omniture

Tan Choon Kwang Dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Meritus Hotels & Resorts

Meritus Hotels & Resorts
2014-02-26 11:34 150

SINGAPURA, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Meritus Hotels & Resorts dengan bangganya mengumumkan pelantikan Tan Choon Kwang sebagai Ketua Pegawai Operasi. Meritus Hotels & Resorts merupakan syarikat pengurusan hotel di bawah bahagian hospitaliti OUE Limited (SGX-ST: "OUE"), yang merupakan pengendali, pemaju dan pemilik harta tanah berkepelbagaian serta salah satu daripada syarikat harta tanah dalam senarai awam yang menerajui di Singapura.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140220/8521400896 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/12/09/20111209194931399475-l.jpg )

"Pengalaman serta rekod pencapaian Choon Kwang dalam industri ini melayakkan beliau untuk terus memimpin Meritus menuju fasa pertumbuhan yang selanjutnya," kata Thio Gim Hock, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan OUE Limited. "Saya amat yakin dengan kemampuan beliau untuk memperjuangkan amalan serta strategi yang menerajui industri dengan berkesan agar dapat meningkatkan peluang jangka panjang bagi jenama Meritus, terutamanya daripada segi keuntungan perniagaan serta inovasi dan kecemerlangan produk dan juga perkhidmatan."

Sebagai pengusaha hotel yang berpengalaman, Choon Kwang mempunyai kepakaran selama lebih 30 tahun yang telah diperoleh daripada pengalaman kerjaya yang meluas di Singapura, Perancis, Jepun, Australia, UK dan AS. Beliau telah bertugas di syarikat hospitaliti utama seperti Swissotel Hotels & Resorts, Raffles International Hotels & Resorts dan juga Westin Hotels pada peringkat korporat, serantau dan harta tanah. Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pelbagai bidang fungsian termasuk operasi hotel, sumber manusia, pembangunan dan perancangan korporat, pengurusan aset, pembangunan perniagaan, kewangan, teknologi maklumat dan juga perkhidmatan teknikal.

Baru-baru ini, Choon Kwang telah ditempatkan di Paris, Perancis selama lima tahun sebagai Pengarah Urusan The Ascott Limited untuk Eropah dan pada masa yang sama, beliau turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif Citadines SA. Sebelum dilantik untuk memangku jawatan di Ascott, Choon Kwang merupakan Pengurus Besar Kawasan Asia Utara untuk Swissotel Hotels & Resorts dan pada masa yang sama turut menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Swissotel Nankai Osaka.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi baharu untuk Meritus Hotels & Resorts, Choon Kwang bertanggungjawab untuk menyelia platform strategik serta operasi bagi harta tanah yang diuruskan Meritus, termasuk kemegahan Kumpulan ini iaitu Mandarin Orchard Singapura.

Meritus Hotels & Resorts merupakan jenama hospitaliti yang memenangi anugerah dan diilhamkan oleh kekayaan warisan Asia, terkenal kerana menyediakan para tetamu dengan keanggunan, kemesraan serta ketelitian Asia selama lebih 40 tahun. Sebagai hotel dan resort yang terletak di bandar utama serta destinasi menarik di Singapura dan Malaysia, Meritus bermatlamat untuk memperluas jejaknya ke lokasi lain di seluruh rantau ini. Meritus Hotels & Resorts juga merupakan penerima anugerah Jenama Warisan SPBA bagi tahun 2011, 2012 dan 2013. Jenama ini turut dinamakan sebagai Pemenang Global bagi Rangkaian Hotel Mewah di Anugerah Pelancongan Mewah Dunia 2012 dan 2013.

Bagi maklumat lanjut tentang Meritus Hotels & Resorts, sila layari www.meritushotels.com.

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Janice Azupardo
Naib Presiden Serantau, Penjenamaan & Komunikasi

Meritus Hotels & Resorts
DID: +65-6831-6385
E-mel: janice.azupardo@meritushotels.com

Source: Meritus Hotels & Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Travel Personnel announcements