ST. LOUIS, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- Dengan menyatakan kemiskinan tenaga global sebagai krisis manusia dan alam sekitar nombor satu dunia, Peabody Energy (NYSE:BTU) hari ini melancarkan kempen global menyeluruh yang menyasarkan untuk membina kesedaran dan sokongan bagi menamatkan kemiskinan tenaga, meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah dan turut memperbaiki pembebasan gas melalui teknologi arang bersih yang canggih.
Kempen "Tenaga Maju untuk Kehidupan" akan mendidik dan turut menggerakkan pemimpin dunia, organisasi multinasional, pelbagai institusi dan juga pihak berkepentingan, serta orang awam bagi:
"Lebih satu dekad lalu, Matlamat Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyeru agar kemiskinan tegar sedunia dikurangkan menjadi separuh menjelang tahun 2015 – dan separuh abad lalu, Presiden AS Johnson telah mengisytiharkan perang terhadap kemiskinan," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Peabody Energy Gregory H. Boyce. "Namun hari ini, 3.5 bilion orang di dunia masih kekurangan akses kepada tenaga, dan lebih 4 juta orang mati secara sia-sia setiap tahun akibat kesan kemiskinan tenaga. Kita ada teknologi dan juga sumber global bagi menamatkan krisis ini. Kita semua mesti bekerjasama bagi mencapai penyelesaian yang realistik."
Keperluan untuk tenaga moden adalah sangat besar. Separuh daripada 7 bilion penduduk dunia kekurangan akses yang mencukupi untuk tenaga, termasuk 1.2 bilion kanak-kanak, berdasarkan data daripada Agensi Tenaga Antarabangsa serta Bank Dunia. Pencemaran udara dalam kediaman daripada pendiang api di dalam rumah dianggarkan sebagai punca kematian keempat terutama di dunia, dan turut mengakibatkan keputusan mengejutkan 100 juta tahun hayat yang tamat sebelum masanya seperti yang diukur oleh Tahun Hayat Pelarasan Tunaupaya (DALY), suatu metrik yang diwujudkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Setiap DALY mewakili satu tahun hayat yang sihat terkorban akibat penyakit.
"Statistik yang serius ini menunjukkan kemiskinan tenaga ialah krisis manusia dan alam sekitar sebenar yang sedang dihadapi oleh dunia hari ini," kata Boyce. "Krisis terbesar yang kita sedang hadapi bukannya krisis alam sekitar yang diramal oleh model komputer, tetapi krisis manusia yang mampu kita selesaikan. Sudah terlalu lama kita memberi tumpuan terhadap keutamaan yang salah."
Turut memacu keperluan untuk tenaga mampu milik ialah arah aliran demografi jangka yang lebih panjang. Populasi global sedang berkembang sebanyak lebih 200,000 orang setiap hari. Kawasan bandar pula diramalkan akan membesar sebanyak lebih 70 juta manusia setiap tahun sehingga tahun 2020, menurut Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Dalam apa jua pelan tindakan untuk menamatkan kemiskinan tenaga global dan meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah, semua bentuk tenaga adalah penting. Arang ialah sumber tenaga yang paling banyak didapati di dunia manakala bahan api utama ialah sumber yang paling pantas berkembang. Arang turut dijangka akan mengatasi minyak sebagai sumber tenaga terbesar dalam tahun-tahun akan datang, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa dan juga penganalisis lain. Oleh itu, arang memainkan peranan yang istimewa dalam peperangan bagi menamatkan kemiskinan tenaga global serta meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah sambil menggunakan teknologi canggih masa kini untuk memperbaiki pembebasan gas. Arang adalah penting untuk kesihatan dan kebajikan manusia serta untuk alam sekitar yang bersih.
"Arang ialah penyelesaian alam sekitar yang penting apabila ditukarkan menjadi tenaga elektrik dan gas semula jadi sintetik pada skala besar," kata Boyce. "Tenaga elektrik yang dikuasakan arang serta gas semula jadi sintetik boleh menamatkan amalan penebangan hutan yang meluas bagi mengumpul biojisim serta kesan buruk akibat kemiskinan tenaga." Di samping itu, arang ialah bahan api masa hadapan yang tersendiri berdasarkan ketumpatannya, ketersediaannya dan juga manfaat kosnya.
