga pengunjung dengan pengenalan mencuit hati kepada acara itu. Beliau disertai di pentas bagi menyampaikan anugerah itu oleh Jon Fredrik Baksaas, Pengerusi GSMA serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Telenor Group, Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA dan juga John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd., serta wakil daripada penaja kategori Maxim Integrated, rakan media CNBC, Fortune dan Time serta ahli panel hakim yang bertindak sebagai penyampai bersama anugerah itu.

"Kini pada tahunnya yang ke-19, Anugerah Mudah Alih Global sekali lagi mempertunjukkan tahap inovasi dan produk serta perkhidmatan kreatif luar biasa yang sedang dibangunkan merentasi industri yang berkepelbagaian dan semakin berkembang," kata John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. "Dengan lebih 680 penyertaan berkaliber tinggi pada tahun ini, persaingannya benar-benar sengit berbanding sebelum ini dan pengiktirafan yang diterima pada hari ini ialah pencapaian yang signifikan. GSMA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang Anugerah Mudah Alih Global dan turut mengiktiraf semua pihak yang terlibat bagi terus memacu komunikasi mudah alih ke masa hadapan."

Para pemenang Anugerah Mudah Alih Global 2014 ialah:

Produk atau Perkhidmatan Kesihatan Mudah Alih Terbaik
Energize the Chain untuk Projek Vaksin Wayarles Econet di Zimbabwe

Produk atau Perkhidmatan Pendidikan Mudah Alih Terbaik
Enable Mobile Technologies untuk Magic Pencil

Produk atau Perkhidmatan Automotif Mudah Alih Terbaik
Nuance Communications untuk Dragon Drive

Produk atau Perkhidmatan NFC/Wang Mudah Alih Terbaik
Telenor Pakistan dan Tameer Micro Finance Bank untuk Easypaisa

Produk atau Perkhidmatan Penerbitan Mudah Alih Terbaik
Wibbitz untuk Teknologi Teks kepada Video

Inovasi Mudah Alih Terbaik untuk 'Bandar Pintar'
Accenture plc dan RCS MediaGroup S.p.A. untuk City1Tap

Peranti Elektronik Pengguna Dibolehkan Mudah Alih Terbaik
AT&T dan Filip Technologies Inc. untuk FiLIP

Perkhidmatan Mudah Alih Syarikat Terbaik
AirWatch untuk AirWatch Enterprise Mobility Management, Versi 7.0

Perkhidmatan Mudah Alih Pengguna Terbaik
AT&T untuk AT&T Digital Life

Pengiklanan atau Pemasaran Mudah Alih Terbaik
Hindustan Unilever Ltd., Lowe and Partners untuk Kan Khajura Tesan

Penyelesaian Berasaskan Rangkaian Terbaik untuk Berkhidmat kepada Pelanggan
GMCR Inc. untuk Globe Prepaid GoSakto: Create Your Own Promo

Produk, Inisiatif atau Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik dalam Pasaran Baharu
Yayasan Vodafone di India, Persatuan Wanita Bekerja Sendiri (SEWA) dan Yayasan Cherie Blair untuk Wanita (CBFW) bagi projek RUDI Sandesha Vyavhar (RSV)

Produk atau Perkhidmatan Mudah Alih Terbaik untuk Wanita dalam Pasaran Baharu
Telenor Pakistan dan Tameer Micro Finance Bank untuk Easypaisa

Penggunaan Mudah Alih Terbaik dalam Situasi Kecemasan atau Kemanusiaan
Smart Communications untuk Smart's SafePh: Yolanda Response

Produk, Perkhidmatan atau App Mudah Alih Terbaik bagi Kebolehcapaian atau Kemudahan Penggunaan
Turkcell untuk Turkcell My Dream Partner

