BEIJING dan BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia keselamatan Internet dan mudah alih No. 1 di China, Qihoo 360 Technology Co., Ltd. memperkenalkan dua produk platformnya iaitu 360 Browser dan juga 360 Mobile Assistant, hari ini di MWC 2014. Qihoo 360 melaksanakan strategi globalnya secara teratur daripada pelancaran produk keselamatan utamanya di luar negara pada tahun lalu sehinggalah kepada sesi demonstrasi produk platform serta perkhidmatan ditambah nilai pada tahun ini.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140225/CN66828 )
360 Browser merupakan pelayar pantas yang padat dan cepat dengan menampilkan keupayaan antipemancingan data (anti-phishing) yang canggih, melindungi privasi pengguna dan juga aset peribadi. 360 Browser merupakan pelayar kedua paling popular di China, selepas Internet Explorer Microsoft dengan 342 juta pengguna aktif setiap bulan serta 69% kadar penembusan pengguna.
360 Browser turut diintegrasikan dengan 360 Personal Start-up Page, 360 Search, 360 Game Center dan pelbagai perkhidmatan lain yang membantu pengguna untuk mengakses kandungan Internet dengan pantas serta menyediakan peluang kepada pengiklan, pembangun permainan serta rakan kongsi lain untuk mengakses trafik pengguna yang banyak. 360 Search berada di tempat kedua dengan menguasai trafik pengguna sebanyak 25% di China sehingga November 2013, menurut comScore.
Di samping itu, Qihoo 360 turut memperkenalkan app store Android miliknya yang menerajui industri iaitu 360 Mobile Assistant di MWC 2014. 360 Mobile Assistant merupakan pasaran Android terbesar di China dengan lebih 300 juta pengguna. Sejak pelancarannya 2 tahun lalu, para pengguna telah memuat turun lebih 32 bilion aplikasi mudah alih menerusi 360 Mobile Assistant. Kini, ia mencakupi kira-kira 40% daripada pengedaran aplikasi Android keseluruhan di China dan turut mempunyai lebih 790,000 aplikasi yang telah disahkan. Pada September 2013, 360 Mobile Assistant menggemparkan industri ini dengan mengedarkan lebih 10 juta salinan "Plants vs. Zombies 2" dalam tempoh kurang daripada 36 jam.
360 Mobile Assistant disokong oleh 360 Developer Platform yang direka bagi menyediakan dasar keutamaan, analisis data, pengalaman operasi serta pelan pemasaran bersepadu kepada para pembangun pihak ketiga.
Qihoo 360 turut memperkenalkan rangkaian produk komputer peribadi serta mudah alih yang dimilikinya di MWC 2014, termasuk 360 Security, 360 Internet Security, peranti pintar 360 Anywhere WIFI, gajet boleh pakai 360 Kids Guard dan lain-lain.
Seperti tema MWC 2014, "Creating What's Next (Penghasilan Ciptaan Baharu)", Qihoo 360, inovator dan pengubah cara yang telah terbukti dari China terus mencari peluang untuk membawakan "ciptaan baharu yang hebat" kepada dunia dan rakan kongsinya.
Bagi maklumat lanjut, sila layari www.360safe.com.
Facebook: www.facebook.com/360safecenter
Lihat foto kami di MWC 2014 menerusi: www.flickr.com/photos/117945189@N03/
Muat Turun 360 Security di: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.qihoo.security&referrer=104676
Maklumat Perhubungan Akhbar
Olivia Wang
E-mel: pr-global@360safe.com
Talian: (+86) 10 58781427
Maklumat Perhubungan Perniagaan
Penny Pan
E-mel: partnership@360safe.com
Telefon Bimbit: (+86) 136 0133 5900