"Usaha sebilangan pihak untuk mengurangkan penggunaan arang dan turut menjadikan tenaga sukar didapati serta mahal ialah amalan yang tidak mampan, menjejaskan orang ramai dan juga merosakkan alam sekitar," kata Boyce. "Kita mesti mengenal pasti manfaat kesihatan dan alam sekitar yang besar apabila kemiskinan tenaga ditamatkan, menghentikan pencemaran udara di dalam kediaman serta meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah. Semua orang di dunia ini layak hidup dalam keselesaan yang sama seperti mereka di negara maju. Ayuh gunakan lebih banyak tenaga, yang lebih bersih, setiap hari."
Kekuatan arang dalam memenuhi keperluan ini dapat dilihat di seluruh dunia:
Peabody percaya kerangka kerja polisi A.S. mesti mengiktiraf peranan arang dalam tenaga elektrik berkos rendah, lalu melindungi loji arang sedia ada daripada tindakan pelampau disebabkan kawal selia yang boleh membawa kepada pemberhentian sebelum masanya dan kadar tenaga elektrik yang melonjak tinggi, di samping menggalakkan pembangunan dalam loji arang baharu yang cekap dengan menggunakan teknologi maju hari ini sementara melabur dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi generasi seterusnya.
Pada masa apabila sasaran dan cukai alam sekitar mencabar telah menyebabkan keluarga dan perniagaan Australia menderita, adalah penting bagi kerajaan baharu disokong dalam seruannya bagi menamatkan skim cukai karbonnya yang gagal, menskalakan semula sasaran tenaga boleh diperbaharui, menurunkan kos tenaga elektrik, mengembalikan peluang pekerjaan dan mengukuhkan kelebihan persaingan negara itu dalam rantau Australasia.
"Dunia semakin kerap beralih kepada arang bagi menyelesaikan cabaran tenaga dan ekonominya yang terbesar, tetapi kita memerlukan jauh lebih banyak tindakan bagi memperluas akses kepada tenaga elektrik berkos rendah bagi membantu keluarga, memperkasa ekonomi dan turut mengeluarkan berbilion orang daripada cengkaman kemiskinan tenaga," kata Boyce. "Kita juga memerlukan pendekatan baharu untuk polisi alam sekitar rasional. Kami akui yang jalan betul adalah dengan pengaturan penggunaan yang ditingkatkan untuk teknologi canggih masa kini seperti penjanaan arang lampau genting yang membawa kepada pengurangan pembebasan gas berterusan. Dalam jangka masa lebih panjang, penyelidikan dan pembangunan dalam teknologi generasi seterusnya boleh membawa kepada matlamat terunggul untuk hampir sifar pembebasan gas daripada arang."
Teknologi arang maju sedang digunakan hari ini, termasuk penjanaan arang lampau genting berkecekapan tinggi, aplikasi kawalan pembebasan gas canggih serta kaedah penukaran arang melalui penggasan. Satu langkah kritikal dalam memperbaiki pembebasan gas seluruh dunia ialah penggunaan teknologi sedia ada dengan lebih meluas.
Teknologi generasi seterusnya seperti aplikasi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon memerlukan usaha penyelidikan dan juga pelaburan pembangunan yang jauh lebih banyak, termasuk perkongsian swasta-awam yang lebih banyak dalam penyelidikan dan pembangunan, serta peraturan baharu dan dipertingkat bagi membenarkan simpanan karbon.
Unsur teras kempen "Tenaga Maju untuk Kehidupan" ialah program pendidikan berasaskan digital yang menggariskan faedah meluas akses tenaga murah dan juga peranan penting yang boleh dimainkan oleh tenaga elektrik yang dikuasakan arang bagi menyelesaikan isu tenaga dunia; institut penyelidikan yang akan membangunkan dan turut mengedarkan kajian dan modal intelek berorientasi polisi; serta bantuan terus bagi kerajaan, institusi dan pihak berkepentingan lain ke arah tindakan yang meningkatkan akses tenaga dan memperluas pembangunan serta penggunaan teknologi canggih.
Tenaga Maju untuk Kehidupan ialah kempen bagi meningkatkan kesedaran dan sokongan untuk menamatkan kemiskinan tenaga global, meningkatkan akses kepada tenaga elektrik berkos rendah dan turut memperbaiki pembebasan gas menggunakan teknologi arang bersih hari ini yang maju. Sila sertai kempen ini. Lawati kami di AdvancedEnergyForLife.com dan Advanced Energy for Life melalui Facebook, YouTube, Tumblr, Google+ dan Vine. Gunakan nama Twitter kami @AdvancedEnergy.
BAGI MAKLUMAT LANJUT:
Beth Sutton, Naib Presiden
Global Advocacy Communications
+1.928.699.8243
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140226/CG70548LOGO)
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120724/CG44353LOGO)