omniture

Hisense Lancarkan Telefon Pintar 4G 6.8 Inci di Barcelona

Hisense
2014-02-26 01:21 88

QINGDAO, China, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Pada majlis pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona pada 24 Februari, Hisense dengan rasminya melancarkan telefon pintar 4G 6.8 inci yang telah lama dinantikan dan turut menerima tumpuan ramai apabila mula dipaparkan di CES 2014. Dikenali sebagai MAXE X1, telefon pintar 4G ini merupakan satu-satunya telefon pintar yang menggabungkan ciri telefon bimbit, tablet, TV serta kotak atas set dalam satu peranti mudah alih.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/CN70218 )

Hisense MAXE X1 serba baharu ini hadir dengan UI visi berasaskan sistem operasi Android 4.4 yang terkini, pemproses empat teras berkuasa tinggi Qualcomm Snapdragon 800 2.3 GHz serta paparan 1920 x 1080 piksel. Ia turut menampilkan ciri-ciri kamera utama 13 megapiksel menghadap belakang yang menyokong rakaman video HD penuh (1080p) serta mod panorama, letusan pantas serta cymera. Terdapat juga dua pembesar suara hadapan dengan teknologi keliling maya 5.1 Dolby serta tiga mikrofon membatalkan bunyi yang siap dipasang bagi memenuhi keperluan individu yang gemar menonton video atau mendengar lagu melalui telefon bimbit mereka.

Daripada segi dimensi telefon ini, seperti reka bentuk untuk Samsung Note yang amat bersesuaian untuk wanita setinggi 160 cm (5'3"), Hisense X1 direka khas agar sesuai dipegang oleh lelaki setinggi 180 cm (5'11"). Ketebalan 9.2 mm X1 juga amat bersesuaian dengan wanita yang mempunyai tangan bersaiz kecil.

Telefon bimbit ini yang berfungsi sebagai kotak atas set (STB) canggih, menyediakan fungsian TV "pintar". STB telefon bimbit ini mampu menghantar sejumlah kandungan yang tinggi kepada TV biasa menerusi kabel HDML. Ia juga mampu berkongsi video, muzik dan imej dalam talian dengan TV melalui "mod TV" dengan menggunakan kabel MHL dan pada masa yang sama, telefon bimbit tersebut boleh berfungsi sebagai STB dan alat kawalan jauh tangan. Fungsi penghantaran wayarles terbina dalam pula menyokong perkongsian kandungan dengan TV. Di samping ciri-ciri MHL, X1 turut menyokong WFD, DLAN, Hisense Sharing serta lain-lain protokol perkongsian berbilang skrin.

X1 yang mudah digunakan ini boleh didapati dengan telefon Bluetooth MINI dibolehkan NFC seberat 20 gram sahaja yang membolehkan penghantaran dalam jarak dekat antara dua peranti, termasuk menerima panggilan, menghantar dan menerima SMS serta boleh digunakan sebagai pas kereta api bawah tanah dan juga bas dengan hanya mengimbasnya.

Di samping kebolehan X1 dalam perkongsian menerusi kesemua rangkaian sumber terbuka, Hisense sedang berunding dengan syarikat video China yang menerajui bagi tujuan untuk menawarkan kandungan berbayar menerusi peranti tersebut.

Hisense "MAXE X1" boleh didapati di pasaran seluruh dunia dalam tempoh satu bulan.

Source: Hisense
Keywords: Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news