omniture

18 Syarikat Terima Pengiktirafan Global bagi Kecekapan Operasi dan Reka Bentuk Pusat Data

Uptime Institute
2014-02-26 01:57 142

NEW YORK, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Uptime Institute, bahagian bebas daripada 451 Group, hari ini mengumumkan 18 pemenang Anugerah Brill tahunan pertama bagi IT Cekap.

Menerusi penghakiman yang dijalankan oleh lebih 90 ahli profesional industri yang menilai penyertaan daripada pelbagai syarikat yang menerajui dari serata dunia, projek tersebut telah menunjukkan kecekapan terbaik daripada segi operasi IT dan pusat data – kecekapan dalam penggunaan modal, teknologi, reka bentuk, operasi dan juga pengurusan keseluruhan. Program Anugerah Brill ini bertujuan untuk menonjolkan syarikat dan teknologi yang meningkatkan keupayaan industri bagi menyediakan perkhidmatan IT secara mampan kepada pengguna akhir.

"Anugerah Brill telah berjaya menarik lebih 100 penyertaan dari 19 negara," kata Kevin Heslin, Pengarah Program Anugerah Brill. "Dengan memberi pengiktirafan kepada projek ini, kami akan memberikan insentif serta contoh terbaik untuk syarikat lain agar terus meningkatkan kecekapan dalam bidang IT."

Para pemenangnya ialah:

  • Chemical Abstracts Service
  • Compass
  • Digital Realty
  • DTTC
  • eBay
  • Entel
  • Fidelity
  • Itau Unibanco
  • Kaiser Permanente
  • LG CNS
  • Morgan Stanley
  • New South Wales, Australia, Jabatan Kewangan dan Perkhidmatan
  • Petroleum Geo-Services
  • Portugal Telecom
  • Savvis
  • Sonda
  • Taiwan Mobile
  • Telefonica

Anugerah Brill akan meneruskan warisan pengasas Uptime Institute, mendiang Kenneth Brill dan turut menggalakkan wawasan beliau untuk berkongsi amalan terbaik serta idea baharu bagi meningkatkan kecekapan IT. Anugerah Brill telah mengambil alih Anugerah GEIT, program Uptime Institute yang mengiktiraf kejayaan daripada segi kecekapan pusat data bermula pada tahun 2008 hingga 2013.

Uptime Institute akan menjadi tuan rumah bagi majlis makan malam VIP Anugerah Brill di Simposium Uptime Institute 2014: Memperkasa Profesional Pusat Data (20 hingga 22 Mei di Santa Clara, California) dan pada majlis tersebut, para pemenang akan membuat pembentangan atau perbincangan tentang projek yang memenangi anugerah.

Bagi maklumat lanjut tentang para pemenang tersebut, sila layari: http://uptimeinstitute.com/brillawards/

Latar Belakang Uptime Institute

Uptime Institute yang merupakan sebahagian daripada The 451 Group, menyediakan kepimpinan pemikiran bebas, pensijilan, pendidikan serta perkhidmatan profesional untuk industri pusat data global. Uptime Institute terkenal dengan penciptaan dan pentadbiran global bagi Standard Tahap untuk Reka Bentuk Pusat Data, Pembinaan serta Kemampanan Operasi. Uptime Institute juga mempunyai pejabat di sekitar A.S., Costa Rica, Brazil, United Kingdom, Sepanyol, Dubai, Rusia, Taiwan, Singapura dan juga Malaysia.

Source: Uptime Institute
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards