omniture

GSMA dan Facebook Mengumumkan Inisiatif Bersama bagi Menghubungkan yang Tidak Terhubung

GSMA
2014-02-26 02:34 123

-- GSMA dan Facebook akan Menumpukan Usaha bagi Mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan Mudah Alih

BARCELONA, Sepanyol, 25 Februari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA dan Facebook, melalui perkongsian Internet.org mereka, hari ini mengumumkan inisiatif bersama yang direka bagi menghubungkan berbilion lelaki dan wanita sedunia yang kini tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan komunikasi berasaskan Internet. Inisiatif bersama ini akan menumpukan usaha terhadap pengurangan jumlah kos pemilikan (TCO) mudah alih, apabila mengambil kira mudah alih akan menjadi teknologi pemboleh bagi sebahagian besar orang dalam pasaran membangun.

"Walaupun ada hampir 7 bilion hubungan mudah alih seluruh dunia, hanya ada 3.4 bilion orang sahaja yang kini mempunyai telefon bimbit," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "Mudah alih akan menawarkan satu-satunya akses mereka kepada Internet dan perkhidmatan maklumat serta komunikasi yang dibolehkannya kepada ramai orang seluruh dunia, terutama sekali dalam pasaran baharu. Menghubungkan satu bilion orang seterusnya ialah matlamat utama bagi GSMA dan kami gembira dapat bekerja dengan Facebook serta Internet.org bagi menjadikan ini kenyataan."

"Kami melancarkan perkongsian Internet.org pada tahun lepas sebagai sumbangan bagi menangani cabaran untuk memastikan semua orang mempunyai akses mampu milik kepada Internet," kata Elliot Schrage, Naib Presiden Komunikasi dan Polisi Awam Facebook. "Pengendali mudah alih adalah penting bagi mengatasi cabaran ini. Kami gembira dapat bekerjasama dengan GSMA bagi memastikan Internet mudah alih dapat disediakan dalam cara yang mampan serta mampu milik."

Aktiviti yang dilaksanakan oleh GSMA dan juga Facebook akan memerlukan mereka bekerjasama dengan kerajaan dalam pasaran membangun bagi menangani faktor penting yang mempunyai impak ke atas ketersediaan dan juga kemampuan untuk memiliki. Perkongsian ini akan menumpukan usaha terhadap penciptaan persekitaran mampan untuk mengadakan insentif daripada pelaburan infrastruktur mudah alih dan penggunaannya, serta menyingkirkan atau mengurangkan percukaian terkhusus mudah alih sedia ada atau mengelak daripada menguatkuasakan rejim cukai baharu seperti itu. GSMA dan Facebook baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang menghuraikan lagi isu ini.

Kajian GSMA "Mobile Taxes and Fees: A Toolkit of Principles and Evidence (Cukai dan Fi Mudah Alih: Kit Alat Prinsip dan Bukti)" meneliti beban percukaian semasa ke atas mudah alih di 19 negara dalam pasaran membangun, lalu mendedahkan impak negatif signifikan percukaian terkhusus sektor dalam pasaran ini. Penemuan kajian ini menunjukkan cukai mudah alih mengehadkan pertumbuhan sektor itu, serta penyerapan pengguna bagi perkhidmatan mudah alih. Facebook menyokong saranan GSMA yang kerajaan patut mengambil langkah awal bagi mengurangkan tahap berlebihan cukai dan fi terkhusus sektor ke atas industri mudah alih.

Laporan Facebook "Value of Connectivity (Nilai Keterhubungan)" melihat kepada impak perlanjutan akses Internet kepada berbilion individu yang kini tidak terhubung. Penemuan ini mencadangkan yang jika negara membangun boleh mendekatkan jurang penembusan Internet bagi mencapai tahap yang ekonomi maju sedang nikmati hari ini, mereka akan mengalami peningkatan besar dalam pertumbuhan KDNK dan produktiviti serta peningkatan daripada segi keadaan kesihatan serta peluang pendidikan, yang menyediakan potensi jelas untuk mengurangkan kemiskinan dan turut menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial jangka panjang.

GSMA dan Facebook juga akan bersama-sama menangani pelbagai isu lain yang akan meningkatkan kemampuan untuk memiliki dan turut membantu untuk menghubungkan populasi dunia kepada Internet, seperti: memaksimumkan ketersediaan spektrum diselaraskan bagi memacu penggunaan jalur lebar mudah alih; menilai penetapan Titik Pertukaran Internet (IXP) tempatan; menggalakkan pembangunan kandungan Internet tempatan; dan juga menilai keberkesanan Dana Perkhidmatan Sejagat.

Laporan GSMA "Mobile Taxes and Fees: A Toolkit of Principles and Evidence (Cukai dan Fi Mudah Alih: Kit Alat Prinsip dan Bukti)" boleh didapati di www.gsma.com/publicpolicy/tax/research-and-resources.

Laporan Facebook "Value of Connectivity (Nilai Keterhubungan)" boleh didapati di http://internet.org/press/value-of-connectivity.

Latar belakang GSMA 
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Merentasi lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 daripada pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan juga syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA turut menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA

Latar belakang Facebook
Misi Facebook adalah untuk memberikan kuasa kepada orang ramai untuk berkongsi dan turut menjadikan dunia lebih terbuka dan terhubung. Orang ramai menggunakan Facebook untuk kekal terhubung dengan kawan-kawan dan keluarga, untuk menemui apa yang sedang berlaku dalam dunia, dan untuk berkongsi serta menyatakan apa yang penting bagi mereka.

Latar belakang Internet.org
Internet.org ialah perkongsian global antara pemimpin teknologi, badan tanpa untung, komuniti tempatan serta pakar yang bekerjasama bagi membawakan Internet kepada dua pertiga populasi dunia yang tidak mempunyainya.

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Joint ventures