omniture

InComm umumkan perkongsian dengan MOL di Asia Tenggara

InComm
2014-02-27 00:53 250

- Hubungan perkongsian memperkenalkan pusat beli-belah kad hadiah dan POSA di Asia Tenggara

ATLANTA, 26 Februari 2014 /PRNewswire/ -- InComm, syarikat perkhidmatan transaksi dan produk prabayar yang menerajui, telah mengadakan perjanjian eksklusif bersama Money Online (MOL), salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran dalam talian yang menerajui di Asia, bagi melancarkan penyelesaian pusat beli-belah kad hadiah diaktifkan tempat jualan (POSA) di Asia Tenggara. MOL merupakan syarikat yang hampir keseluruhannya dimiliki oleh Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan, pengasas dan pemegang saham majoriti bagi Berjaya Corporation, salah satu konglomerat terbesar Malaysia, yang turut memiliki hak tempatan bagi pelbagai jenama runcit seperti Starbucks serta 7-Eleven.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110525/CL09221LOGO)

InComm dan MOL menyasarkan pelancaran pada pertengahan tahun 2014 supaya kad POSA pertama boleh didapati di Malaysia, Singapura dan juga Negara Thai.

"InComm amat berbangga dapat bekerjasama dengan MOL dalam pasaran POSA berpotensi yang signifikan ini," kata Frank Monaco, naib presiden kanan dan juga pengurus besar antarabangsa di InComm. "Kami amat komited untuk bekerjasama dengan MOL bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang ringkas serta selamat kepada para pengguna."

Teknologi POSA InComm membolehkan para peruncit untuk mengaktifkan kad prabayar di tempat jualan, lalu menghapuskan risiko serta prosedur kawalan rumit yang diperlukan untuk menyelenggarakan inventori kad dengan nilai faedah. Teknologi ini turut membolehkan kad prabayar dipaparkan untuk jualan dengan penyusutan serta risiko kecurian yang dikurangkan. Dengan menggunakan teknologi POSA ini, para pengeluar kad juga akan beroleh peluang istimewa untuk memanfaatkan reka bentuk kad bagi memasarkan kad tersebut.

"MOL amat teruja untuk bekerjasama dengan InComm, salah satu pemasar, pengedar serta inovator teknologi yang menerajui bagi penyelesaian prabayar dan hadiah bernilai simpanan pada peringkat global," ujar Ganesh Kumar Bangah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MOL Global. "Pelancaran kad POSA di rantau ini pastinya dapat memberi tambahan nilai serta manfaat kepada rakan kongsi MOL sedia ada dan rakan kongsi masa depan di rantau ini."

Latar Belakang InComm

InComm merupakan penyedia yang menerajui bagi teknologi transaksi, perkhidmatan dan juga produk prabayar canggih untuk para peruncit, jenama serta para pengguna. InComm menyokong lebih 450,000 pusat pengedaran dan turut membantu para peruncit untuk mewujudkan destinasi kad prabayar, menghubungkan jenama dengan pasaran baharu serta memberikan pengalaman membeli-belah yang ringkas dan selamat. InComm juga merupakan peneraju bagi arah aliran baharu dengan menganalisis keperluan pasaran serta memanfaatkan platform perdagangan global serta inovatif, kepakaran dalam pasaran dan juga hubungan kerjasama yang menyeluruh. Dengan 123 paten global, InComm beribu pejabat di Atlanta dan turut mempunyai rangkaian pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Rusia serta rantau Asia Pasifik. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.incomm.com atau ikuti kami menerusi Twitter di www.twitter.com/incomm.

Latar Belakang Money Online (MOL)
Money Online (MOL) merupakan salah satu penyedia perkhidmatan pembayaran yang menerajui di Asia. MOL juga merupakan Syarikat Status Malaysia MSC yang mengendalikan dan turut membangunkan sistem pembayaran. MOL mengendalikan lebih 60 juta transaksi setiap tahun dengan kandungan pembayaran tahunan sebanyak lebih AS$500 juta. MOL telah diiktiraf sebagai salah satu syarikat teknologi Asia Pasifik yang paling pesat berkembang menerusi Anugerah Asia Pasifik 2010 Deloitte Technology Fast 500. MOL mempunyai ibu pejabat di Malaysia dan mempunyai beberapa cawangan di sebelas negara. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.mol.com.

Source: InComm
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Contracts