omniture

CLÉ DE PEAU BEAUTÉ UMUM PENERIMA KELIMA 'POWER OF RADIANCE AWARDS'

Clé de Peau Beauté
2023-03-08 10:00 141

Mengiktiraf mereka yang telah memperkasa dan memperbaiki kehidupan kanak-kanak perempuan serta wanita melalui pendidikan STEM

TOKYO, 8 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Clé de Peau Beauté, jenama penjagaan kulit dan alat solek mewah, dengan bangganya mengumumkan tahun kelima 'Power of Radiance Awards' mereka dan menamakan Dao Thi Hong Quyen dari Hanoi, Vietnam sebagai penerima pada tahun ini. Komitmen kedermawanan jangka panjang Clé de Peau Beauté termasuk 'Power of Radiance Awards' tahunan dan perkongsian selama beberapa tahun bersama UNICEF, yang bertujuan untuk menyokong pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), pekerjaan dan program pemerkasaan untuk kanak-kanak perempuan di seluruh dunia bagi memperkasa dunia yang lebih baik.

Cik Dao Thi Hong Quyen, Penerima Anugerah 2023 bagi ‘Power of Radiance Awards’
Cik Dao Thi Hong Quyen, Penerima Anugerah 2023 bagi ‘Power of Radiance Awards’

Penyelesaian saintifik dan teknologi adalah amat penting dalam menyasarkan beberapa masalah terbesar di dunia termasuk perubahan iklim dan kemiskinan. Oleh yang demikian, potensi tanpa batasan daripada separuh penduduk dunia termasuk kanak-kanak perempuan dan wanita tidak boleh dipandang sebelah mata. Kanak-kanak perempuan, terutamanya dari kawasan kurang bernasib baik adalah lebih terabai daripada pendidikan STEM. Memandangkan kemahiran ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) semakin mendapat permintaan, jurang jantina terus meningkat ekoran penyertaan wanita yang terhad dalam industri-industri ini.

Cik Quyen ialah seorang guru biologi bersemangat yang berusaha untuk merapatkan jurang dalam pendidikan STEM dan menangani bias gender dalam komuniti beliau. Di Vietnam, ketaksamaan pendidikan berleluasa terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dari wilayah-wilayah paling miskin[1] yang merangkumi jumlah kumpulan etnik minoriti yang lebih tinggi, mereka yang kurang upaya dan kanak-kanak perempuan. Hal ini benar terutamanya dalam pendidikan STEM, yang ditujukan kebanyakannya kepada kanak-kanak lelaki[2] menyebabkan kanak-kanak perempuan yang diasingkan secara akademik disekat daripada memasuki alam pekerjaan.[3] Jumlah kanak-kanak perempuan yang menduduki peperiksaan kemasukan gred ke-10 pada tahun 2019 mencecah kira-kira 10.5% di wilayah Lao Cai terpencil dan bergunung-ganang di Vietnam Barat Laut, sebuah wilayah dengan penumpuan etnik minoriti yang tinggi.[4] Bermulanya pandemik telah memburukkan lagi krisis pembelajaran yang sudahpun teruk di Vietnam.[5]

Cik Quyen tekad untuk mengubah hal ini dengan menggalakkan pendidikan STEM untuk kanak-kanak dan kumpulan terpinggir di Vietnam, membuka peluang kepada mereka untuk menyertai dan menyumbang kepada bidang-bidang yang sangat penting ini. Sebagai ketua Sains di sekolah Genesis, Cik Quyen memberi sumbangan yang signifikan kepada pendidikan STEM sejak 8 tahun yang lalu. Sebagai pengasas projek "STEM untuk Kawasan Luar Bandar" pada tahun 2018, Cik Quyen telah menyokong lebih daripada 10 sekolah, memberi manfaat kepada lebih daripada 1,200 orang kanak-kanak perempuan. Sebagai duta untuk projek Girl in STEM di bawah British Council, projek beliau di Sekolah Tinggi Le Hong Phong menyaksikan penyertaan pelajar perempuan dalam aktiviti STEM meningkat sehingga 70%. Semasa Covid-19, beliau mengadakan 28 webinar dalam talian untuk guru tentang pendidikan STEM, dengan kandungan baharu tentang STEM dan pembangunan kemahiran insani termasuk kemahiran kaunseling untuk lebih daripada 84,000 orang guru di Vietnam.

"Sejak empat tahun yang lalu, Clé de Peau Beauté amat bertuah kerana dapat mengangkat individu cemerlang untuk memacu perubahan yang positif melalui pendidikan dan pemerkasaan. Cik Quyen memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap pendidikan untuk pelajar rentan. Usaha beliau dan pencapaian yang bermakna dalam komuniti beliau merangkumkan semangat bercita-cita tinggi kami untuk mentransformasikan dunia melalui perubahan yang positif dan proaktif dengan sempurna," kata Cik Mizuki Hashimoto, Ketua Pegawai Jenama Clé de Peau Beauté. "Kami percaya bahawa masa depan adalah cerah dan melalui 'Power of Radiance Awards', kami berharap dapat terus mencipta dunia yang lebih berseri dan memberi inspirasi kepada pihak-pihak lain untuk mengambil tindakan."

"Saya berharap dapat menangani bias gender di Vietnam dengan mengubah set minda masyarakat terhadap kanak-kanak perempuan dengan pendekatan yang lebih sama rata dan memberi keyakinan kepada kanak-kanak perempuan untuk memilih dan belajar STEM agar mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi mereka dan tidak menerima batasan yang dikenakan ke atas mereka. Menerima anugerah ini akan membolehkan saya menyumbang secara bermakna kepada perjuangan ini dan meningkatkan inisiatif STEM transformatif jantina di Vietnam," kata Cik Quyen.

