omniture

LOUIS XIII(R) Bekerjasama dengan The Film Foundation untuk Pertemuan Kreatif bersama Pengarah Ang Lee dan Tetamu Istimewa Anne Hathaway

LOUIS XIII de Remy Martin
2014-02-27 21:41 121

LOS ANGELES, 27 Februari 2014 /PRNewswire/ --

Cognac Berprestij Menganjurkan Malam Ramah Mesra dengan Pengarah Pemenang Anugerah Academy® di Beverly Hills

LOUIS XIII Cognac, minuman keras paling terkemuka di dunia daripada House of Remy Martin®, dan The Film Foundation, organisasi pemuliharaan filem tanpa untung yang menerajui dan ditubuhkan oleh pembikin filem Martin Scorsese, menganjurkan bersama malam ramah mesra dengan pengarah pemenang Anugerah Academy® Ang Lee dan tetamu istimewa, pelakon pemenang anugerah Academy® Anne Hathaway.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140226/671840)

Perbincangan itu, yang diadakan di Beverly Hills, menayangkan filem penghargaan untuk pengarah berjaya itu yang terkenal dengan filem seperti The Life of Pi, Brokeback Mountain, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Sense and Sensibility serta pelbagai filem lain, diikuti perbualan dengan En. Lee yang hasil karya beliau mencerminkan pelbagai keadaan harfiah manusia, dan mempunyai kuasa bagi menyentuh hati penonton seluruh dunia. "Saya buat yang terbaik dalam setiap filem. Saya harap itu dapat menjadi warisan saya," kata Ang Lee. "Saya rasa kejujuran ialah perkara yang paling penting."

Lewat malam itu, En. Lee disertai Cik Hathaway, yang berkongsi inspirasi beliau daripada masa beliau bekerjasama dengan En. Lee semasa membikin Brokeback Mountain.

Pertemuan Kreatif ini menandakan kesinambungan perkongsian selama tiga tahun antara LOUIS XIII dengan The Film Foundation. LOUIS XIII dan The Film Foundation masing-masing dikenali kerana berkongsi matlamat yang sama iaitu memulihara dan turut melindungi warisan budaya kita demi generasi masa hadapan. Kolaborasi antara The Film Foundation dengan LOUIS XIII ini meraikan filem sebagai seni yang tidak akan lapuk dek zaman.

Bagi maklumat lanjut tentang LOUIS XIII de Remy Martin sila lawati http://www.louis-xiii.com.

Latar belakang LOUIS XIII de Remy Martin

LOUIS XIII Cognac telah dicipta pada tahun 1874 oleh House of Remy Martin yang ditubuhkan pada tahun 1724. Ia merupakan adunan rumit daripada 1,200 eaux-de-vie, yang dihasilkan daripada tanah berkapur Grande Champagne, tanah pertanian terbaik di wilayah Cognac, Perancis. Cognac ini boleh dimatangkan sehingga 100 tahun dalam tong kayu buatan tangan khas yang dinamakan tierçons. Empat generasi pemilik bilik wain bawah tanah telah bekerja bagi memantau sebatian tersendiri ini, yang membangkitkan kilasan rasa dan aroma mir, madu, immortelle, plam, bunga buas-buas, kulit kayu, kulit lembu serta markisa, lalu membuatkannya cognac yang paling rumit dan berprestij di dunia.

Latar belakang The Film Foundation
Setelah dicipta pada tahun 1990 oleh Martin Scorsese, The Film Foundation dikhususkan untuk melindungi dan turut memulihara sejarah wayang bergambar. Dengan bekerja bersama arkib dan studio yang menerajui, yayasan itu meningkatkan kesedaran tentang keperluan genting bagi pemuliharaan dan telah menyelamatkan lebih 600 filem, yang boleh ditonton oleh orang awam melalui penayangan semasa pesta, di muzium dan institusi pendidikan seluruh dunia. Selain pemuliharaan, pemulihan serta penayangan wayang klasik, yayasan itu mendidik orang muda tentang bahasa dan sejarah filem melalui The Story of Movies, bahan kurikulum pendidikan organisasi itu yang memecah kebiasaan yang digunakan oleh lebih 100,000 pendidik seluruh dunia. Turut menyertai Scorsese dalam senarai lembaga pengarahnya ialah Woody Allen, Paul Thomas Anderson, Wes Anderson, Francis Ford Coppola, Clint Eastwood, Curtis Hanson, Peter Jackson, Ang Lee, George Lucas, Alexander Payne, Robert Redford, serta Steven Spielberg. The Film Foundation adalah sejajar dengan Directors Guild of America.

SUMBER  LOUIS XIII de Remy Martin

Source: LOUIS XIII de Remy Martin
Keywords: Beer, Wine & Spirits Entertainment Film & Motion Picture Food/Beverages