omniture

Osiloskop RTE R&S Baharu daripada Rohde & Schwarz: Kemudahan Penggunaan Digabungkan dengan Alatan Analisis Berkuasa

Rohde & Schwarz
2014-02-27 16:47 92

MUNICH, 27 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Osiloskop digital RTE R&S menawarkan penyelesaian pantas dan andal untuk tugasan ujian & pengukuran harian seperti pembangunan rekaan terbenam, analisis elektronik kuasa serta penyahpepijatan am. Para pengguna mendapat manfaat daripada ciri seperti kadar pensampelan dan pemerolehan tinggi serta ketepatan isyarat yang bagus. Set alat pengukuran dan analisis yang menyeluruh memberikan keputusan pantas, manakala skrin sentuh beresolusi tinggi membuatkan RTE R&S begitu mudah digunakan.

RTE R&S baharu daripada Rohde & Schwarz boleh didapati dengan kelebaran jalur daripada 200 MHz hingga 1 GHz. Kadar pemerolehan sebanyak lebih satu juta bentuk gelombang sesaat membantu pengguna menemui ralat isyarat dengan pantas. Sistem picu digital skop itu yang sangat tepat dengan hampir tiada ketar picu menghasilkan keputusan yang sangat jitu. Penukar A/D teras tunggal dengan lebih tujuh bit berkesan (ENOB) menyingkirkan herotan isyarat hampir sepenuhnya. Dengan kadar pensampelan sebanyak 5 Gsampel sesaat dan juga kedalaman memori maksimum sebanyak 50 Msampel untuk setiap saluran, RTE R&S boleh merekod jujukan isyarat panjang dengan tepat yang diperlukan apabila menganalisis kandungan data protokol bersiri seperti I2C dan CAN.

Para pengguna yang melakukan tugasan kompleks terutamanya tentu akan mendapati kelajuan pengukuran RTE R&S yang pantas adalah sangat berguna. Ujian topeng, contohnya, memberikan keputusan muktamad daripada segi statistik dengan pantas. FFT mirip penganalisis spektrum yang sangat responsif boleh mengesan isyarat terserak dengan andalnya, lalu membuatkan RTE R&S ini ideal untuk penyahpepijatan EMI semasa fasa pembangunan produk.

Dengan skrin sentuh XGA 10.4" beresolusi tinggi, para pengguna boleh melakukan tugasan ujian & pengukuran harian mereka secara intuitif. Contohnya, mereka hanya perlu menyapu skrin mereka untuk mengakses persediaan peralatan mereka yang sudah disimpan. Selain itu, mereka boleh "menyeret dan melepaskan" bentuk gelombang untuk menyusunnya di atas skrin.

Bagi maklumat lanjut, lawati http://www.scope-of-the-art.com/ad/press/rte.

Hubungan media:

Christian Mokry, Telefon: +49(89)4129-13052, E-mel: press@rohde-schwarz.com

Sumber: Rohde & Schwarz

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Consumer Electronics Electronic Components Semiconductors