omniture

Ample Solutions Anjur Gala "Bintang Bersinar, Masa Depan Bersemarak" Sambut 15 Tahun Kejayaan

Ample Solutions
2023-03-06 15:55 202

SHENZHEN, China, 6 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Ample Solutions, pengedar komponen elektronik pilihan Asia, baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-15nya menerusi Gala Tahunan dan Majlis Penganugerahan yang menarik. Lebih 500 pekerja dari lapan pejabat serantaunya di seluruh Asia termasuk China, Singapura dan Korea Selatan, berkumpul buat kali pertama sejak pandemik berlaku pada tahun 2020, menjadikannya sebuah majlis yang amat bermakna.


Pengedar bebas ini telah mengalami tahun pertumbuhan dan kejayaan yang luar biasa pada tahun 2022, mencatatkan pertumbuhan 70% yang mengagumkan merentas pejabat-pejabatnya dan 108% peningkatan dalam jumlah pelanggan OEM. Sebagai bukti kepada perkhidmatannya yang luar biasa, Ample Solutions menerima anugerah "Penyedia Perkhidmatan Pengedaran Cemerlang Tahun 2022" daripada ASPENCORE dan dinamakan sebagai salah satu daripada 50 Pengedar Komponen Elektronik Terbaik Global bagi tahun 2021. Sejak penubuhannya pada tahun 2008, Ample Solutions berkembang menjadi pengusaha utama dalam industri ini, dengan kehadiran kukuh di seluruh Asia dan Pusat Jaminan Kualiti (Quality Assurance Centre) yang diiktiraf di peringkat global. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai industri seperti elektronik pengguna, perubatan, automotif, automasi perindustrian dan banyak lagi.

Diadakan di Sanya yang indah, tema Gala berkenaan bertajuk "Bintang Bersinar, Masa Depan Bersemarak", meraikan pencapaian Ample Solutions dan menentukan masa depan yang cerah dan memberi harapan. Ketua-ketua jabatan daripada jabatan-jabatan berbeza berkongsi pencapaian mereka, jatuh bangun pada tahun 2022. En. Jason Fan, Ketua Pegawai Eksekutif Ample Solutions, turut berucap tentang pertumbuhan dan pencapaian syarikat ini, mengetengahkan 15 tahun kejayaan.

Menambah kepada keterujaan tersebut, acara berkenaan menampilkan Terowong Masa (Time Tunnel) yang membabadkan peristiwa penting dalam perjalanan Ample Solutions sejak penubuhannya. Ia merupakan satu pemandangan menarik untuk dilihat dengan para pekerja berjalan megah berhias dengan pakaian terbaik mereka melalui terowong tersebut, mengingatkan kepada anugerah Oscars atau Golden Rooster Awards. Selain mengiktiraf kerja keras yang dilakukan oleh pelbagai jabatan melalui sebuah majlis penyampaian anugerah, kakitangan berbilang bakat turut mengadakan persembahan langsung yang menakjubkan seperti nyanyian dan pertunjukan peragaan, lalu memperlihatkan sisi dinamik para pekerja.

Perayaan diteruskan di pesta kapal layar yang mana pekerja menikmati pemandangan yang menakjubkan dan berpeluang untuk berhubung semula dengan ahli-ahli pasukan di luar tempat kerja.

Secara keseluruhan, Gala tersebut merupakan satu kejayaan yang amat besar, menonjolkon komitmen syarikat ini untuk meraikan pekerja dan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan. Melalui komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan komponen elektronik yang berkesan kos dan berkualiti tinggi melalui saluran perolehan global yang meluas dan perkongsian pembekal yang telah lama terjalin, Ample Solutions bersedia untuk mencapai kejayaan yang berterusan dalam beberapa tahun akan datang.

Untuk pertanyaan: marketing@ample.sg

Source: Ample Solutions
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Components Transportation Awards