-- STAR-CCM+ v9.02 akan diperkenalkan di Persidangan STAR Global 2014, bertempat di Vienna, 17 hingga 19 Mac.
NEW YORK dan LONDON, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- CD-adapco™, penyedia bertumpuan CFD persendirian terbesar bagi perisian Kejuruteraan Bantuan Komputer, hari ini mengumumkan pelancaran STAR-CCM+® v9.02, bagi memperkenalkan alat simulasi utama terkini secara besar-besaran. Syarikat ini memberi tumpuan terhadap peningkatan produktiviti pengguna dan juga masa pusing balik simulasi serta rangkaian aspek aplikasi baharu, di samping menjadikan simulasi yang lebih realistik untuk para pelanggan.
Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO
"Memandangkan simulasi kejuruteraan merupakan bidang yang bergantung kepada keputusan, menerusi STAR-CCM+ v9.02 kami telah memperhebat keupayaan aliran kerja dan juga kadar kepantasan serta penskalaan oleh penyelesai kami. Ini membawa kepada pemprosesan yang lebih besar dan memastikan proses pembangunan produk disediakan dengan aliran data simulasi secara tetap dan tepat," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Jean-Claude Ercolanelli. "Kesemua aspek dalam kitar pelancaran v9 ini akan terus memberi tumpuan dalam menambahkan nilai realisme kepada simulasi tersebut dan memacu penghasilan yang optimum untuk para pelanggan dalam jangka masa yang lebih singkat."
Versi baharu ini menampilkan ciri-ciri yang menambahkan nilai realisme kepada proses rekaan, mempertingkat aliran kerja pengguna, meningkatkan daya pemprosesan serta memperbaiki ketepatan. Ciri-ciri baharu seperti keupayaan meningkatkan isi padu membolehkan jurutera untuk "melihat ke dalam" medan aliran buat julung kalinya; penyelesai dampingan meluaskan kebolehgunaan dan kemudahan penggunaan menerusi fungsi pengurangan dan pusaran kos; serta model Berbilang Fasa Tersebar membantu mencapai matlamatnya bagi penggunaan yang lebih tinggi dalam penggunaan simulasi realistik. Ciri-ciri baharu dan pelbagai manfaatnya turut dibincangkan dengan lebih mendalam menerusi laman web syarikat (www.cd-adapco.com) dan juga blog (http://www.cd-adapco.com/blog).
CD-adapco akan memperkenalkan STAR-CCM+ v9.02 di Persidangan STAR Global 2014 (www.star-global-conference.com) di Vienna bermula pada 17 hingga 19 Mac. Acara tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada lebih 115 pakar simulasi dari serata dunia dengan pembentangan kertas dasar syarikat oleh Jean-Claude Ercolanelli tentang pelan hala tuju STAR-CCM+ v9. Kakitangan pembangunan serta pakar industri CD-adapco akan turut serta bagi memperkenalkan dan turut mendemonstrasikan kesemua aspek yang berkaitan dengan produk baharu ini.
Latar Belakang CD-adapco
CD-adapco™ (http://www.cd-adapco.com) merupakan penyedia CAE bertumpuan CFD persendirian terbesar di dunia. Produk utama kami terdiri daripada pakej simulasi peneraju teknologi iaitu STAR-CCM+® dan STAR-CD®. Walau bagaimanapun, skop aktiviti kami melangkaui pembangunan dalam perisian CFD yang meliputi rangkaian yang luas dalam perkhidmatan kejuruteraan CAE dalam dinamik bendalir, pemindahan haba serta kejuruteraan struktur. Misi berterusan kami adalah untuk "memberi inspirasi kepada inovasi dan turut mengurangkan kos menerusi aplikasi perkhidmatan dan perisian simulasi kejuruteraan."
Sebagai syarikat persendirian, CD-adapco telah mengekalkan pertumbuhan organik tahun demi tahun sebanyak 17% dalam tempoh 5 tahun lalu. CD-adapco mempunyai seramai 800 kakitangan yang amat berbakat dan menjalankan tugas di 30 pejabat berbeza di serata dunia.
Maklumat Perhubungan Akhbar
Lauren Gautier, CD-adapco
lauren.gautier@cd-adapco.com
+1-248-277-4600