omniture

ZON OPTIMUS Portugal Memilih Acision Fusion untuk Perkhidmatan Pesanan Mudah Alih

Acision
2014-02-26 18:11 119

READING, England, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Platform penghantaran pesanan disatukan menawarkan komunikasi lebih beraneka dan pengalaman hebat merentasi perkhidmatan SMS, MMS, OTT, RCS serta WebRTC

Acision, peneraju perkhidmatan mudah alih global, hari ini mengumumkan ZON OPTIMUS, pembawa untuk perkhidmatan mudah alih di Portugal, telah memilih Acision Fusion sebagai platform perkhidmatan pesanan bertumpu mereka. Sebagai platform tunggal berkesan kos untuk perkhidmatan SMS, MMS, IP, OTT, RCS serta WebRTC, Acision Fusion pada mulanya akan menyediakan perkhidmatan pesanan MMS canggih kepada ZON OPTIMUS. Namun, seni bina menyeluruh Fusion menyediakan asas bagi penyepaduan lancar dan juga keterhubungan dengan semua saluran perkhidmatan pesanan, lalu menyediakan penyelesaian disatukan untuk perkhidmatan Komunikasi Beraneka pengendali itu pada masa hadapan.

"Dengan memilih Acision Fusion, ZON OPTIMUS telah menyatakan keyakinannya terhadap Acision dan bakal mendapat faedah daripada platform perkhidmatan pesanan yang paling lengkap dalam pasaran hari ini," kata jurucakap ZON OPTIMUS. "Acision Fusion menyediakan seni bina modular kepada kami yang bukan sahaja untuk mengendalikan pelbagai senario perkhidmatan pesanan secara cekap dan berkesan, termasuk MMS, tetapi juga untuk menawarkan pengalaman perkhidmatan pesanan yang hebat kepada para pengguna kami, sambil mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) dan turut membolehkan aliran hasil baharu. Sebagai penyelesaian yang kalis masa hadapan, Acision Fusion akan menyediakan peluang yang tersendiri untuk kami bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi beraneka dan juga telus sepenuhnya, semuanya daripada persekitaran tunggal, lalu membolehkan model pengewangan dan perkhidmatan baharu daripada Awan Acision."

Acision Fusion tidak bergantung terhadap perkakas jadi ia boleh dipasang sebagai penyelesaian maya dalam pusat data pengendali itu sendiri, atau boleh digunakan dalam Awan Acision. Setelah siap dipasang, ZON OPTIMUS akan mampu mengubah suai secara mudah kepada perubahan kawal selia, memperkenalkan keselamatan tambahan nilai serta ciri privasi tambahan merentasi portfolio penghantaran pesanan mereka. Selain itu, apabila digandingkan dengan Acision Business Tools, penyelesaian pengurusan dan khidmat pelanggan berpusat Acision, platform itu akan menyediakan pelaporan dan juga pengurusan seragam di samping memberikan maklumat perniagaan yang berharga dalam aktiviti rangkaian kepada ZON OPTIMUS.

"Kini, para pengendali perlu menyediakan khidmat pesanan dan kandungan media berkualiti tinggi, tanpa mengira rangkaian atau peranti yang digunakan, dan Acision Fusion menyediakan platform yang terbaik dalam pasaran untuk melakukan perkara ini. Dengan menggunakan Acision Fusion, pengendali seperti ZON OPTIMUS boleh menyediakan perkhidmatan komunikasi yang tiada tandingannya, yang bukan sahaja akan meningkatkan kepuasan pelanggan tetapi turut memacu hasil baharu serta keberuntungan dengan menggalakkan penggunaan perkhidmatan. Tambahan lagi, para pengendali boleh terus menyesuaikan diri mereka dengan aliran lalu lintas yang semakin meningkat serta melancarkan perkhidmatan baharu yang inovatif, yang secara keseluruhannya dapat menjana hasil dan turut menggalakkan kesetiaan pengguna," kata Glen Murray, GMS dan juga Naib Presiden Kanan Acision untuk Eropah dan Rusia.

Mulai 24 hingga 27 Februari 2014, Acision akan melancarkan pelbagai perkhidmatan baharu yang inovatif dan menguja di Kongres Dunia Mudah Alih yang boleh mengubah kemampuan pengendali untuk menjana hasil. Bagi mempertunjukkan perkhidmatan baharu tersebut, Acision mengalu-alukan para pengunjung ke tapak pameran 8.1A41 dan buat julung kalinya di dalam Dewan 8.1 – the App Planet – yang diuar-uarkan sebagai "destinasi untuk melihat siapa yang bakal menghasilkan ciptaan hebat yang serba baharu!". Bagi mengetahui lebih lanjut serta mengambil peluang untuk melihat ciptaan hebat yang serba baharu daripada Acision, sila hubungi corporatemarketing@acision.com

Latar belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan penglibatan mudah alih yang relevan dan lancar serta boleh disalingkendalikan merentasi semua platform IP dan turut memperkaya pengalaman pengguna, lalu mencipta nilai dan peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, syarikat dan pengguna seluruh dunia.

Bagi maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Latar belakang ZON OPTIMUS

ZON OPTIMUS ialah syarikat telekomunikasi dan hiburan yang menawarkan penyelesaian tetap dan juga mudah alih generasi seterusnya untuk TV Berbayar, Internet, Suara dan Data kepada semua segmen pasaran – Kediaman, Peribadi, Korporat serta Borong. Ia merupakan peneraju dalam TV Berbayar, perkhidmatan Jalur Lebar Generasi Seterusnya dan juga Tayangan serta Pengedaran Wayang Bergambar di Portugal.

ZON OPTIMUS mempunyai 1.6 juta pengguna TV Berbayar, 3.6 juta pelanggan Mudah Alih, 1.2 juta pelanggan Suara Tetap serta 900 ribu pelanggan Jalur Lebar Tetap di Portugal. ZON OPTIMUS menyediakan perkhidmatan penuh kecemerlangan, setelah berjaya menggondol gelaran "Khidmat Pelanggan Terbaik di Dunia" pada tahun 2013 untuk tahun kedua berturut-turut, yang telah dianugerahkan oleh salah satu entiti paling berprestij dalam industri itu.

ZON OPTIMUS sedang menerajui inovasi, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang paling canggih, rangkaian kabel digital terbaik di Portugal, rangkaian 4G yang berkhidmat untuk 90% daripada keseluruhan negara itu; perkhidmatan telekomunikasi serta hiburan bersepadu terbaik di Portugal – ZON 4i; perkhidmatan TV Berbayar paling inovatif – IRIS; dan juga portfolio maju yang terdiri daripada penyelesaian bersepadu untuk beberapa syarikat.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.zonoptimus.pt 

Sumber: Acision

Source: Acision
Keywords: Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Contracts Licensing/marketing agreements