Anugerah Mudah Alih Hijau
Grameenphone Ltd. untuk Program Perubahan Iklim

App Hiburan Terbaik (Permainan, Muzik, Sukan, Video)
Device 6

Pilihan Juri - App Mudah Alih Terbaik Keseluruhan
CityMapper

App Mudah Alih Paling Inovatif
PointGrab untuk CamMe

Cabaran App Telefon Pintar
Akbank T.A.S. untuk Akbank Direkt Mobile App

Telefon Pintar Terbaik
HTC One 

Telefon Pintar Berkos Rendah Terbaik (harga borong bawah $150)
Nokia Lumia 520

Telefon Permulaan atau Telefon bukan Pintar Terbaik
Nokia 105

Pengeluar Peranti Paling Inovatif Tahun Ini
LG

Tablet Mudah Alih Terbaik
Apple iPad Air

Infrastruktur Mudah Alih Terbaik
Nokia Solutions and Networks dengan Telefonica O2 UK Limited untuk iSON Automation for Operations

Pencapaian Cemerlang Teknologi Mudah Alih Terbaik
Sensory Inc. untuk TrulyHandsfreeTM 3.0

Teknologi Berasaskan Awan Terbaik untuk Mudah Alih
Xively untuk Xively Cloud Services

Produk/Penyelesaian Identiti, Perlindungan dan Keselamatan Mudah Alih Terbaik
SecureAuth IdP - 2 Factor Access Control untuk Syarikat Mudah Alih

Penyelesaian Terbaik untuk Rangkaian Lebih Kecil atau Bebas yang Berkembang
Reach-U untuk Demograft

Sumbangan LTE Cemerlang
KT Corporation untuk Wideband LTE-A Commercial Service
SK Telecom untuk Commercial LTE-Advanced Network

Teknologi Mudah Alih Keseluruhan yang Cemerlang – Pilihan Ketua Pegawai Teknologi
KT Corporation untuk Wideband LTE-A Commercial Service
SK Telecom untuk Commercial LTE-Advanced Network

Sebelum ini pemenang Anugerah Kecemerlangan Mudah Alih Kerajaan, Anugerah Pengerusi GSMA dan juga Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat GSMA telah diumumkan:

Anugerah Spektrum untuk Jalur Lebar Mudah Alih
Kerajaan Emiriah Arab Bersatu

Anugerah Polisi Ekonomi untuk Pertumbuhan Mudah Alih Mampan
Kerajaan Sepanyol

Anugerah Kerajaan Terhubung
Kerajaan Lebanon

Anugerah Kepimpinan Kerajaan
Kerajaan Botswana 

Anugerah Pengerusi GSMA
Dr. Paul Jacobs, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Qualcomm Inc.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat GSMA
Rob Conway, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif GSMA (Anumerta)

Senarai penuh pemenang dan peserta akhir untuk Anugerah Mudah Alih Global 2014 boleh didapati di: http://www.globalmobileawards.com/winners-2014

Senarai pendek untuk 'Telefon Bimbit, Peranti atau Tablet Mudah Alih Baharu Terbaik di Kongres Dunia Mudah Alih 2014' akan diumumkan antara pukul 10.15 pagi dan 10.30 pagi (Waktu Eropah Tengah), Rabu, 26 Februari di TV Langsung Dunia Mudah Alih dan juga laman web Anugerah Mudah Alih Global. Pemenangnya akan diberi pengiktirafan dalam acara penyampaian langsung di TV Langsung Dunia Mudah Alih antara pukul 9.00 pagi dan 9.15 pagi (Waktu Eropah Tengah) pada hari Khamis, 27 Februari.

Sejumlah lebih 175 juruanalisis, wartawan, pakar akademik dan pakar subjek yang bebas seluruh dunia mengambil bahagian dalam proses penghakiman, termasuk ketua pegawai teknologi daripada 14 pengendali mudah alih yang mengambil bahagian dalam menghakimi anugerah "Teknologi Mudah Alih Keseluruhan yang Cemerlang".

Maklumat penuh tentang Anugerah Mudah Alih Global boleh didapati di: www.globalmobileawards.com.

Latar belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Awards Trade show news