Sebagai penerima 'Power of Radiance Awards' 2023, Cik Quyen akan dianugerahkan geran yang akan digunakan ke arah menyokong pendidikaan STEM untuk remaja perempuan yang mudah terpengaruh dalam tiga komponen: STEM untuk Remaja Etnik Minoriti, STEM untuk Pelajar  Kurang Upaya dan Aktiviti komunikasi tentang STEM.

Cik Quyen menyertai senarai penerima 'Power of Radiance Awards' yang mengagumkan yang terus memberi inspirasi melalui usaha mereka menyokong kanak-kanak perempuan di serata dunia. Penerima-penerima terdahulu termasuk Muzoon Almellehan, Penyokong Pendidikan Syria dan Duta Muhibah UNICEF, Binita Shrestha dan Pratiksha Pandey, Pengasas Bersama WiSTEM Nepal, Alyona Tkachenko, Penyokong Pendidikan STEM di Kazakhstan dan Amanda Simandjuntak, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama MARKODING Indonesia. Kuasa untuk menyerlahkan keserian dalaman yang dapat mencapai perubahan sebenar dan positif terdapat dalam diri setiap individu dan melalui 'Power of Radiance Awards', Clé de Peau Beauté berdiri bersama kanak-kanak perempuan dan wanita di seluruh dunia tatkala mereka mengubah dunia untuk diri mereka sendiri, keluarga dan masyarakat mereka.

Perjalanan Clé de Peau Beauté sebagai penyokong pendidikan bermula dengan impian terhadap dunia yang lebih baik. Atas sebab inilah jenama ini memilih salah satu produk langkah-pertama mereka yang paling ikonik, The Serum dan menjanjikan sebahagian daripada jualannya ke arah misi ini. 'Power of Radiance Awards' dibiayai oleh peratusan keuntungan daripada jualan global The Serum.

UNICEF tidak mengendors mana-mana syarikat, jenama, produk atau perkhidmatan.

Latar Belakang Dao Thi Hong Quyen

Cik Quyen ialah ketua Sains di sekolah Genesis, sebuah sekolah perintis di Vietnam untuk pendidikan Hijau, di mana beliau menyelia pembangunan program-program sains. Dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung miskin, Quyen diinspirasikan oleh mendiang bapanya yang bersungguh-sungguh menggalakkan pendidikan di kampung beliau selama lebih daripada 10 tahun. Beliau berusaha untuk menyebarkan pendidikan dan menyokong kanak-kanak perempuan dengan merapatkan jurang jantina dalam Pendidikan STEM serta menangani bias gender. Pada tahun 2018, beliau menubuhkan projek "STEM for Rural Area" ("STEM untuk Kawasan Luar Bandar"), memberi impak kepada lebih daripada 10 sekolah dan 2,000 orang pelajar. Pada tahun 2019, beliau merangkul hadiah kemenangan di bawah "SL – STEM of SL – STEM (STEAM) competition" oleh Vietnam National University of Science untuk projek-eko beliau. Beliau juga merupakan Duta untuk projek Girl in STEM oleh British Council. Mulai tahun 2021, dengan geran daripada projek-projek sokongan AS, beliau telah meningkatkan pendidikan STEM dan orientasi kerjaya di seluruh negara. Semasa Covid-19, beliau mengadakan 28 webinar dalam talian untuk guru tentang pendidikan STEM, lalu menghasilkan kandungan yang dinaik taraf untuk STEM dan pembangunan kemahiran insani termasuk kemahiran kaunseling, untuk lebih daripada 84,000 orang guru di Vietnam. Pada tahun 2022, beliau terpilih untuk mengambil bahagian dalam Program Pengajaran Fulbright.

Latar Belakang Clé de Peau Beauté

Clé de Peau Beauté, jenama mewah bertaraf global daripada Shiseido Co Ltd, ditubuhkan pada tahun 1982 sebagai ekspresi unggul bagi keanggunan dan sains. Clé de Peau Beauté bermaksud kunci kepada kecantikan kulit. Falsafah jenama ini adalah untuk menyerlahkan kuasa keserian pada wanita dengan memanfaatkan teknologi solekan dan penjagaan kulit yang canggih dari seluruh dunia. Selamanya dibimbing oleh kepekaan dan kecerdasan estetik yang hebat, Clé de Peau Beauté telah menerapkan produk-produknya dengan nilai kemodenan, kepesonaan dan kedinamikan untuk muncul sebagai peneraju industri dalam memberi keserian yang begitu luar biasa, terpancar dari dalam. Boleh didapati di 23 negara dan wilayah seluruh dunia. 

Laman Sesawang Rasmi Clé de Peau Beauté : https://www.cledepeau-beaute.com/int/powerofradiance-2023.html

Instagram Rasmi Clé de Peau Beauté : https://www.instagram.com/cledepeaubeaute/  

[1] Sumber: Worldbank, 2022. https://blogs.worldbank.org/eastasiapacific/reducing-gaps-education-remains-important-vietnam-new-school-year-kicks

[2] https://vietnamnet.vn/en/stem-education-experiencing-growing-pains-in-vietnam-E175882.html

[3] Sumber: Worldbank, 2022.  https://blogs.worldbank.org/eastasiapacific/reducing-gaps-education-remains-important-vietnam-new-school-year-kicks

[4] Prof. Ian Coxhead, 2019 Educational progression from 9th grade to 10th grade among Vietnamese children: interim findings from test score data.

[5] UNICEF, 2021 https://www.unicef.org/eap/media/9346/file/Sit%20An%20-%20Viet%20Nam%20case%20study.pdf

 

Source: Clé de Peau Beauté
Keywords: Cosmetics & Personal Care Education Household/Consumer/Cosmetics Corporate Social Responsibility Women-related news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)