omniture

Elitecore Umumkan Kejayaan Pelancaran LTE di MWC

Elitecore Technologies
2014-02-26 22:08 124

MWC, BARCELONA, Sepanyol, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Lankabell melancarkan perkhidmatan LTE & Wi-Fi secara langsung melalui platform Elitecore

Elitecore Technologies, penyedia yang menerajui bagi penyelesaian Dasar Bersepadu, Caj serta Pengurusan Hasil, hari ini mengumumkan platform Pengurusan Pelanggan dan Hasil LTE telah digunakan oleh Lanka BellSri Lanka bagi melancarkan secara besar-besaran beberapa perkhidmatan generasi seterusnya seperti jalur lebar prabayar dan pascabayar, letusan data jalur lebar (LTE + Wi-Fi), VOIP, Kawasan khas (Hotspot) Wi-Fi, ILL, SIP & VPN.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130226/599701 )

Vaibhav Mehta, Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan Elitecore Technologies berkata, "Platform Elitecore dapat membantu para pengendali untuk menawarkan perkhidmatan LTE Greenfield tanpa mengganggu pelan sedia ada, di samping memastikan pengoptimuman yang berkesan kos bagi rangkaian mereka dan benar-benar mempercepat masa untuk dipasarkan melalui penyelarasan yang lancar serta pantas dengan komponen vendor pihak ketiga sedia ada dalam ekosistem LIVE."

Elitecore telah menawarkan caj Prabayar Bertumpu dan juga penyelesaian PCRF kepada pengendali, yang membolehkan strategi baharu yang lengkap untuk melancarkan & menjana keuntungan daripada perkhidmatan LTE dan Wi-Fi mereka dengan pantas. Ini dilakukan menerusi pelbagai pelan langkah inovatif seperti pelan Berbilang perkhidmatan, Caj Pembeza Perkhidmatan/Aplikasi serta QoS pengurusan Lebar Jalur dan berasaskan ToD & Lokasi.

Manjula Pathiranage, Ketua Pegawai Teknologi Lanka Bell berkata, "Platform Elitecore telah membantu kami untuk melaksanakan perkhidmatan prabayar-pascabayar LTE & Wi-Fi dengan jayanya pada kos yang optimum dalam tempoh yang ditetapkan, tanpa menimbulkan apa-apa gangguan perkhidmatan. Dengan menawarkan integrasi yang lancar bersama sistem pihak ketiga, Elitecore telah berjaya membuktikan keandalannya sebagai rakan kongsi dalam membantu kami untuk melancarkan pelan inovatif dengan cepat, di samping memperhebat pengalaman pengguna secara keseluruhannya."

Platform pengurusan Pelanggan & Hasil LTE Elitecore turut menawarkan tindanan prabersepadu masa sebenar yang terdiri daripada BSS (Caj Dalam Talian, Bil Bertumpu, pengurusan Pelanggan, Pembekalan) & produk EPC (PCRF, DSC dan 3GPPAAA) untuk para pengendali melakukan pelancaran besar-besaran perkhidmatan 4G/LTE dan IMS dengan cepat, di samping mempertingkat pengalaman pengguna secara keseluruhannya menerusi platform bertumpu yang tunggal. Platform tersebut turut memudahkan peralihan kepada rangkaian berasaskan IP, di samping menyediakan kawalan bersepadu terhadap perkhidmatan prabayar & pascabayar serta pembekalan-pengaktifan masa sebenar untuk pemerolehan pelanggan yang cepat.

Latar Belakang Elitecore

Elitecore Technologies merupakan syarikat produk IT global dan penerima pelaburan daripada Carlyle Group yang menyediakan BSS bersama teras paket dengan kelenturan produk prabersepadu serta bermodul. Produk yang ditawarkan oleh Elitecore adalah serasi dengan ekosistem vendor besar yang membawa kepada keperluan CSP bagi pemasaran yang lebih pantas serta TCO yang lebih baik. Sebagai penyedia penyelesaian IP yang mantap, produk Elitecore adalah sangat responsif kepada perkhidmatan untuk generasi seterusnya serta mampu memenuhi keperluan menjana keuntungan oleh pihak pengendali bagi seluruh rangkaian akses.

Maklumat Perhubungan Media
LK Pathak
Naib Presiden Bersekutu (AVP) - Komunikasi Korporat
B: +91-9925012059
E: l.k.pathak@elitecore.com

Sumber: Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Wireless Communications New products/services Trade show news