omniture

Institusi Terkemuka Tercabar dalam Kedudukan Universiti Dunia QS Baharu mengikut Bidang

QS Quacquarelli Symonds
2014-02-26 06:00 127

LONDON, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Institusi terkemuka seperti Ivy League dan Oxbridge mungkin tidak lagi dapat menguasai dunia akademik seperti yang dijangkakan sebelum ini, berdasarkan kedudukan universiti baharu yang merangkumi 30 bidang akademik.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130909/638188 )

Sepuluh institusi berbeza berada di tempat teratas bagi sekurang-kurangnya salah satu daripada 30 bidang yang dirangkumkan dalam Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Bidang. Universiti New York berada di kedudukan pertama di dunia bagi bidang falsafah dan Standford pula mengungguli dalam bidang statistik, manakala institusi lain mengambil sekurang-kurangnya satu tempat teratas pada peringkat global termasuk:

Harvard merupakan institusi paling cemerlang secara keseluruhan, berada di kedudukan pertama dalam 11 bidang, dengan kelebihan dua bidang berbanding institusi MIT. Oxford pula merupakan institusi nombor satu dunia bagi bahasa Inggeris dan kesusasteraan serta bahasa moden, manakala satu-satunya tempat tertinggi bagi Cambridge adalah dalam bidang sejarah.

"Rangkaian institusi yang terkemuka dunia dalam bidang tertentu adalah lebih luas berbanding sangkaan kita dan ini dapat dilihat menerusi kedudukan keseluruhan tersebut," kata ketua penyelidikan QS, Ben Sowter. "Kami telah dibiasakan untuk memikirkan institusi terkemuka seperti Ivies dan Oxbridge sentiasa menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang. Sudah tiba masanya untuk kita mengubah persepsi sedia ada itu."

Kedudukan tersebut merangkumi pelbagai fakulti bertaraf dunia di Asia Pasifik dan benua Eropah, iaitu rantau yang kebiasaannya dibayangi oleh AS dan UK daripada segi kedudukan keseluruhan.

Universiti paling cemerlang di luar AS dan UK bagi kedudukan sepuluh tertinggi ialah:

  • Universiti Kebangsaan Singapura (8)
  • ETH Zurich (4)
  • Universiti Melbourne (4)
  • Universiti Tokyo (4)
  • Universiti Teknologi Nanyang (3)
  • Universiti Kyoto (2)
  • Universiti Wageningen (2)

Universiti lain yang turut disenaraikan dalam kedudukan sepuluh tertinggi peringkat global bagi sekurang-kurangnya satu bidang termasuklah Universiti Tsinghua China, Universiti Hong Kong dan juga Institut Karolinska Sweden.

Lima institusi Australia pula berada pada kedudukan sepuluh terbaik dalam satu bidang (ANU, Monash, Universiti Sydney, Universiti Queensland dan Universiti New South Wales) seperti dua institusi dari Belanda (Universiti Amsterdam dan Universiti Teknologi Delft).

Institusi Amerika Latin dengan kedudukan tertinggi pula ialah UNAM Mexico (kedudukan ke-25 bagi bidang sejarah), sementara institusi terkemuka Afrika Universiti Cape Town berada dalam kalangan kedudukan 50 terbaik dalam bidang pendidikan (ke-32), geografi (ke-34), undang-undang (ke-40) serta bahasa Inggeris dan kesusasteraan (ke-50).

Kedudukan ini adalah berdasarkan beberapa petikan penyelidikan, berserta tinjauan reputasi yang melibatkan lebih 90,000 ahli akademik dan juga majikan graduan dari serata dunia.

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Awards